Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts
Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Aqiqah Uqayla

Assalammualaikum..

Alhamdulliah ada masa tuk dicuri2 buat entry sementara si kecik tengah tido.. tak de citer apa sangat pun citer dah basi actually keke..tapi nak buat entry gak sebagai kenangan..

Perancangan awal nak buat kenduri aqiqah Uqayla sekali masa masuk rumah baru, tapi tu laa perancangan dari Allah adalah yang sebaik2nye, last minit Cik Ngah call lembu korban tuk arwah abang long kurang 1 portion jadinya tuk cukupkan bahagian kami pun amik je laa since Ayah Ngah yang membela dan akan menyembelih lembu tu pastu bole buat jamu terus tuk orang buat tahlil arwah Along malam nanti.

Kami cuma buat Aqiqah saja, tak de kenduri potong jambul or marhaban dan seangkatan ngannya, lagipun masa Uqayla umur sebulan kami dah cukur sendiri je rambut Uqayla dan dah timbang pun cuma tinggal nak serahkan kepada yang berhak je insyallah masa masuk rumah baru nanti...

2 hari sebelum korban Cik Ngah call suruh balik rumah dia, sebab seelok2nya masa sembelihan tu Uqayla ada sekali untuk urusan akad jual beli dan semasa sembelihan. Lagipun balik ke Kelantan time2 ni jammed giler2 ooo 10 jam weh Kuantan - Kelantan. Since portion aqiqah tu kena masak dan jamu ke orang, kami pun balik ke Kelantan raya pertama tu dan surprising sepanjang jalan lenggang jeh kekeke bertolak pelan2 dari kul 7 pagi Alhamdulliah sampai dalam tengahari gitu..
Urusan jual beli untuk bahagian Uqayla
Urusan jual beli tuk bahagian arwah Along
Esoknya jam 8 pagi Alhamdulliah 2 ekor lembu selamat disembelih oleh Ayah Ngah. Lembu Uqayla pagi tu bengkeng lak dia dan dia penyepak tuan dia sedas, dah berdengkot2 Ayah Ngah, petang dah sakit2 urat kekeke sian lak.. urusan melapah dan pembahagian daging korban selesai sebelum tengahari.  Then petang geng dapur get ready merewang tuk kenduri tahlil tuk arwah2 ahli keluarga belah Qies dan belah Ayah Ngah...Portion aqiqah Uqayla buat masak black pepper, Alhamdulliah air tangan sendiri dari bahagian Uqayla tuk majlis tahlil malam tu
Korban pertama
Bahagian Uqayla & arwah Along Darimi
orang sibuk melapah yang sikenit ni sebuk melayan peminat bergambo bagai
kawe punya hok kaki ni..demo semua amik kuku jaa haaa
proses memotong dan membahagi daging
geng dapur sedang beraksi tuk menu malam nanti...
Insyallah taun depan moga kami dimurahkan rezeki untuk melakukan korban dan aqiqah lagi...

Wednesday, June 4, 2014

Selamat Ulang Tahun Ke 10 Aqies!!!

Assalammualaikum...
Alhamdulliah satu lagi rahmat dariNYA, hari ni genap 10 tahun kelahiran Nur Qasrina, moga anak mama membesar menjadi insan yang dapat berbakti pada agama, keluarga dan negara... jadilah anak yang solehah didunia dan diakhirat... Insyallah Amin..
Happy Birthday Aqies
Memandangkan mama sedang berpantang, tak dapat laa nak buat sambutan jadinya nanti yayah beli kek tapau bawak balik rumah kita sambut dirumah saja laa yaa... insyallah nanti ada rezeki dan kudrat kita sambut meriah sikit yaaa... sayang ketat2 anak mama ni... besar dah dan bole diharap sikit2 tuk bantu mama buat kerja rumah dan jaga adik...

Tuesday, June 3, 2014

Assalammualaikum....

Assalamualaikum..
Alhamdulliah Qies selamat melahirkan baby gurl pada 28hb May 2014, baby seberat 3.3kg, tak sampai 1 jam sakit dengan sekali push, Alhamdulliah semuanya berakhir dengan sangat pantas walaupun ada insiden yang agak mengemparkan masa kelahirannya dan itu adalah jihad Qies sepatah kata ibu mentua, Qies terima dengan ketentuan yang telah tertulis sebagai pedoman hidup ini...
Assalammualaikum
nama saya...  sila panggil saya Uqayla yaaa...
Urusan pendaftaran telah pun dibuat tadi, sehari sebelum hari kelahiran kakak Aqies, so insyallah taun depan bole sambut birthday sama2 ngan kakaknya nanti selang seminggu je... Doa mama dan yayah semoga membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna dan solehah didunia dan diakhirat... Amin

Thursday, May 22, 2014

Topi Berkait Untuk Sikenit

Assalammualaikum...
Yaaa Qies masih lagi bersiaran dipagi 22052014 nie, nampak gayanya baby masih lagi selesa nak melepak ngan mamanya... due patutnya semalam tapi tak de tanda2 pun lagi...takat tanda2 manja je gitu..huhu... Wahai anak, keluarlah yaa abang dan kakak mu dah tak sabar2 menunggu kehadiranmu, bukan mereka saja, ni yayah dan mama pun tak sabar nie!!.. Insyallah ari ni mak tuk, oyang akan sampai dari Perak petang nanti... abah tuk, oyang mak tuk dan tuk tam pun akan menyusul Sabtu ni, harap2 baby keluar laa yaa, ramai datang nak tengok baby nie...love you sayang..

Last week terima parcels dari adik blogger Miss Shila Nget.. jeng2..berdebar2 nak tengok isi dalamnya, actually adik Shila ni pandai mengait, ternampak kat fb dia, so apa lagi keteringinan Qies teringin gak tengok baby pakai topi yang cute2, jadinya Qies pun order laaa 2 helai topi kait, custom made gitu bole pilih kaler dan patern yang dihajati, Insyallah puashati...
comey dok, suka sangat2.. tak sabar nak sarungkan kat baby
Jadinya Qies order pattern ala2 topi mickey mouse dan topi Noddy kaler rainbow gitu dan hasilnya sangat2 cantik...puashati sangat, pandai adik Shila ni mengadun warna rainbownya.. tak sabar nak pakaikan kat baby, pastu ada rasa nak order lagi nanti, tapi kali ni nak tunggu baby kuar nak dapatkan exact size bebetul ye laa sebab baby cepat membesarkan.. so maybe bila umur 6 bulan tu size dah statik sikit so lama sikit topi tu bole dipakaikan..

Apa2 pun terima kasih laa adik sudi terima tempahan akak... gud jobs.. teruskan yaaa..akak pakkan tak pandai mengait, dulu2 ada cuba tapi buat bentuk 4 segi pun mengembang ala2 jadi 3 segi aje kekee.. 

Friday, March 28, 2014

100 Kali Dicucuk Pun Tak Pa Asal Bukan Yang Ini

Assalammualaikum...
Sekadar berkongsi sedikit dari pengalaman... tajuk entri kemain panjang no keke.. bukan apa antara banyak2 prosedur check up yang paling Qies tak suka bila mana kena buat sugar test... bukan tang cucuk amik darah..tapi tang kena minum ayaq gula tu yang tak menahannya huhu..

Prosedur sugar test, 1st nurse akan amik darah sebelum minum ayaq gula tu, settled minum datang balik lepas 2 jam tuk diambil darah sekali lagi, depa nak tengok bacaan paras gula sebelum dan selepas minum ayaq gula tu..tp semlm sebelum tu jam 10 mlm dah kena pose tak leh makan dan minum apa2 laa eik... lepas minum ayaq gula korang jangan gi bantai tido sementara nak tunggu 2 jam..sila2 laa buat aktiviti yang berfaedah sikit..bukan apa if korang tido ada kemungkinan bacaan gula dalam darah yang depa amik nanti akan tinggi...tak caya bole try laa once depa detect diabetes jaga2 laa check up prosedure lepas2 tu ...

Alhamdulliah 1st sugar test, tuan tanah lulus cemerlang, result paras gula sebelum 4.1 dan selepas 4.5... Candid by Cik Abe... sabor je laaa..syiok dia gelakkan tuan tanah huhu..
termenung jap nak amik napas panjang 
bismillah.. cuba control cun lagi tu..
menahan kekembangan tekak sebab nak termontah.. 
ada lagi setengah weh.. 
berenti jap sambil mengelap air mata haha
Untuk prosedur check up diusia lewat ni diwajibkan 3 kali ujian huarrghh dulu2, yang kena minum sekali aje dah rasa terseksa ni kan pulak kena telan tuk 3 kali punya test...nak pitam rasa huhu... kalo diberi pilihan antara cucuk amik darah ngan minum ayaq gula.. Qies 100x lebih rela dicucuk amik darah...dari kembang tekak telan ayaq gula huhu...

16hb ni sugar test kali ke 2, patutnya dah waktu sekarang ni test ni dah settled dah pun tapi Qies saja buat2 lupa setiap kali appointment haha.... tapi last week kantoi sebab tak sihat doktor check rekod haa check mate kena sudah.. bercinta betui laaa...

Oh yaa sugar test ni diwajibkan bagi sapa2 yang ahli keluarganya ada diabetes yaaa.. cam Qies ayah ada pakej lengkap jadinye nak tak nak masa pregnancy ni mmg wajib menjalani ujian paras gula..kot2 kena diabetes during pregnancykan... bagi yang tak de family history tu selamat laa tapi jangan gembira sangat2 laa coz masa pregnancy ni bole juga terkena diabetes dan darah tinggi dan tak semuanya kekal..tapi ada jugak yang kekal.. 

So bagi bakal2 ibu yang keluarganya ada diabetes, jaga2lah pengambilan makanan ketika mengandung ni... cuba elakkan makanan yang manis...ikut diet yang betul dan seimbang...Insyallah 

Friday, November 9, 2012

Al-Fatihah

Assalammualaikum..
gambar scan pada 1 Nov 2012
3hb November 2012 
Jam 4.20 pagi @ 11 minggu 1 hari, Ya Allah besarnyalah dugaan mu kali ini, kepergian mu menemui yang HAK, Allah lebih menyayangimu, walau hanya seketika, mama bahagia.  Penantian selama 8 tahun lebih, berita kehadiran mu beberapa minggu yang lepas disambut gembira oleh kami semua, terutamanya Along dan Aqies, tak sabar menantikan kelahiran baby, Aqies dah memula membahasakan diri sebagai kakak. 

Mama redha dengan kepergianmu namun mama tak mampu menahan kesedihan setiapkali teringatkan mu. Hanya airmata mama pengubat rindu mama pada Haiqal (nama yang yayah pilih untuk baby boy, tapi dah ditakdirkan baby bukan milik kami). Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada baby boy atau baby gurl, perginye lengkap berkarung, naluri yayah mengatakan baby adalah Haiqal. 

Hari ni genap seminggu kepergian Haiqal, tenanglah anakku disana, Insyaallah kita sekeluarga akan dipertermukan juga nanti disana. Doakan mama dan keluarga kuat menempuh hari mendatang. Al-Fatihah buat Muhammad Haiqal Bin Mohd Fadzly.

p/s : betapa sedihnye kehilangan anak yang dikandung, tapi dimanakah sifat keperikemanusian dan tidak sedihkah ibu-ibu yang telah berlaku kejam keatas anak yang telah dilahirkan, dibuang, didera dan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan..

Monday, June 4, 2012

Aqies's Birthday...

Assalammualaikum...
ni masa saya umur 3 taun, cute kan..
Alhamdulliah, besar dah anak mama nie, dah pandai tolong mama mengemas, tolong vacuum, tolong lipat baju , masak aje belum lagi, takat2 kacau2 kuah tu ada laa sekali sekali, cuma bab2 pisau ni yaa belum cukup umur lagi yaa sayang, lepas makan dah pandai basuh pinggan sendiri, senang dah sikit kerja mama hehehe..

Ingat lagi masa nak bersalinkan Aqies, dah lewat 11 hari weh, tak mo kuar2 sebab tak dapat pekena kari kepala ikan Tanjung hehe walau dah kena admitted seminggu degil gak mintak kuar semata2 nak makan kari kepala ikan hahaha., elok aje dapat makan malam tu kul 3 pagi dah rasa sakit2, terus tipon cik abe suruh datang, mujur laa mak mentua ada menunggu Along, sementara tunggu cik abe datang sambil2 layan tv kat wad sambil dinyanyikan oleh misi2 kes Qies tak mo masuk ke labour room, apa kes nak duk lelama dalam tu, sejuk weh kose, tahan punya tahan cik abe pun dah ada kul 4.45 pagi baru masuk labour room, alhamdulliah tak sampai 15 minit Nur Qasrina selamat dilahirkan dengan berat 2.8kg, kurang comey sikit sebab kulit dah mengelupas satu badan sebab dah seminggu due tapi tak mo kuar2 gak, ye le nanti dah kuar tak merasa kari kepala ikan kan, sampai laa ni peminat setia segala jenis kari hehe..

Selamat Ulang Tahun ke 8 Aqies, mama, yayah dan Along mendoakan yang terbaik buat Aqies.  Moga menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat, Amin...

p/s : nanti malam yayah belanja makan k...

Monday, May 14, 2012

Mother's Day

Assalammualaikum..

Mother's Day taun ni tak de apa2 celebration pun, sebabnye setiap hari adalah mother's day so takkan ler dalam setaun sehari aje baru nak celebratekan, harus laa tak padan ngan apa yang dah dikorbankan oleh para ibu2 terhadap keluarga dan anak2. 

Walaupun tak sambut, Qies dapat sesuatu yang sangat comel dari anak2, sebagai aktiviti sempena hari ibu disekolah, kad hasil tangan anak2, Along dan Aqies.
hasil tangan Along
hasil tangan dari Aqies

Thanks Along & Aqies, kad ni dah selamat pun mama gantung kat notice board mama kat office, buat pembakar semangat dan sebagai penyejuk dikala stress ngan kerja...

Thursday, April 26, 2012

Sextuplets

Alhamdulliah, i got twins, not juz 2 apa daa kalo dah twin musti laa lebih dari 1 kan cett, and not 3 but...... 6 hokey, satu family happy giler ngan berita ni tau, 6 babies weh, argh pitam laa pas ni nak menjaganye, do you want to see it?

come... take a look

:

:

:


here 

:

:

:



we

:

:

:

go

:

:

:

taraaaaaaaaaaaaaaaa
Sextuplets DOB 26 April 2012
eiii comeynye2, 3 ekor  belang itam ikut bapak eh...
ooii selamba je ko pijak2 anak ko eik..syuh2..
congrats to Aqies yang secara automatiknye menjadi granma dah anak diakan. Qies n Cik Abe terus dapat title  moYang Kehormat.  

Alkisahnya masa bangun subuh Cik Abe g jenguk keluar rumah tetetiba Cik Abe jerit dari luar rumah,
Yayah : "Yang rabbit terlepas cage"
Qies : " biasa laa tu"
tapi cage duk dlm kandang laa so tak kisah laa sangatkan

Yayah : "Yang dah ada baby yang, sekor"
Qies  : "eik beranak dah, sekor aje ke " 
dalam ati cam pelik takkan sekor je, kurang2 musti 2-3 ekor

Yayah : "A'ah sekor je nie"
Qies : "takkan sekornye, yayah musti ada lg tu" 

ngan tak rasa puashati ku kuar jenguk, tengok2 ada 2 ekor lagi dalam lubang tanah, tetiba tengah duk membela 3 ekor babies tu, terselit celah2 cage (penuh ngan bulu2 mama dia) bergerak2, tengok2 ada lagi 3 ekor daaa..SEXTUPLETS daaaa... Aqies paling happy sekali, pot pet, pot pet mulut dia hehe..

Now kena buat perintah berkurung, mommy dan daddy dikurung sekali, pagi n petang aje baru mommy duk ngan anak2 tuk menyusu, kalo idak nanti abih mati kena pijak lak cicit2 ku itew... 

Saturday, April 21, 2012

Thank you Aqies...

Assalammualaikum semua....
Alhamdulliah ari ni entry fresh from oven, bukan entry basi2 lagi dah tapi tuk ari ni laa eik, esok lusa tulat tak berani nak janji lagi hehe.
cepat laa balik yayah, huk huk huk
Weekend tanpa Cik Abe, patah kaki weh, kalo nak kuar pun tak syoik sebab tak cukup korum, so mlm semalam Cik Abe dah belikan drama koya tuk Qies layan, anak2 layan utube or main komputer je laaa.. Tapi yang paling bestnya ari ni pepagi anak dara Qies sangat2 good girl tau. Sementara mama dia sibuk kat dapur memasak, Aqies tanpa banyak soal dia tolong vaccum dapur, ruang tamu, kemas ruang tamu, tolong uruskan laundary, wah kembang kempis idung mama dia ni tau nengok betapa ringannya laa tulang anak daranye...
gigih mengangkat penyidai masuk
dlm sbb panas adik nak sidai kain
amacam pas tak? baru umur 8 tahun kan..ok la tu
Lepas vacuum semua, kebetulan laundry tengah berlagu2 tanda dah siap, tanpa disuruh2 Aqies mengofferkan diri tuk sidaikan kain2, wah bertambah2 kembang hati mama dia... Alhamdulliah sejuk ati mama, dalam ati terdetik, " untung ada anak perempuan, bole gak diharapkan".. 

Elok aje Qies start masak, Aqies ke dapur, sambil tangan tunjuk ke ruang tamu n penyidai baju..

Aqiesh : "mama adik dah siap, adik tengok tv k, mama masak"
mama   : "orite adik, mama masak asam pedas, ikan goreng, sawi tumis, adik 
                suka kan"
Aqiesh  : "Asam pedas, yeay adik suka, thank you mama"

Sementara tunggu Qies abih masak n mengemas dapur, Aqies dah terlentang layan anime jepun, like niece like acik lynn tul laa anak mama ni.  Si Along lak celik mata lepas mandi menghadap lappy aje laaa, ajak makan pun tak mo, mengemas lagi laa, kecuali mengemas hotwheel dia je laa, yang lain hurmm bikin mama dia blood go upstair gitu...Along..Along...
sesi menjemur lak...
Oh ya disebabkan ari ni cuaca sangat2 panas, apa lagi Qies punggah segala jenis comforter, bantal, kusyen dan tilam bawak keluar jemur kat laman yang sekangkang kera.  Qies sangat2 suka bau2 bantal2 n kusyen2 yang baru lepas dijemur, lagipun elok gak dijemur dan ditepuk benda2 gitu bagi membuang hama/parasit or habuk tak cukup ngan sekadar spray febrez, cuma dapat bau wangi aje laa, hama/parasit/habuk tak larinye dia weh, bila jemur panas ni bole ditepuk2 secara tak langsung benda2 tak elok ni bole kuar, benda jimat bukan kena bayar pun cuma kuarkan tulang 4 kerat tu je sesambil exercise lemak2 di lengan tu hehehe..sapa gak yang sihat n slim nanti, korang2 jugak kan..

Ok laa sekian entri tuk kali ni, insyallah ada masa kita jumpa lagi...ada entri menarik lepas ni...insyallah yaa..

Monday, June 13, 2011

7 tahun sudah.....

Alhamdulliah selamat pergi dan balik jalan2 cari pasal di Hong Kong bersama Pn. Sri Opie, syoik giler...citer pasal HK ni nanti Qies update k...Laa ni nak citer pasal 7 tahun....pejam celik pejam celik tak sangka dah 7 taun rasa cam baru aje lagi bersalin kan Aqies, besar dah anak dara mama ni, taun ni sambutan ala kadar aje since yayah tak balik lagi, jadinye tak de party2 or hadiah2 yg ada cuma Barbie yang direquest dari yayah, tak pe le nanti yayah balik adik mintak laa yaa...
beli kek biasa2 aje sebabnye si Aqies tak suka makan kek,
tp tetap nak kek sebab kalo birthday mesti ada kek katanye..
dah tak sabar2 nak potong kek ngan nina..
Aqies & Nina _ best friend sesama tak de gigi depan hehehe...
Teringat lagi 7 taun lepas masa nak bersalinkan Aqies, wah giler dah due 12 hari dari yg sepatutnye sampai 2 kali kena admitted to HTAA laaa, masa memula admitted tu Doktor kat klinik tolong bukakkan jalan sebab dah 3 ari due, contraction pun bole tahan gak, masuk wad pun still tak berubah dari 3cm lepas doktor bukakkan jalan tetiba dia jadi 1 cm lak huhuhu...dr pregnant yg pertama mmg air ketuban tak pecah tau2 aje sakit nak bersalin...tp bila turn Aqies ni pelik sikit cam tak mo kuar walaupun dah duk hospital 5 ari, bosan giler ooo duk hospital walaupun duk 1st class, sian kat Naqiu tiap2 mlm datang nak berkolek dah tido baru laa yayah bawak balik tido...

Nak dijadikan citer sebenarnye setiap bulan sepanjang Qies pregnant memang tak penah missed makan kat Restoran Tanjung pekena Kari Kepala Ikan..tu laa pasal si Aqies cukup suka makan kari agaknye hehe...tp dalam 2 bulan terakhir hasben dah tak benarkan makan kari sebab Qies selalu kena pedih ulu hati, sekali kena kurang2 seminggu gak laa tak leh nak makan huhu...malam sebelum Aqies dilahirkan Qies melepaskan geram nak juga2 makan kari kepala ikan tu sebelum admitted ke hospital malam tu, alkisah check in malam sebab malas nak duk wad lelama hehehe, doktor Nazly pun bagi green light katanye maybe baby nak makan kari dulu baru nak kuar kot...haaa memang betul pun...elok dalam kul 12 mlm dah rasa cam tak sedap perut aje terus g hospital tgk2 dah 4 cm dah..pastu cik abe pun apa lagi balik ke rumah jap amik apa yang patut sambil tunggu PIL datang dari perak...

Bidan2 n nurse dah bising kat lobby wad sebab Qies tak mo masuk ke Labour Room lagi sebab nak tunggu cik abe, harus laa tak mo masuk awal sejuk giler dalam tu ekon ya ampun cam dalam freezer, last2 asben datang kul 3 pagi, tapi still lagi berdegil tak mo masuk labour room hahaha bila nurse check baru bukak 5cm tapi contraction tu memang dah kerap sangat, last2 dalam kul 4 lebih Qies baru masuk ke labour ngan cik abe, mak bidan pun terus laa prepare tuk pecahkan air ketuban, cik abe lak tukang jadi pom pom boy bagi semangat tuk push...gitu gini dalam kul 5.15 pagi 4 June 2004, dengan 3 kali push Alhamdulliah Qies selamat melahirkan seorang bayi comel aka Nur Qasrina ngan berat 2.8kg nangis kejap aje sebab sejuk kot, elok bidan letak kat dada terus dia senyap n tido, sebabkan dah terlebih ari masa Aqies lahir satu badan kulit dah mengelupas tapi bagus laa kuar2 aje dia dah boo boo terus, mak bidan siap cakap " wah bijak baby ni awal2 lagi dah buang, ni kes nak balik cepat laa nie ", 

Sementara tunggu Aqies dimandikan mak bidan dan laa bagi minum milo sbb dah tak tahan sgt dahaga oooo hehe...sempat laa bidan tu solat subuh sebelum dia bagi kuar dari labour room, Aqies lak tak banyak ragam, dia tido aje, pagi tu adik ipar temankan kat wad sementara tunggu cik abe amik leave....tghari Qies dah boleh balik sebab Aqies dah membuang lebih dari piawai yang ditetapkan sebelum dibenarkan balik hehehe..mak ngan anak memang jenis tak suka duk wad lelama...

Selamat Hari Ulang Tahun ke-7 Aqies...mama dan yayah doakan yang terbaik tuk Aqies, moga menjadi anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat....Amin

Thursday, March 10, 2011

Tahniah Along

Citer ari Jumaat lepas, cam biasa gi amik Along dan Aqies kat sekolah, tak lama lepas loceng berbunyi nampak Along dan Aqies berlari2 ke kereta, cam biasa Si Aqies akan chop tempat co pilot sebabnya nakkan aircond, panas katanya tak cam kat Brig hahaha...sabo aje laaa...standard laa cuaca kat Malaysia ni sayang weh, kalo tak panas, hujan...
Peace...Along bersama hadiah2nya...
Tetiba Aqies cakap "mama tadikan Along dapat hadiah, ada 2 cikgu bagi, adik amik jap eik" terus melompat ke belakang bukak beg Along, si Along lak selamba aje memang gitu ada hadiah ke apa ke muka selamba aje lain laa kalo sebut Hot wheel or Need 4 Speed melompat2 tersengih2 cam kerang busuk... "mama tengok ni hadiah Along"..Gulp tetiba terkejut tengok kat tag atas hadiah Along...cam tak caya aje...biar betul, mana taknya Along dapat hadiah tempat Pertama tuk kertas Bahasa Melayu pastu lagi satu tuk kertas Matematik, kalo matematik tu mmg tau laa dari dulu lagi Along lebih minat ngan matematik berbanding ngan kerja2 menulis ataupun mengarang...nak2 lak mother tongue Along dari kecik hingga ke besar tak de lain omputeh saja, cakap melayu camne pun dia balas omputeh punya...BM Along mmg tersangat2 kureng nak2 vocab melayu lagi ler...24hrs speaking aje...kalo tengok tv pun semua yang omputeh, citer melayu jangan harap laaa...

Tahniah Along, apa pun yang Along dapat mama tetap bangga, sekarang cabaran tuk mengajar si Aqies lak huhu memang cabaran terbesar tul, mana tak nye asal ajar aje nangis abih lencun buku tu belum marah ke apa lagi huhu...Along lak terlebih senang...biasa 2-3 kali ajar dah dapat lebih2 lagi kalo matematik bagi 5-6 muka surat pun tak sampai 15 minit siap...Si Aqies lak jenis yang cepat tangkap kalo belajar ngan kengkawan, kalo sendiri2 mmg adeh banjir laa jawabnye huhuhu...tak pe laa ikut laa lagu mana pun yang penting depa tak stress masa belajar...nak tekan2 sangat pun nanti karang memberontak dalam diam lak kan, Insyallah setiap anak2 ada bahagian dan rezeki masing2, kita sebagai ibu bapa doakan yang terbaik untuk anak2... Amin

Friday, March 4, 2011

Oh Tidak...Aqiesh...Aqiesh Sabo aje laaa

Ari ni nak citer pasal kegilaan anak dara ku sorang nie...adeh susah tul laaa, asal balik sekolah aje tukar baju, siap makan semua terus menghadap laptop, tak de kerja lain asik nak main game aje, tapi mujur laa bila malam aje dia akan make sure dia buat semua homework dia walaupun kekadang dah nak terlentok dah, kalo suruh buat petang2 tak maunye dia, ngantuk laa penat laa itu laa ini laa macam2 alasan hokey.  Since mengenangkan dia penat kat sekolah belajar, jadinye apa salahnye bagi dia time off masa petang.

Kalo takat layan movie ok laa lagi, tap yang tak tahan tu...adeh susah nak cakap....korang tengok laa apa yang dia buat ngan lappy tiap2 petang....cuba teka apa yang dibuat dek Aqies nie
punya laaa khusyuk..mama snap gambo pun dia tak sedar...
cam paham benor pun...beriya2 
tengok tu dia tau apa yang dia nak guna Oh tidak!!! gerun mak seh..
beli lagi...tau aje apa yg nak direload huhu...
"mama adik bagi peace mama jgn kaco adik nak main k"... sabo aje laaa
Qies main games ni masa dah umur 23tahun tapi Aqies lg advance umur 6 tahun lebih dah main, bole tau lak tu apa yang nak digunakan, apa yang nak dibeli apa yang nak dibuat, kecik2 dah tau strategy games...huhu Mama yang terlebih jakun or anak2 sekarang yang dah terlebih advance huhu.....

Sapa tau games apa yang si Aqies ni main, kalo tau comment kat sini...insyallah kalo betul adalah hadiah yang menanti, tapi jangan lupa kat comment tu nanti tinggalkan korang punya URL blog sekali ada yang kekadang bagi soklan Qies lebih senang nak reply terus kat ur blog sebab ada yang kekadang tinggalkan comment pastu terlupa nak check balik replykan...jadinye Qies akan cuba sedaya upaya jawab comment yang korang bagi kat blog Qies walaupun kekadang tenet kat tempat Qies ni hazabedah sungguh...Insyallah Qies try reply comments uols semua cuma antara cepat or lambat aje ye...maaf sesangat2...

Selamat Meneka...if mood Qies tengah baik sesangat2..maybe lebih dari seorang yang akan dapat hadiah.... apa lagi teka laa..bukan susah sangat pun..bagi yang kaki games sure tau games punya laa games apa...Selamat Meneka.....

Tuesday, January 11, 2011

Giliran Aqies pulak

Salam semua, harap masih tak terlewat lagi tuk Qies ucapkan Selamat Tahun Baru 2011, semoga tahun ni lebih baik dari taun sebelumnya dan juga agar ditahun baru, jadikan yang pengalaman dan peristiwa yang lepas itu sebagai panduan dan juga peringatan untuk kita menempuhi tahun baru dengan lebih tabah dan bersyukur atas nikmat kehidupan yang diberikan oleh Allah s.w.t.....

Sek Keb Sentosa

ready to gooooooooooo

Sehari sebelum hari persekolah sebenar telah diadakan Majlis Orentasi dan pembelian buku-buku sekolah.
Aqies 1st day at school...yeah

Hari pertama disekolah macam selalu Aqies memang tak de masalah dia dengan senang hati masuk berbaris dan ke kelas tanpa mama dan yayahnye...jadinye kami tengok aje dari tepi. Masa ke kindergarten di Grundbiel, Swiss pun cam tu gak selamba derk aje dia masuk kelas tanpa ada rasa takut atau segan.

sesi pembahagian kelas....tinggi gak anak mama nie hehe

Dari dulu lagi sejak di Nursery, kinder hingga ke ari ni Aqies memang pantang kalo dengar nak dihantar ke sana sebab kat situ Aqies cakap ramai kawan2 sebab nanti Aqies bole ada ramai kawan2....

dikelas Bestari...

masa tuk balik..........

Mama dan yayah doakan yang terbaik tuk anak2 mama...lagipun Along pun satu sekolah ngan Aqies, jadi nye senang lah sikit..walaupun terpaksa berulang alik sejauh <>14km yayah tak kisah asalkan anak2 mendapat pendidikan yang terbaik....

Sunday, November 14, 2010

Gaya atau posisi korang lak camne


Meh kita tengok aksi2 terlampau dibawah nie....

:

:


:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:
gaya bebas Along
gaya bebas si Aqies
Gotcha!!!!!!

korang pun rakus m’scroll’ yaa..Iskh2 korang nie mana leh letak gambar aksi2 18sx kat sini...ni kan blog ibu2 anak2 ..amat lah tak sesuwei nak letak aksi2 terlampau 18sx....jangan mare!!!!....Gambar tu antara aksi2 gaya bebas anak2 Qies terbongkang tido... kekadang menongeng, kekadang kaki naik ke badan abg laa, ada gak yang tido berpeluk adik ngan abang melekat cam anak kanggaru dalam poket.. Korang lak camne ada yang gaya bebas tahap terlampau jugak ker?...

Sorry laa ye..lama dah tak update blog, sgt sedih tau kat kg tak dpt bertenet, nak harapkan berukband pun hampeh kad..dang2 ada itu pun Edge aje..tp selalunya asik drop off aje.. ek eleh sure korang akan cakap “kalo berukband tak leh amik laa streamyx pe susah, tu pun kecoh”, meh sini Qies nak gtau ye..sebab apa tak amik streamyx..kalo amik pun tak leh guna laa sebab apa..cable telekom pun tarak weh!!!!

Tentu pelikkan dalam zaman 2010 ada gak lagi area yang tak de liputan Telekom. Actually bukan tak de tapi pihak TM dah TOBAT nak pasang/tanam cable lagi dah sebabnye asik kena curik aje...pagi pasang esok ilang, lusa tanam tulat ilang... berpuluh kali dah pasang/tanam asik kena songlap..last2 telekom tak mo pasang/tanam lagi dah..jadinye org kg kat sini semua guna hp aje tu pun paling banyak coverage 3 bar kekadang 1 bar aje huhu...kalo line hp pun 3 bar aje line berukband lagi ler...

Bulan 9 aritu g Telekom tanya solution camne cara nak dptkan internet kat area kg nie..katanya bole guna EVDO produk terbaru Telekom tapinye modemnya sahaja RM600 tp kalo signal tak cukup kuat kena tambah ngan external antenna RM150 lagi..hurmm bapok mahal...tu Rm750 kan..kalo bukak bisnes cyber cafe berbaloi laa bayar byk tukan. Baru ni call lagi katanya akan ada promosi tuk EVDO ni..n staff telekom pun dah pergi tranning tuk EVDO ni tapi masalahnye depa kata kena tunggu stock EVDO n HQ KL punya feedback lak...haiyo berapa lama mau tunggu daaaaaaaaaaaa.....TENSI TAHAP GABAN SUPER SAIYA NI WEH TARAK TENET!!!!!!!!....

PESANAN PENAJAN : Wahai En Telekom bole tolong kasi cepat sikit itu EVDO tak? Separuh jiwa wa ilang wooo makan tak basah, tido tak kenyang, mandi tak lapar ooooo kan dah kronik nie..takkan asik nak lepak kat kedai Chapati simpang Chenderiang tu setiap kali nak bertenet, nanti mamak tu blacklist n chop wanted lak muka teman nie huhu...nak ke cyber cafe paling dekat pun 14km ooooo...nak berBW pun tak berkesempatan huhuapalah nasib huhuhu....
p/s : Insyallah bila ada kesempatan bertenet nanti Qies buat next entry pasal road trips to Milan, Venice dan Maranello (Galeria Ferrari) ok.... C U When I C U.... luv u all...muah..muah...muah...

kepada blogger2 yang sudi singgah blog Qies, setinggi2 penghargaan buat kamu semua, diatas kesulitan mendapatkan internet buat masa nie Qies tak dpt nak membalas BW blogger2 semua...insyallah bila dah ada internet akan Qies terjah semuanya selagi terdaya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink