Thursday, October 30, 2014

Tips Banyakkan Susu Ibu

Assalammualaikum..
Susu kurang? ni antara salah satu masalah besar bagi ibu2 yang sedang menyusukan baby, Qies pun tak terkecuali jugak, stressed makin menjadi2 bila tengok stok susu anak makin berkurang, dah le kurang, stress lak tu bertambah2 laa masalahnye sebab bila stress ia turut mempengaruhi bekalan susu anak bila mana kekadang pam dapat tak sampai 2oz...huhuhu sedih giler.. Jangan risau ai tak promote barangan milk booster kat sini yaa hehehe..

Pernah gak try milk booster (glamer gak laa tapi tak perlu mention kat sini) tapi tu laa maybe tak sesuai ngan Qies sebab production susu tak meningkat pun tapi susu jadi pekat which is Uqayla cepat kenyang, tapi still tak memenuhi keperluan Uqayla jadinya memang kena upkan balik production atleast ada stok 5-10 botol extra dalam freezer tuk Uqayla...Jadinya Qies amik alternative back to basic dan Alhamdulliah berkesan...now bole tersenyum riang dah kekeke..

Sharing is caring kata orangkan, so kat sini moh kita kongsi cara2 nak upkan balik production susu antaranya..

1. Kuatkan semangat & sentiasa positif, kata pada diri sendiri kata pada diri sendiri 'susu ku cukup tuk babyku' (walaupun pam dpt sikit) minda positif sangat penting yaa uols..

2. Jangan peduli kata orang bila mana duk provoke suruh bagi susu formula takut anak lapar, ibu2 yang tak bekerja terus bagi direct je bila2 masa walaupun lepas pam ataupun lepas menyusu terus pam saki baki susu yang ada walaupun sikit.. kena ingat production susu kita bergantung pada 'demand vs supply'

3. Pemakanan pengalak susu seperti lobak putih (dimasak tumis air atau disteam), air longan kering yang direbus bersama kurma merah dan barli ditambah sedikit gula perang, jantung pisang, air halba, kurma, habbatus sauda antaranya dapat membantu production sekiranya diambil secara bersekala..

4. Pam pada bila2 masa, walaupun breast rasa cam tak penuh, ibu2 kena redha dan tawakal walaupun hasil mengepam sedikit (lebih baik sedikit dari tak de langsungkan) kekerapan mengepam secara tidak langsung menghantar signal ke otak untuk menghasilkan lebih susu banyak susu, lebih kerap breast dikosongkan lebih banyak susu akan dihasilkan.

5. Teknik Power Pumping sangat berkesan, teknik meniru cara baby menyusu bole dibuat pada bila2 masa tapi amat digalakkan dibuat pada waktu 12 malam - 5 pagi kerana hormon yang merangsang production susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan susu yang terhasil sangat tinggi ngan prolaktin dan ibu2 juga kurang stress pada waktu ini. Sekurang2nya mengambil masa seminggu tuk melihat keberkesanan teknik ini. Next entry Qies cover special tuk Power Pumping Teknik yaaa...

6. Pengambilan Air yang mencukupi, pastikan anda meminum sekurang2nya 3 liter sehari, kekurangan air dalam badan mempengaruhi penghasilan susu bila masa ibu2 mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Senang citer uols sediakan 3 balang air kosong (1 liter setiap satu) pastikan korang habiskan dalam masa 24 jam.. so senang nak monitor berapa balang uols minum, tak ler terpikir2 dah berapa liter uols minum kan..
*kredit to google
7. Amalkan zikir2 dan doa semasa mengepam/menyusu seperti Ya Maatin dan tanamkan niat untuk menyusukan anak sehingga mencukupi umur 2 tahun. Yakin dan tawakal, Insyallah production susu akan meningkat cukup tuk keperluan anak2.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink