Showing posts with label Apa Kes. Show all posts
Showing posts with label Apa Kes. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Kini Bukan Lagi RAHSIA

Assalammualaikum...
Makin panas dan hangat minggu2 terakhir sebelum rakyat Malaysia memBUANG undi..pelbagai cara digunakan oleh parti2 yang bertanding tidak kira laa atas sebab bertanding untuk membela rakyat atau memBELA kepentingan dan harta dan yang seangkatan dengannya..

Aktiviti berkempen2 dan ceramah2 yang saban hari diadakan dan secara tak langsung tetiba terajin lak muka2 calon bertanding ni datang bertanya permasalaan dan KHABAR sedangkan sebelum ni nak nampak bayang pun nan hado hokey.. 

Tak cukup dengan kempen & ceramah, perang bendera tak sah citer laa, iklan pun korang dah sedia maklumkan sebab sangat annoying lak nengok setiap selang 5 minit hokey berita tv pun sama hokey boleh muntah kedarah dihidangkan benda yang sama 24jam hokey...
sangat mengganggu privasi hokey..
Rupa2 tak cukup dengan tu email pun saban hari penuh ngan amanat2 meraih undi, rupa2nya TAK CUKUP gak lagi, tengah2 malam pun nak ganggu lagi dengan sms pulok.. sangat cekap sebab ada database no tipon tuk setiap pengundi untuk DUN mana kita mengundi, sedangkan my phone no tu registered bawah nama cik asben k, ok tu one thing if dah ada database yang sebegitu lengkap NAPA TAK PERAMBAT PENGHUTANG2 PTPTN, MARA,  PENGHUTANG2 NEGARA YANG DAH JADI ORG MINYAK HITAM BERKILAT.. takkan time mengundi je kot guna semata2 nak meraih undi...

Tak cukup gak lagi siap CALLING-CALING lagi bila angkat suara mesin yang mengAMANATKAN korang tuk mengundi calon sekian-sekian.. HOKEY INI SANGAT TIDAK HOKEY, mengganggu PRIVASI, kata negara demokrasi.

Tagline UNDI ANDA ADALAH RAHSIA... KINI TIDAK LAGI RAHSIA!!!!!! HOKEY...

Mood emo sebab tengah2 malam sms masuk bising jeh taw....

Tuesday, March 5, 2013

KESIAN Lah Kat Kau Wahai Si Mental

Assalammualaikum...
Zaman sekarang rasanya macam dah tak selamat aje, sebab? pernahkah kita terpikir yang sebenarnya kita ni hidup dikalangan orang-orang yang MENTAL secara tidak kita sedari, nampak normal tapi sebenarnya tidak... Bukan hendak menghina orang yang sakit mental ni, ada segolongan yang memang yang telah diduga olehNYA menghidap sakit mental, tapi diwaktu ini secara tidak langsung kekangan kehidupan dari segi ekonomi adalah salah satu faktor ramai yang secara diam menghidap tekanan perasaan.
garisan khatulistiwa dari belakang body hingga ke pintu co pilot
tengok lah betapa marahnye si mental nie...
Korang nilaikan lah sendiri apa yang telah dibuat oleh orang mental ni keatas kereta Qies yang tak sampai pun 2 bulan usianye bersama kami.  Alkisahnya kami menyewa dihomestay di Taman LTAT, Bukit Jalil..tuk event Brooks Half Maratahon 2013 nak kata kami ni bermusuh dengan orang dikawasan apartment tu dah tentu laa tak mungkin sebabnye kami ni cuma stay situ semalam je pun.. checked in pun dah agak petang then malam keluar esok tengaharinye dah pun checked out.  

Salah parking ke? TAK JUGAK sebab kami parking diparking yang memang untuk apartment yang kami duduk tu, terang dan jelas lagi ditulisnye lot parking tuk apartment tu. Kalau setakat calar balar tu ok laa kami tak sakit hati sangat2 ni dicalarkan memang dengan niat merosakkan, Qies suspect orang mental ni guna benda tajam cam paku sebab abih cat tanggal hingga ke body pun tergores sekali. Apa salah kami sampai kamu naya kat kereta kami hah!!!.. 
memang ko berniat nak rosak dan penaya orang kan!!
Kereta tu Asben parking tak sampai pun setengah jam lepas hantar member ke STAR terdekat, balik aje dari STAR tu asben naik atas suruh kami loading barang, turun2 tengok lepas amik kereta dari parking lot (homestay) dah jadi cam ni padahal bukan kami block or parking merata2 pun, kami parking ditempat yang dikhaskan tuk lot homestay tu hokey.  Pergi ke Pak Guard bole lah pulak Guard House kosong ngan notice LUNCH & SOLAT.. telefon owner homestay bagitau (tak de nada terkejut pun, dia cakap memang ada kes) Qies hanya mampu mengucap panjang, Allahuakhbar je yg termampu diluahkan. Kami suspect si mental ni ada issue dengan owner homestay seolah2 macam nak menutup periuk nasi si owner agar tak de orang sewa homestay owner tu...

Kepada MENTAL itew, ye kami mmg sakit hati tapi kami lebih mengasihani ENGKAU, akal yang tuhan berikan digunakan untuk kerja2 begini, ruginya lah engkau hidup sebagai manusia, sangatlah kesian tengok kau jadi begini.  Walaupun engkau terlepas didunia ni tak pe laa, yang penting Allah maha mengetahui apa yang telah ko nayakan kami/orang2 lain dan juga owner tersebut.  Terima kasih atas sumbangan engkau si mental, berbahagia lah dengan tindakan tidak berakal kau tu kalo ko rasa ko bole tidur lena dengan penganiayaan yang telah kau buat keatas kami2 yang teraniaya nie. Semoga tuhan memberikan hidayah kepada kau wahai si mental..

Sunday, August 12, 2012

Perihal Bebudak Internship.......

Assalammualaikum...

Kes sebelum bulan pose, hurmm memang rasa naik darah tul, menyusahkan orang sungguh.. niat berkongsi entry ni bukan nak memalukan si empunya diri, tapi lebih pada untuk peringatan bagi bakal2 pelajar yang akan menjalani internship..

Cuba korang nilaikan sendiri report dari salah sorang budak intern di opis Qies, student dari course Civil Engineering... karangan dari budak darjah 2 pun lebih baik lagi hokey
apa punya report daa...
dah laa tu datang opis pagi tido, tido, tido, lepas lunch time masuk mengalahkan bos, then duk merewang depan opis merokok tak sudah2 sambil bercintan cintu ngan kekasih dia yang kebetulan buat intership kat anak syarikat opis Qies.. ngan sms tak berhenti2, bila suruh gi site mcm2 alasan, 

Satu hari tu Qies panggil bagi tazkirah kat bebudak2 ni, ooo rupanye tak bole ditegur punya budak, makin tunjuk besar kepala, tak masuk opis pulak, melampau tak melampau.. lepas tu g ke poly (ye ni bebudak dari poly ye, seingat Qies zaman2 Qies dulu bebudak poly antara pelajar yang menjadi rebutan syarikat2 tuk diambil praktikal atau pun kerja, but sorry to say, bebudak sekarang PEMALAS lebih dari yang betul2 nak mencari ilmu - ye tak semua tapi yang setitik ni laa yang membusukkan imej poly)

Qies terpaksa amik tindakan ke poly, dah bagi peluang tapi tak berubah.. Qies cuma sangat2 terkilan bila mana ada antara pelajar2 yang apply internship kat opis terpaksa kami tolak mungkin seorang pelajar yang betul2 mahu mencari ilmu.. jadinye dah menjadi satu KETIDAKADILAN bagi calon2 yang telah kami tolak... sangat2 tidak adil...

Jadinye bagi adik2 yang akan menempuhi alam praktikal ni, tolong laa beringat dalam setiap tindakan yang hendak dibuat, kami tidak rugi satu sen pun, tapi adik2 yang rugi kerana ilmu yang kami sediakan bukan bole dapat hanya dari dlm buku dan dibilik kuliah.. itulah sebabnye korang kena g praktikal hokey.. time ni laa korang sedut segala jenis ilmu selagi bole...

Bebudak 3 orang ni mmg betul2 menyusahkan Qies tul, dah laa banyak kerja pastu nak dealing ngan perangai comey korang, peningkan lecturer korang dan pihak pengurusan opis...apa ingat kami ni tak de kerja lain ke nak mencarakan hal korang yang tak semengah tu... sorry to say, disebabkan perangai comey korang tu, opis Qies dah blacklistedkan student2 dari polys...s dot dot dot. Kesian kat junior2 korang yang tidak berpeluang tuk menimba ilmu dari kami, rekod 7 tahun polys...s bersama kami tercalar gara2 tindakan bodoh korang2..

p/s : pikir2kan laa sebelum bertindak, yang rugi korang....

Sunday, April 29, 2012

Sapa nak jawab ni!!!

Apa kes ni.. sapa nak jawab nie... last 2 weeks punya kejadian sori entry basi, abih laa besi penutup longkang atas jalan dibaiki dicurinye weh, sapa punya malaun ni, menyusahkan orang tul laa, ko bukan setakat mencuri aje tau tak, silap gaya ada gak yang ditimpa musibah gara2 kerja2 korang ni.  
ko tengok apa dah jadi...
iskh..iskh abih ko sapu bersih eik, rajin sungguh
Bukan 1 tempat aje diciloknye, ada 2-3 tempat lagi weh, kira kerja 1 malam kasi sapu bersih laa nie eik, ala2 obertime gitu. Itupun mujur laa ada masyarakat yang perihatin bukan takat letak kayu, kerusi pun dikorbankan bagi mengelakkan kemalangan jiwa dari hasil kerja sapu bersih si malaun2 durjana tu... Bayangkan laa kalo ada bebudak ke yang tak perasan lubang tu tak ke naya namanya tu.
pusat SRS kawasan perumahan Qies
tengok tu depan pusat SRS pun leh ko cilok lagi
Apa kes!! depan2 Pusat SRS pun ko leh buat kerja menyapu eik.. Tapi kan kepelikan gak la kan takkan laa orang2 yang kat SRS tu tak nampak time malaun2 tu membuat kerja2 pembersihan kan? ke time tu anggota2 SRS tengah meronda melawat kawasan2 yang sewaktu dengan nya kot bersangka baik. 

Harap2 sebelum terjadi kemalangan jiwa, pihak2 yang terlibat bole bertindak dengan segera, takkan nak tunggu ada kes baru nak turun padang kot, jangan laa sampai camtu kan, tak baik laa. 

PEACE NO WAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink