Tuesday, October 21, 2014

Cara Tak Menghalalkan Hukum

Assalammualaikum...
Isu yang sangat panas dan heboh diperkatakan sekarang ni.. tak lain tak bukan kempen "I Want To Touch A Dog", Qies bukan nak jadi ustazah tapi sekadar memberikan pandangan dan pendapat '20 sen' apakah relevantnye kempen nie..
cara tak menghalakan hukum
*gambar sumber dari googles
Kalo dikatakan untuk menghilangkan rasa takut, Qies tak rasa semua orang takut pada anjing, kita tak sentuh tak bermakna kita takut tapi ianya adalah ajaran agama Islam yang melarang kita menyentuh secara sengaja tanpa sebab yang kukuh.. Perlu dipahamkan jangan nak dikaitkan pulak "kalo jadi Vet kan ke kena sentuh gak masa nak merawat" sila paham itu tanggungjawab seorang doktor haiwan, jadi hukumnya harus memegang tuk merawat lebih elok lagipun masa merawat dah tentu Vet pakai sarung tangan getah tetapi tetap kena samak jugak yaaa, kita perlu ingat "CARA TAK MENGHALALKAN HUKUM" ada sebab kenapa islam melarang dan menjadikan sesuatu itu sebagai hukum yang perlu dipatuhi.. tidak berkeperluan menyentuh kecuali dalam situasi darurat/menyelamat..

Anjing adalah najis Mukhollazah (najis berat) selain dari Viva dan untuk menghilangkan najis ini mestilah dibasuh dengan 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak. Dalam kempen diatas katanya diajar cara bersamak dengan betul dan kempen itu mendapat kelulusan Majlis Agama.. persoalannya disini perlukan untuk menyentuh untuk menunjukkan cara betul bersamak? Sebenarnye tak perlu pun bole je terus tunjuk demo bersamak kan...

Adakah ini cara baru mendidik generasi muda kita, esok2 kempen menyentuh viva lak, lusa2 kempen merasa arak, which is selagi tak memabukkan tak haram, perlu juga didemokan ker.. Dalam kempen tu lagi kata sentuh then samak, tapi rata2 gambar yang ditunjukkan bukan sentuh tapi mengusap dan berpeluk sakan ngan anjing, tak cukup kaa sekadar sentuh sedikit then samak... ni yang dikatakan mengundang fitnah zaman moden, caranya sangat halus tidak disedari oleh kita...
sumber dari facebook
Agak-agak berapa ramai yang akan menyertai dan menyokong kempen Saya Mahu Sentuh Al-Quran ni...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink