Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, November 7, 2014

Segarkan Kaki Yang Keletihan

Assalammualaikum..
Ari ni Qies nak kongsikan petua bagaimana nak menghilangkan keletihan kaki yang banyak bergerak kerana aktiviti harian/jalan2 cari pasal dan seangkatan dengannye kekkee..
gambar ihsan google images
Cara yang murah dah sangat mudah dibuat, anda cuma perlu menyediakan :

Bahan2nya
2 biji limau nipis (dihiris nipis-nipis)
1/2 cawan garam (dapat garam bukit lebih baik)
5 titis minyak kayu putih
Air Suam

Cara2nya...
Isikan air suam ke dalam baldi separuh penuh, masukkan kesemua bahan diatas kemudian rendam kaki anda selama 20-30 minit. 

Selamat mencuba..

Friday, October 31, 2014

Bunga Kunyit Sedap Ooooo

Assalammualaikum
Ulam faberet Qies yang sangat payah laa nak jumpa ler ni, bunga kunyit ni kalo dapat makan  colek ngan sambal belacan perrghh berpingan2 waa cakap lu.. krup krap krup krap weh terus kecur air liur ku huhu..boleh makan saja atau dibuat kerabu ikut uols laa..
bunga kunyit yang mengebu..
Dapat merasa time balik Kelantan raya qurban hari tu, kat sana banyak bunga ni lelebih lagi adik ipar Cik Ngah (kakak Qies) ada kebun kunyit dia memang supplier daun/bunga dan kunyit sekitar pasir mas, wah apa lagi sebat sampai puas... siap bawak bekalan balik ke Kuantan lagi kekeke..

Antara khasiat ulam bunga kunyit ni ialah antaranya awet muda haa jangan tak tau semua ulam pun bole mengawet mudakan uols k hehehe.. sangat elok diamalkan oleh ibu2 yang baru bersalin tuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin dan juga tuk kesihatan rahim. Khasiatnya lebih kurang cam kita makan ibu kunyit..gitu laa kata orang tua2 tapi lebih bagus kalo dapat makan ibu kunyit tu terus tapi ada yang tak lalu bole try makan bunga kunyit ni laaa..

Kalo nak muka cantik kulit bersih (yg ada jerawat) bole disapu ngan ibu kunyit insyallah kulit licin je dan jerawat pun akan mengecut..tak caya leh try k...

Friday, June 13, 2014

Jamu Bersalin Khazah Bonda Pilihan Qies...

Assalammualaikum...

Set berpantang Qies kali ni dari Khazanah Bonda, masa pregnancy Along dan Aqies, Qies makan Jamu Afiat je, tak mahal masa tu dalam Rm70 je kot.. set ni lengkap tuk 40 hari dan setakat yang Qies guna Alhamdulliah tak de complaint, herba yang digunakan tak laa panas sangat2 kat badan dan baby, kiranya tak menganggu perut baby...

Tapi pregnancy kali ni Qies amik dari Kak Lana a.k.a Khazanah Bonda, 1 sebab Qies pengguna setia Sauna Cream dari Kak Lana bertaun gak, Alhamdulliah memang berpuashati ngan resultnya, dulu kini dan selamanya akan stick ngan SC dari Kak Lana.. murah pun murah tapi yang penting efektif... puashati no more perut boncit and tayar spare dikiri kanan uols keke..
Set Jamu Berpantang Khazanah Bonda tuk 44 Hari
Set berpantang Khazanah Bonda ni lengkap tuk 44 hari, so uols tak perlu nak riso untuk top up apa2 lagi.. cuma ada Qies tak amik full set, ada pilihan nak amik full set atau partial..cam Qies cuma tak amik bengkung, tungku ibu & anak dan barut baby sebab yang tu Qies dah ada... pilihan ditangan uols nak amik full set atau partial no problem, tak susah nak contact Kak Lana, uols bole contact melalui FB Eira Lana, insyallah peramah orangnye...

Set berpantang ni kena order dulu, sebab Kak Lana hanya akan mengadun berdasarkan tempahan, kiranya jamu2 segar dari ladang laa, tak laa yang ready cam dipasaran yang dah entah berapa lama dah diadun tu.. tak de masalah pun bole je beli, tapi dah ada pilihan tuk dapat yg fresh apa salahnye kan.. Ni barangan yang ada dalam set berpantang yang Qies pilih (Qies tak amik full set) :-
  1. Majnun Bondaku - 6 botol (30 biji/botol)
  2. Tapel - 7 pek
  3. Pilis - 7 pek
  4. Param - 6 pek
  5. Jamu Ubat periuk (uncang) - 30 uncang
  6. Herba Steam Sauna (Mandian daun2 kayu)
  7. Minyak Ibu
  8. Minyak Bayi
  9. Sauna Cream Lana esteem - 150gm
Qies pilih set ni sebab jamu ni membantu dalam penghasilan susu ibu dan tidak menganggu perut baby yang menyusu badan, sebab ada sesetengah jamu tu terlalu panas hingga bole menyebabkan cirit-birit pada baby yang menyusu susu ibu.  Insyallah nanti dah makan Qies buat entry tuk setiap kegunaan yang ada dalam set nie yaa... tunggu...

Sampai berjumpa lagi..tata...

Wednesday, November 20, 2013

OMG Jeragat!!!

Assalammualaikum....
Bersiaran buat sekian kalinye mood nan hado, blog sendu, nowdays banyak masa dihabiskan ngan hal2 peribodi..  saja2 buat busy... busy body sendiri.. bukan kain orang lain pun... 
kredit - google images
Entry ari ni pasal jeragat... nak2 kalo orang yang berkulit cerah ni senang sangat laa nak kena jeragat.. tak terkecuali kulit tuan tanah..ada laa 2 tompok kecik ni, walaupun kecik sangat annoying tau.. so kalo dah ada tu tak leh nak buat apa kalo ada duit lebih korang g le cucuk2 segala jenis vitamin kat muka tu... bagi yang takut cucuk2 dan yang kurang modal tu bole je try cara nie..

Masker Epal
Bahan2nya
1 biji epal hijau (diparut/sagat)
5 sudu besar madu

Caranya
1.  Parutan epal hijau dicampurkan bersama2 madu dan gaul sebati.
2.  Pastikan wajah dibersihkan terlebih dahulu kemudian sapukan sebatian parutan epal tadi pada kulit muka dan biarkan selama 15-20 minit.  Kemudian dibilas bersih.

Insyallah jika diamalkan selalu tompokan jeragat akan semakin menipis/pudar malah sangat bagus bagi yang mempunyai kulit berminyak akan kurang berminyak...sekaligus menggelakkan dari muka ditumbuhi jerawat..

Tapi yang penting kena consistent laa.. ni kalo baru try buat sekali dah nak result cam 10 kali pakai tak dapat laa nak ditolong dek non weh... sendiri jawab key... Selamat mencuba.. 

Monday, December 31, 2012

Asam Pedas Ikan Patin

Assalammualaikum... 
Ari ni nak tayang resepi ikan patin masak asam pedas, nak cari terubuk sini ya ampun bukan senang uols, dah laa feberet, kalo jumpa pun alahai kecik sangat tak baloi laa pulakkan, lama giler tak pekena ikan terubuk huhu... so patin pun patin laa, tapi jangan tak tau, sedap jugak patin masak asam pedas ni, terasa lemak2 ikan patin tu...
Asam Pedas Ikan Patin 
Bahan2 Kisar
1 inchi kunyit hidup
1/2 inchi lengkuas
9 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
belacan

Bahan2 lain
1 biji bwg kecil + 1 ulas bwg putih (ditumbuk kasar)
ikan patin
terung/bendi
tomato
daum kesum
bunga kantan
sedikit halba
sedikit air asam jawa

Cara2nya
1. Tumis bwg kecil +bwg putih yg telah ditumbuk sehingga naik bau dan masukkan halba dan kacau seketika.
2. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam + terung+ bendi + daun kesum + bunga kantan
4. Masukkan ikan patin dan perasakan garam.

Petua membersihkan ikan sungai
tuk menghilangkan hanyir & lendir ikan patin, masa membersihkan ikan biasa Qies akan gosok badan ikan patin dengan asam keping lepas rendam sebentar ngan air asam jawa. Bila dah ready nak masak ikan basuh dan ambil pisau sambil lalu kan ke badan ikan ala2 kikis2 manja je dibawah air.. insa Allah ikan tak berbau hanyir dan berlumpur.. bole dibuat tuk semua jenis ikan sungai yg tak bersisek ye kengkawan..kalo yg bersisek just rendam ngan air asam jawa + garam.

Saturday, June 9, 2012

Moh Makan Doyan..Tapi Awas!!

Assalammualaikum & Salam 1 Dunia (mak ai giler meluas salam entry nie hehe)
gambo dok comey, dr hp jah..
Korang minat doyan tak, tak minat? ayoyo rugi giler, best tau raja segala buah ni. Nak makan mentah pun bole, nak dibuat dessert pun bole, nak di tapaikan (tempoyak le) pun bole cuma nak dibuat baju je tak leh, karang abih kena geget semut api hehe.. eh eh tapi rasanye doyan dah dipatenkan sebagai skincare kan, rasa2nya brand Dr Murad ke apa ke (tolong jangan saman kalo tak betul, ai org mesken tak mampu nak membayor saman huhu)

Biasanye bila makan doyan ni, mak Qies selalu pesan, jangan lupa nanti minum air kulit doyan, haa jangan lak korang g basuh kulit doyan pastu minum lak airnye, bukan gitu k. Caranya dengan mengisi air masak kat isi ulas buah doyan yang dah korang makan ulasnya tu, kulit yg berkaler putih tu. Petua orang2 dulu supaya tak panas badan, biasa kalo makan ada orang yang tak tahan nanti bole demam kepanasan, petua ni bagi mengelakkan dari kepanasan badan tak terkumpul dalam badan. Dimana rasionalnya kepanasan tu kuar dari badan ngan cara meminum air dari kulit durian ni, ontah laa ku tak tau, tapi dah terbiasa mak pesan gitu, sampai laa ni laa Qies mengikut, Alhamdulliah tak penah lagi laa kepanasan melampau lepas mempulun berbiji2 buah doyan pun.

Lagi satu petua orang tua2, lepas makan durian basuh tangan dengan air yang dilalukan dikulit durian, insyallah tak lekat bau doyan kat jari jemari korang. Memula tak caya gak, tapi bila dah dipaksa buat, a'ah laa memang ilang laa bau dia.. 

Petua orang tua2 ni selagi tidak melanggar dan memesongkan akidah tak salah dijadikan amalan, lagipun depa lebih berpengalaman ngan asam garam kehidupan, walaupun kekadang ada gak petua2 depa tu cam tak masuk dek akal je, tp betul laa pulak hehe. Apa2 pun semuanye atas kehendak dan ketentuan Allah s.w.t, DIA lebih mengetahuinya..

Monday, January 24, 2011

Air Kelapa Muda

* google images

Yum yum...slurp...Air kelapa muda memang sedap kalo diminum waktu panas2 ni kan, tak susah nak cari, merata2 ada dijual. Kata orang air kelapa ni bole dijadikan sebagai penawar tetapi jangan terlebih minum bole jadi racun, so far Qies tak penah dengar lagi keracunan akibat minum air kelapa, tak tau lah dari segi mana yang bole jadi racun tu.

Ari ni Qies nak berkongsi petua dari mak Qies, amalan dia zaman muda remaja dulu hingga laa ke Qies. Dulu2 selalu merungut setiap kali mak suruh basuh muka ngan air kelapa huhu tak suka sbb ada rasa melekit2 sementara nak tunggu air kelapa tu kering kat muka, tapi sekarang bila dah masuk 3 series ni baru laa nampak sangat kesan dari amalan dan paksaan mak, tapi masa meningkat usia remaja pun Qies perasaan muka tak dijamah jerawat sedangkan kengkawan yang lain asyik merungut muka ditumbuhi jerawat dan macam2 lagi masalah kulit.

Air kelapa muda ni selain dibuat minum mak Qies buat basuhan muka, alhamdulliah amalan yang dilakukan sedari dulu sangat bagus tuk mengelakkan muka ditumbuhi jerawat, mencantikkan, menghaluskan kulit dan juga awet muda. Senang aje tak perlu nak jampi2 bagai2 laa, cuma semasa membasuh muka menggunakan air kelapa muda mulakan ngan selawat sebanyak 3 kali dan biarkan air kelapa tu kering sendiri dimuka kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. Amalkan membasuh 2- 3 kali seminggu insyallah hasilnya akan nampak bila kita semakin berusia. Jangan pulak ari ni basuh minggu depan nak terus dapat result ye kengkawan...tak pasal2 lak ramai yang ambush Qies kat sini hehe...unless korang amik botox laa voley dapat result dengan pantas walaupun masa cucuk tu amik masa seminggu lebih nak recover dari bengkak sana sini...lagipun membazir oooo mahal tu botox...bole dpt berpuluh biji buah kelapa muda tau...lagi bagus tak de side effect pun...

Selamat mencuba....

p/s : bole tgk tuan punya blog tuk kesan amalan membasuh muka ngan air kelapa hehe...masuk lift tekan sendiri laa pulak hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink