Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Khidmat Masyarakat. Show all posts

Friday, December 5, 2014

Kursus Jahitan Baju Kurung Riau

Assalammualaikum...
Lappy tuan tanah masuk spital jadinye x dapat laa nak berkarya kat sini... kebisian pun ye jugak pastu demam lak... macam2 dugaan..tapi Alhamdulliah masih disini lagi...

Ok Qies nak kongsikan berita baik bagi yang minat nak menjahit...ni ada kursus jahitan baju riau tuk uols...so kiranya taun depan raya leh pakai baju buatan sendiri... Kursus yang dikelolakan oleh Kolej Komuniti Kuantan ni murah saja uols..Rm50 je, mana nak dapat kat tempat lain...koman2 pun kalo kat kedai kena bayar RM150 - Rm200 untuk 1 pola tau...


minat kalu, bole register k
Maklumat kursus

Tarikh : 24 & 25 Januari 2015
Masa : 9 pagi - 5 petang
Tempat : Kolej Kominiti Kuantan (IM 3)

Terhad kepada 15 orang peserta sahaja
Bahan kursus seperti kain (4 meter) pembaris pola disediakan
Kursus dijalankan secara Hands On yaaa uols tak de demo2 eh..
Baju dah siap kepunyaan peserta okey (yele dah potong ikut size uols, uols punya laa kekeke)

So tunggu apa lagi, g register your seat kat no yang tertera diatas... HOT SEAT tau..sapa dulu dia dapat..

Thursday, April 24, 2014

Mom & Baby Expo 2014

Assalammualaikum...
Jom beramai-ramai serbu, pelbagai barangan dan cabutan bertuah untuk pengunjung expo, reserved your date yaaa 25-27th April 2014. 
Mom & Baby Expo 2014 
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan anak2 dengan harga dan tawaran yang berpatutan.  Tuan tanah memang menunggu2 aje expo ni nak borong barangan baby yang belum complete lagi ni, insyallah nak borong tuk barangan abang dan kakaknya sekali if ada, kena laa adil dan saksama tak gitu.... Sharing is caring..

p/s : untuk info lebih lanjut sila klik link kat gambo atas tu yaaaa

Monday, April 21, 2014

Ramadan 1435H

Assalamualaikum....
kredit google images
Ramadan semakin menghampiri kita, korang semua dah bayar lum hutang tertunggak pose last year, ishk2 sungguh kurang sopan kalo dah masuk April ni korang tak bayar lagi... seelok-eloknya lepas je syawal uols dah bole ganti terus sebab masih lagi terasa bahang Ramadan jadinya idak laa liat sangat bila dah dekat2 penghujung nie...

Tuan tanah pot pet pot pet ni udah ganti ke belum haaaa? Of course, Alhamdulliah dah berganti walaupun masa tu tengah preggy 3 months, gigih menganti pose sebabnya tarikh dijangka bersalin dan berpantang akan dekat2 sangat ngan bulan Ramadan, huhu naya weh nak mengantinya... pitam oooo

Teringat masa bersalinkan Along, time tu tengah berpantang 20 hari tapi Alhamdulliah darah nifas hari ke 15 dah abih (cepat giler kan kekeke) so dapat laa berpuasa selama 15 hari bulan Ramadan taun tu, tapi selepas tu ya ampun seksa giler nak ganti lagi 15 hari pose, ngan cik asben sekali dipaksa berpuasa setiap minggu kekeke... tapi Alhamdulliah selesai mengantikan pose sebelum tiba Ramadan baru... nak seribu daya tak nak seribu alasan....

So bagi yang masih tak ganti tu, buat laa sikit2, Insyallah sempat lagi kalo buat setiap Isnin dan Khamis setiap minggu, selesaikan kewajipan kita dulu, jangan duk sibuk kalut duk buat persiapan lak, maklum laa dah ramai yang duk soping kain dan g tempah baju nampak gayanya... Qies taun ni nampak gayanya beli yang express je laa tak dan jumpa tailor menepah...nak2 ada sekenit nanti...

Friday, April 11, 2014

Amalan Memasuki Rumah Baru...

Assalammualaikum...
Insyallah tahun ni dapat laa merasa duk rumah baru, harap2 kerja2 renovation dan lelain dapat dibuat dalam masa 1-2 bulan sebelum berpindah masuk, harap2 larat laa nak berkemas masuk huhu, tak tau lagi berdaya ke tidak tambah2 lagi ngan ada baby nanti...

Ternampak info yang dikongsi di facebook, so bagi uols yang akan memasuki rumah baru bolelah diamalkan, ye lah rumah baru, tempat baru kita tak taukan, 
Sumber dari Facebook
Jadi Qies kongsikan kat sini, nanti2 bila turn Qies tau dah mana nak cari, selak2 aje kat blog keke, kalo tulis takut karang tak jumpa cari letaknya dimanakan..so tepek kat blog je senang, nanti scroll bila tiba masanya...

Ada juga yang sarankan membaca Surah Yasin 3 hari berturut dan mengerjakan solat fardu disetiap bilik yang ada dan juga bole juga dipasangkan ayat2 Ruqyah selama beberapa hari sebelum berpindah masuk.. Insyallah tidak akan ada gangguan yang tidak diingini akan berlaku...apa2 pun kena bertawakal dan berserah kepadaNYA... 

Wednesday, March 26, 2014

Tragedi MH370 Pengakhiran Yang Memilukan...

Assalammualaikum...
picture credit to google images
Tanggal 24hb Mac 2014 jam 10 malam, sidang akhbar yang telah membawa seribu kedukaan dan kepiluan buat rakyat Malaysia dan juga ahli keluarga mangsa yang terlibat didalam tragedi MH370... hancur luluh harapan si ibu & bapa, anak2 dan ahli keluarga mengharapkan kepulangan mangsa2 setelah 17 hari penantian dan doa...

Misi pencarian masih lagi diteruskan bagi mencari sisa2 yang mungkin dapat merungkaikan misteri kehilangan dan kecelakaan yang telah berlaku.

Ya Allah, tabahkanlah hati2 mereka... Kau tenangkanlah kegalauan dihati mereka... Andai kata tragedi ini satu keadaan yang menjadikan penumpang dan anak2 kapal ini mangsa kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab Kau tunjukkan lah kebenaran dan singkapkan lah kebenarannya... Sesungguhnya tiada yang lebih berhak mengambil nyawa2 mangsa2 ini kecuali MU Ya Allah... 

Al-Fatihah untuk mangsa2 yang beragama Islam, moga kalian ditempatkan dikalangan orang2 yang terpilih diSISINYA.. Amin...

Friday, March 14, 2014

MH370 Kembalilah....

Assalammualaikum...
Negara dikejutkan dengan berita kehilangan MH370 pada 8hb Mac 2014, kehilangan secara tetiba dari radar tanpa isyarat kecemasan...telah hampir seminggu kehilangannya... seluruh rakyat merasakan kesedihan dan simpati ke atas nasib anak2 kapal dan juga penumpang MH370 dan juga ahli keluarga yang terlibat...
kembalilah MH370
Gerakkan mencari MH370 masih lagi berjalan dengan bantuan dan sokongan dari negara2 asian tidak terkecuali juga dari US, Australia dan New Zealand... Solat2 hajat juga masih lagi berterusan dari masjid ke masjid bagi memohon kepada Allah s.w.t agar diberikan petunjuk dalam misi pencarian MH370.  Sesungguhnya Ya Allah pada Mu kami berserah dan hanya kepada Mu kami memohon...
sokongan dan bantuan yang diterima dari negara2 luar..
Teruskan berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t, jangan berputus asa terutamanya kepada ahli keluarga yang terlibat, Allah maha mendengar, luahkan kepadaNYA insyallah diberikan petunjuk dan pengakhirannya...

Friday, December 6, 2013

Bantuan Banjir Selamat Disempurnakan...

Assalammualaikum...
Alhamdullilah dan ucapan yang teramat sangat kepada rakan2 FB Qies dan juga orang2 perseorangan yang telah menghulurkan bantuan wang ringgi... Qies sangat2 terharu dikelilingi oleh rakan2 yang pemurah dan berhati mulia... 

Walaupun pada mulanya status dipostkan di wall FB hanya sekadar untuk meringankan beban mangsa2 banjir dan tidak mengharap akan mengumpul dana yang besar, tapi siapa sangka usaha yang baik ini Allah mudahkan dan Alhamdulliah dana yang terkumpul menghampiri angka yang sangat2 memeranjatkan Qies.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas atas jasa baik yang telah rakan2 dan juga orang2 perseorangan yang membantu...
1st batch yang telah sempat dibeli petang tadi
Petang tadi pembelian barangan telah pun selamat disempurnakan dengan bantuan rakan2 dari kolej husband, thanks to all of you yang sanggup membantu tanpa mengeluh..Hasil dana yang terkumpul setakat tengahari tadi telahpun diambil oleh sukarelawan dan dibawa ke Pusat Pengumpulan di bangunan UMNO (maybank lama) Kuantan bagi pengagihan seterusnya ke pusat2 penempatan yang memerlukan...
rakan2 yang turut membantu menyusun barangan keperluan
pick up dari sukarelawan yang dihantar oleh pusat pengumpulan
kerja2 memuat naik barangan keperluan
selamat untuk dibawa ke pusat pengumpulan
Alhamdulliah syukur kerana 1st batch barangan keperluan telah pun selamat dihantar ke pusat, insyallah penghantaran 2nd batch akan disambung semula pada hari Ahad ini bagi menghabiskan dana yang masih berbaki ditangan.. diharapkan urusan sumbangan ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin...

Bagi orang2 perseorangan yang mahu membantu anda bole terus menghantar sumbangan barangan ke pusat pengumpulan di bangunan UMNO (Maybank lama).  Sumbanglah sekadar kemampuan walaupun Rm1, nilai tidak penting yang penting keikhlasan dihati..  

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul...

Update Banjir

Assalammualaikum...
Alhamdulliah hari ni tiada hujan yang turun hanya sekadar renyai di sebelah petang dan malam... nampaknya air semakin surut walaupun masih ada lagi sesetengah kawasan yang masih ditakungi air dan yang masih terputus jalan... 

Tengahari tadi Qies sempat menjenguk Terminal Sentral Kuantan sebab nak tengok sekali kereta member yang terperangkap ditempat letak kereta Terminal.. aduhai sedihnya laa tengok kereta2 yang terlibat..
Terminal Sentral Kuantan
tempat letak kereta Terminal
Setakat tinjauan petang tadi jam 4.30 petang sekitar Bukit Rangin, Sungai Isap (luaran sbb tak leh nak masuk lebih dalam) dan Pandan Alhamdulliah air beransur surut... 
paras air Sungai Lembing sehingga jam 4.30 petang tadi..
kereta penduduk sekitar bukit rangin yang diletakkan
disepanjang by pass Kuantan untuk mengelakkan dari air banjir
sekitar Sungai Isap
Sungai Isap
Sungai Isap
Doakan supaya cuaca semakin cerah dan tidak hujan... Bagi mangsa2 banjir dan rakan2 yang terlibat (harta benda/rumah) banyakkan bersabar dengan ujian ini... moga tabah menghadapinya... 

Tuesday, December 3, 2013

Red Alert!!! Banjir....

Assalammualaikum...
Hujan itu rahmat... hanya DIA yang mengetahui rahsianya... Hujan disini dari hari Sabtu lagi tidak berhenti2, sana sini dah naik air, moga tiada kemalangan jiwa akibat banjir...

Diharapkan warga Kuantan mengambil langkah berjaga2, bagi yang telah mendapat arahan berpindah, packing barang2 penting simpan ditempat yang selamat dan terus ke pusat perpindahan... nampaknya banjir taun ni agak teruk, sedangkan beberapa kawasan yang sebelum ini tidak dinaiki air terlah pun dinaikki air... jalan2 banyak yang terputus..kawasan rumah Qies tak jauh dari Kolej Shah Putra pun dah selamat dinaiki air.. tapi Alhamdulliah rumah Qies selamat lagi...
Kolej Shah Putra sehingga petang tadi
gambar kredit ke FB KUANTAN
Kolej Shah Putra sehingga petang tadi
gambar kredit ke FB KUANTAN
Tempat letak kereta di Terminal Sentral Kuantan
gambar kredit ke FB KUANTAN
Harap warga kuantan sentiasa ALERT ngan info2 terkini berkenan makluman banjir oleh pihak berkuasa... uols bole rujuk FB KUANTAN atau FB Life @ Kuantan.. Semoga warga Kuantan selamat dari musibah banjir..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink