Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan Bersama. Show all posts

Friday, June 19, 2015

Kan Dah Kena

Assalammualaikum...
Salam Ramadan buat semua, moga memperolehi kerahmatan dan keberkatan dibulan yang mulia ini...
sumber dari FB

Sekadar selingan disiang hari, ingat tak de istilah bohong sunat, kalo dah namanya membohong hukumnya tetap berdosa...

Tuesday, October 21, 2014

Cara Tak Menghalalkan Hukum

Assalammualaikum...
Isu yang sangat panas dan heboh diperkatakan sekarang ni.. tak lain tak bukan kempen "I Want To Touch A Dog", Qies bukan nak jadi ustazah tapi sekadar memberikan pandangan dan pendapat '20 sen' apakah relevantnye kempen nie..
cara tak menghalakan hukum
*gambar sumber dari googles
Kalo dikatakan untuk menghilangkan rasa takut, Qies tak rasa semua orang takut pada anjing, kita tak sentuh tak bermakna kita takut tapi ianya adalah ajaran agama Islam yang melarang kita menyentuh secara sengaja tanpa sebab yang kukuh.. Perlu dipahamkan jangan nak dikaitkan pulak "kalo jadi Vet kan ke kena sentuh gak masa nak merawat" sila paham itu tanggungjawab seorang doktor haiwan, jadi hukumnya harus memegang tuk merawat lebih elok lagipun masa merawat dah tentu Vet pakai sarung tangan getah tetapi tetap kena samak jugak yaaa, kita perlu ingat "CARA TAK MENGHALALKAN HUKUM" ada sebab kenapa islam melarang dan menjadikan sesuatu itu sebagai hukum yang perlu dipatuhi.. tidak berkeperluan menyentuh kecuali dalam situasi darurat/menyelamat..

Anjing adalah najis Mukhollazah (najis berat) selain dari Viva dan untuk menghilangkan najis ini mestilah dibasuh dengan 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak. Dalam kempen diatas katanya diajar cara bersamak dengan betul dan kempen itu mendapat kelulusan Majlis Agama.. persoalannya disini perlukan untuk menyentuh untuk menunjukkan cara betul bersamak? Sebenarnye tak perlu pun bole je terus tunjuk demo bersamak kan...

Adakah ini cara baru mendidik generasi muda kita, esok2 kempen menyentuh viva lak, lusa2 kempen merasa arak, which is selagi tak memabukkan tak haram, perlu juga didemokan ker.. Dalam kempen tu lagi kata sentuh then samak, tapi rata2 gambar yang ditunjukkan bukan sentuh tapi mengusap dan berpeluk sakan ngan anjing, tak cukup kaa sekadar sentuh sedikit then samak... ni yang dikatakan mengundang fitnah zaman moden, caranya sangat halus tidak disedari oleh kita...
sumber dari facebook
Agak-agak berapa ramai yang akan menyertai dan menyokong kempen Saya Mahu Sentuh Al-Quran ni...

Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday

Assalammualaikum...
Renung2kan dan selamat beramal...
kredit to facebook UDD

Monday, April 21, 2014

Ramadan 1435H

Assalamualaikum....
kredit google images
Ramadan semakin menghampiri kita, korang semua dah bayar lum hutang tertunggak pose last year, ishk2 sungguh kurang sopan kalo dah masuk April ni korang tak bayar lagi... seelok-eloknya lepas je syawal uols dah bole ganti terus sebab masih lagi terasa bahang Ramadan jadinya idak laa liat sangat bila dah dekat2 penghujung nie...

Tuan tanah pot pet pot pet ni udah ganti ke belum haaaa? Of course, Alhamdulliah dah berganti walaupun masa tu tengah preggy 3 months, gigih menganti pose sebabnya tarikh dijangka bersalin dan berpantang akan dekat2 sangat ngan bulan Ramadan, huhu naya weh nak mengantinya... pitam oooo

Teringat masa bersalinkan Along, time tu tengah berpantang 20 hari tapi Alhamdulliah darah nifas hari ke 15 dah abih (cepat giler kan kekeke) so dapat laa berpuasa selama 15 hari bulan Ramadan taun tu, tapi selepas tu ya ampun seksa giler nak ganti lagi 15 hari pose, ngan cik asben sekali dipaksa berpuasa setiap minggu kekeke... tapi Alhamdulliah selesai mengantikan pose sebelum tiba Ramadan baru... nak seribu daya tak nak seribu alasan....

So bagi yang masih tak ganti tu, buat laa sikit2, Insyallah sempat lagi kalo buat setiap Isnin dan Khamis setiap minggu, selesaikan kewajipan kita dulu, jangan duk sibuk kalut duk buat persiapan lak, maklum laa dah ramai yang duk soping kain dan g tempah baju nampak gayanya... Qies taun ni nampak gayanya beli yang express je laa tak dan jumpa tailor menepah...nak2 ada sekenit nanti...

Friday, April 11, 2014

Amalan Memasuki Rumah Baru...

Assalammualaikum...
Insyallah tahun ni dapat laa merasa duk rumah baru, harap2 kerja2 renovation dan lelain dapat dibuat dalam masa 1-2 bulan sebelum berpindah masuk, harap2 larat laa nak berkemas masuk huhu, tak tau lagi berdaya ke tidak tambah2 lagi ngan ada baby nanti...

Ternampak info yang dikongsi di facebook, so bagi uols yang akan memasuki rumah baru bolelah diamalkan, ye lah rumah baru, tempat baru kita tak taukan, 
Sumber dari Facebook
Jadi Qies kongsikan kat sini, nanti2 bila turn Qies tau dah mana nak cari, selak2 aje kat blog keke, kalo tulis takut karang tak jumpa cari letaknya dimanakan..so tepek kat blog je senang, nanti scroll bila tiba masanya...

Ada juga yang sarankan membaca Surah Yasin 3 hari berturut dan mengerjakan solat fardu disetiap bilik yang ada dan juga bole juga dipasangkan ayat2 Ruqyah selama beberapa hari sebelum berpindah masuk.. Insyallah tidak akan ada gangguan yang tidak diingini akan berlaku...apa2 pun kena bertawakal dan berserah kepadaNYA... 

Friday, August 2, 2013

Peringatan Bersama (Balasan Tuhan Itu Pasti)

Assalammualaikum..
Hampir ke penghujung Ramadan, Alhamdulliah Along dan Aqies masih lagi bertahan rekod tanpa 'cuti' walaupun last week travelling Kuantan - Perak - Kedah - Perak - Kuantan, dari hujung timur ke hujung utara...

Hari ni Qies nak kongsi satu kisah untuk peringatan kita bersama, terjumpa entry ni masa blogwalking (credit to Mama Zharfan Blog)

"Suamiku, ketika pekerja tadi datang untuk mengisi air ke dalam tempayan, tiba-tiba dia pun memegang tanganku" 

Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala.  Isterinya juga seorang yang bertaqwa.  Suatu hari. apabila dia pulang ke rumah, dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan.  Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut.

Lalu si suami bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya enggan menceritakannya.  Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya:

"Adakah kamu mengenali pengisi air itu?"
- Pengisi air yang dimaksudkan adalah orang yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.

Suaminya menjawab : "Ya"

Isterinya meneruskan kata-katanya : "Berapa lamakah dia telah berkhidmat dengan kita?"

Suaminya menjawab : "Lebih dari 30 tahun"

Isterinya bertanya lagi : " Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya?"

Jawab suaminya : " Tidak"

Isterinya pun berkata : " Hari ini dia telah melakukan satu perbuatan yang buruk"

Lelaki itu bertanya : "Apakah yang telah dia lakukan?"

Isterinya pun menjawab : "Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaanya, aku pun membuka tempayan tersebut.  Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tangan ku kuat sedikit"

Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuashati, kemudian suaminya bangun solat taubat sebanyak 2 rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.

Si isteri bertanya : "Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya?"

Si suami menjawab : "Tidak. apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri"

Perhatikan maksud kata-kata ini :
"Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri"

Isterinya bertanya : "Bagaimana begitu"

Jawab lelaki tersebut : "Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat daripada emas.  Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku.  Aku melihat tanganya melebihi had yang sepatutnya.  Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tangan ku pada gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggengam tanganmu"

Ketika tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu dia berkata : "Gengaman dibalas gengaman.  Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu"

Moral of the story...
* Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan oleh Allah Ta'ala.
* Allah Ta'ala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.
* Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayang disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain.
* Bersegeralah memohan keampunan dari Allah Ta'ala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar-benar taubat dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.
* Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati suruhanNya dan meninggalkan maksiat kepadaNya.
* Basahkan lidah dengan istighfar.  Dalam masa yang sama, hiasilah diri dengan amalan ketaatan dan meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar yang diucapkan.
* Banyakkan muhasabah setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Firman Allah yang bermaksud :  "Dan bersegeralah memohon keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, dijanjikan kepada orang yang bertaqwa (iaitu) orang yang membelanjakan (hartanya) diwaktu senang dan susah, orang yang menahan perasaan marahnya dan mengampuni kesalahan manusia.  Dan Allah Ta'ala itu suka kepada orang yang berbuat kebaikan.  Dan orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji atau menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah, mereka terus memohon keampunan dari Allah atas dosa yang mereka lakukan dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahuinya.  Mereka itu balasannya adalah keampunan dari TuhanNya serta syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai.  Mereka kekal di dalamnya, sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal" - Ali 'Imran : 133-136

Kisah ini diceritakan oleh Al Habib Ali Al Jifri (keturunan Rasullah SAW)

Thursday, July 18, 2013

Nukilan Si Isteri.....

Assalammualaikum...
Salam Ramadan... rata2 hari ni wall penuh dengan nukilan Dayana wife Ashraf Muslim..tak silap baru je aritu tertengok dalam Melodi si empunya diri menafikan.. tapi sudahnya itulah kenyataan...

Bila bab poligami ramai yang kata mengikut sunnah nabi, padahal banyak lagi sunnah nabi yang lebih penting dari poligami, well biasa laa lelaki dia rasa dia mampu takat mampu batin aje haaa sebenarnya nan hado, nak makan keluarga pun ada yang tak lepas, itu pun mujur laa kalo isteri berkerjaya kurang laa sikit beban menangung keperluan rumah dan bil2 yang seangkatan dengannya.. bagi yang hanya suami sahaja yang bekerja takat cukup makan, setiap hujung bulan ternanti2kan gaji, dah tentu pelbagai alasan diberikan dan juga perbelanjaan disekat, ye laa dah pasang 2 ingatkan mampu rupanya MAMPUS yang lebih...unless si suami tu gajinya Rm10k sebulan atau lebih haa itu lain citer laa if nak tambah cawangan tapi kalo tak adil bukan pahala dari sunnah nabi yang dapat tapi bala dan dosa...

Si suami yang hanya mampu menyorokkan hal poligami dari pengetahuan isteri pertama ni sebenarnya DAYUS sebab kalo betul kenapa sampai nak bernikah kat seberang.. mengikut sunnah berani tapi cara tak menghalalkan hukum.. dimana aturan dan perkara yang sepatutnye dibuat sebelum kearah sunnah nabi yang SATU ini... 

Copy paste dari FB.... credit to FB Ana Hawana


*********************************************
"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah, Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand"

Sungguh! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorg sampai mati dan sungguh.. andai jodoh dia tetap ada bersama org lain, aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan!!

Percaya pada jodoh! Percaya pada ketentuan! Menangis air mata darah pon kala takdir dah begitu .. kita ada 2 pilihan, terima atau menarik diri!!!

Tak sah bicara tentang payng emas kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat kerana
Aku bukan Allah..mudah menyebut kun fa ya kun..

Tak usah bicara tentang setia kerana
Aku pasti kau tau aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab kerana
Aku tau kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia kerana 
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnye dia kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah untuk melepaskan kekhilafan yang disengajakan

*********************************************
Qies highlightkan baris2 yang terakhir kerana ada kebenaranya disitu....

Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday

Assalammualaikum..
BERHATI-HATI YA KAUM ADAM ... 
credit FB

Ku dah jumpa manusia yang sebegini, percayalah mereka2 ada diantara kalangan kita2
pandangan luaran hanya sekadar topeng sifat sebenar mereka...
bak kata orang tua
"KALO TGK GAYA PIJAK SEMUT PUN TAK MATI"
tapi hakikatnya niat disebalik luaran tu Ya Ampun 
bertaubahlah sementara pintu taubat masih terbuka

Moga kita dijauhkan dan dilindungi dari golongan2 ini
Amin

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday

Assalammualaikum... 
Renung2kan dan selamat beramal...
*picture credit to goggle images

A broken heart can be pieced back together
It might be a heart again
but it is still a BROKEN ONE

Words and hearts should be handled 
with care for words when spoken
and hearts when broken
are the hardest things to repairs


Thursday, March 21, 2013

Hebatnye Surah Al-Khausar

Assalammualaikum....
Masih lagi didalam krisis air, apa2 pun hidup musti diteruskan..betul dok.. Cuaca makin panas sekarang ni, dah masuk musim panas nampak gayanye, mandi pun dah macam pakai heater je kaedahnye huhu...

This morning ternampak dipage member,so kaedah sharing is caring laa entry hari nie.. moga yang baik itu dijadikan amalan dan yang buruk/tak baik itu dikurangi dan diperbaiki, insyallah...
Surah Al-Khausar  *kredit fb Tok Wan*
Kelebihan & kehebatan Surah Al-Khausar

1.  Baca Surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.
2.  Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini da gosok dileher, insyallah hilang dahaga.
3.  Jika sering sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4.  Jika rumah dipercaai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5.  Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6.  Jika rajin membaca, hati kita akan menjadi lembut dan khusuk ketika menunaikan solat.
7.  Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya keran dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.  Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana diturunkan ketika baginda bersediah atas kematian 2 org ang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Thursday, March 7, 2013

Renung2kan Dan Selamat Beramal...

Assalammualaikum...
Tertarik dengan satu ayat motivasi dari Prof Dr Muhaya, simple tapi penuh bermakna.  Qies suka sangat dengan cara pendekatan Prof Dr Muhaya dalam membina keperibadian dan akhlak seorang muslim, kata-katanya perangsang yang sangat positif.

"Semoga kita buang semua emosi negatif 
dan 
bina kasih sayang dan kesyukuran didalam jiwa"
Sumber dari FB Prof Dr Muhaya
 
Nampak mudah tapi bukan senang nak diamalkan biasa lah fitrah manusia, tapi Insyallah jika kita buat perlahan-lahan, Tuhan akan permudahkan. 

Setiap musibah dilihat dari sudut dan pandangan yang berlainan sekali, kita perlu melihat setiap ujian itu dengan menilai dan menyemak semula diri kita sendiri dulu, amalan kita dan perbuatan kita, bukan dengan melihat salah dan perbuatan orang pada kita. 

Monday, March 4, 2013

Yang Terbaik Adalah DOA

Assalammualaikum...
Sekiranya masih ada rasa kemanusiaan, sila laa ketepikan fikiran2 yang tidak membantu dan mendatangkan kebaikan, serta hentikan juga status2 yang dishare apa2 pun berkenaan ngan situasi di Lahat Datu, macam2 status yang disebarkan yang mana ada pihak2 yang menangguk di air yang keruh. Ketepikanlah fahaman politik dan apa2 fahaman sekalipun yang korang rasakan korang betul dan yang korang perjuangan KERANA yang sedang menjaga keselamatan dan keamanan negara adalah barisan2 hamba Allah yang juga benteng pertahanan kita yang mana punyai keluarga, ibu bapa, suami dan ayah kepada anak2 yang masih mentah mengenal kekejaman manusia yang tamak haloba.
credit to Google image
Tolong panjatkan doa semoga WIRA2 Negara kita terselamat dari bencana pencerobohan oleh Sultan Sulu, DOA adalah yang terbaik/diperlukan pada masa sekarang dari status sharing di Facebook yang rata2 menyalahkan dan menunding jari kepada kerajaan dengan agenda politik yang diselitkan didalam segala fakta dan kronologi yang diletakkan di FB. 

Tolong hormat WIRA2 yang sedang bertugas, juga berikanlah sokongan kepada anggota keluarga mereka yang ditinggalkan demi menjaga keamanan negara.  Disaat ini DOA kalian lebih penting, walaupun berlainan agama, berdoa laa untuk WIRA2 kita itu lebih baik dan lebih bermakna. Jangan jadi orang yang sombong di dunia yang sementara ini, sudahlah tidak menyumbang tenaga ditambah pula dengan segala fahaman dan pelbagai andaian yang negatif, tolong jadi insan yang berperikamanusian, disaat inilah sumbangan kita kepada WIRA2 Negara iaitu DOA kalian.

Friday, February 8, 2013

Jom Sama2 Kita Amalkan

Assalammualaikum..
Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari, moga Allah s.w.t melimpahkan kasih sayang dan rahmatnye untuk kita semua..

Last few days ada terlihat tentang kehebatan Ayatul Kursi di Wall FB, sememangnya dari dulu lagi Qies mengamalkan bacaan Ayutul Kursi samada selesai solat dan juga sebelum tido disamping 3 Qul.  Banyak betul kelebihan Ayatul Kursi ni sekiranya diamalkan..
Ayatul Kursi *terima kasih pakcik google..
Antara kelebihan mengamalkan Ayatul Kursi : -

1) Apabila di baca sewaktu keluar rumah
70,000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Apabila dibaca sewaktu memasuki rumah
Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu

3) Apabila dibaca setelah selesai solat
Maka jarak antara kamu dan Syurga hanyalah kematian

4) Apabila dibaca setelah selesai berwudhu
Darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

5)  Apabila dibaca pada saat tidur
Malaikat akan menjagamu sepanjang malam

Sama2 lah kita amalkan, Allah itu Maha Penyayang, apa saja yang kita lakukan (kebaikan) walau sebesar zarah pun akan diberikan ganjaran oleh NYA, betapa kasihnye DIA pada umatnye... Insyallah jika kita sentiasa ingat PADANYA, terpelihara lah hati dan iman kita...

Monday, July 23, 2012

Jangan Lupa Yee...

Assalammualaikum... 
Alhamdulliah masuk hari ke-3 untuk tahun ke-3 juga Along & Aqies berpuasa, so far so good, walaupun 2 hari pertama duk melepak je dirumah..tapi ari ni ke sekolah tak tau laa dapat bertahan ke tidak..taun lepas Along dapat 20 hari, Aqies lak 15 hari.. ok laa sikit2 lama2 jadi bukit... 

Bila masuk bulan ramadan, perkara yang paling wajib selain dari berpuasa adalah zakat, ingatlah sebahagian dari rezeki yang kita terima ni ada bahagian2 tuk dikongsikan sedikit bersama-sama golongan yang tidak bernasib baik...
Zakat Fitrah 2012 / 1433H
Kadar zakat fitrah bagi tahun 2012 / 1433H, jadinye apa tunggu lagi..sekarang ni kuanter2 zakat dah merata-rata dibuka, bukan setakat dishopping kompleks, dipejabat2 dan juga dikawasan2 bank..jadinya tiada alasan tuk kata tak sempat nak gie membayar ye...tapi kalo bersoping kemain laju lagi... 

Bayar zakat awal2 tuk mengelakkan terlebih soping sudahnye nak bayar zakat tak de duit...(peringatan bagi yang bujang tu ye...) takkan laa mak pak gak yang membayor tuk korang2 jugak, patutnye korang2 laa yang membayor tuk mak ayah... bukan banyak pun...kalo korang mampu makan buffet ramadan kat hotel2 takkan laa nak bayar zakat fitrah mak pak pun tak mampu...tak baik tau uols..

Andai ada salah dan silap, yang mana secara sengaja atau tidak sengaja, Qies sekeluarga mohon kemaafan.. juga minta dihalalkan makan dan minum jika ada.... 

Salam Ramadan Buat Semua

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday

Assalammualaikum.
Kalau asyik tengok orang aje, apa kata hari ni tengok diri sendiri pulak...
Fikir-fikir dan renung-renungkan

p/s : peringatan tuk diri sendiri jugak, insyallah..

Friday, April 27, 2012

JOM BERSIH

Assalammualaikum...


BERSIH KASI BERSIH 28 April 2012 
Yaa mari2, pakat ramai2 kawan2, jiran tetangga, adik beradik, mak pak sedara, tuk nenek dan seluruh kaum kerabat keluarga beramai2 
MENJAYAKAN PERHIMPUNAN BERSIH. 


:


:



mampukah kehadiran uols semua 
memBERSIHkan agenda yang nak diperjuangkan?
kalo agak2 saja2 nak meramaikan dan menyesakkan keadaan,
menghuru-harakan kedamaian 

LUPAKAN SAJA LAA HAJAT TU
TARAK PEKDAH HOKEY!!!
ADALAH LEBIH BAIK KORANG2 
JOIN OPERASI BERSIH 3.0 YANG NI
yg ni lagi bagus norks
Kalo takat nak jerit2, pastu bergaduh2 pung pang pung pang tengah jalan esok, 
bukan tu aje karang ada lak yang patah riuk, 
lebam sana sini, masuk sepital lak nanti
baik laa korang buat aktiviti yang lebih berfeadah 
luangkan masa ngan anak2 dan mak pak  yg lama korang tak menjenguk 

lagipun kompen laa esok bukan BERSIH pun, 
dah tentu2 sampah banner laa, plastik air, kotak rokok laa, bekas air/makan 
dan macam2 jenis sampah sarap seperti korang gak  
esok berterabur kat atas jalan raya tu bukan ke dah menyusahkan orang2 PERBANDARAN yang memang dah tugas hakiki dia memBERSIH
yang korang sibuk2 nak merampas tahta kekuasaan diaorg tu wat pe, bukannye menolong menambah beban kerja depa lagi ada laa, sebab terpaksa buat kerja obertime mengutip sampah2 korang tu
BUDUS laaa 

DUDUK RUMAH AJE LAA WEH!!!
SEKIAN TERIMA KASIH

p/s : bertabahlah angota2 keselamatan yang terlibat esok demi menjaga keamanan tanah air tercinta..

Thursday, May 19, 2011

Makanlah Secara Berhemah

Huiii sedapnye laaaa....
Entry kali ni Qies nak citer pasal adab2 makan, sebenarnya penyakit yang kita hadapi semuanya berpunca daripada perut dan juga pengambilan makanan yang tidak teratur ..tu pasal laa ada perkataan MAKAN BERADAP selalunya kita dapat tengok acara ni dilakukan sewaktu majlis perkhawinan, masa tu wah kemain lagikan bersopan santun si mempelai membalas suapan antara satu sama lain sambil tersipu malu tapi lepas dah setaun 2 semua ke laut hehehe...tapi bagi yang masih mengekalkan acara makan beradap ni alhamdulliah, aman rumah tangga...bahagia u....

Disini ingin Qies kongsi bersama anda semua panduan serta adab2 dan cara makan yang baik dari sudut pandangan ahli2 perubatan Islam.

1. Makan hanya apabila terasa lapar, supaya kita dapat menggelakkan dari makan berlebihan kerana mahu memenuhi nafsu kelaparan yang akhirnya akan mengakibatkan fenomena Terlebih muatan!!!

2. Basuh tangan dan kuku menggunakan sabun sehingga bersih supaya makanan yang disentuh oleh kita tidak akan tercemar dengan bakteria dan kuman yang terdapat pada tangan/kuku.

3. Sebagai seorang yang beragama islam, mulakan lah dengan membaca "Bismillah.."

4.  Adalah lebih baik makan mengunakan tangan daripada menggunakan sudu dan garpu. Ianya dapat membantu proses penghadaman lebih baik kerana enzim yang terdapat ditangan kita sewaktu tangan menyentuh makanan yang hendak kita makan yang dinamakan 'bio-current', itulah sebabnya makanan cepat basi apa bila disentuh dengan tangan.

5.  Makanlah dengan tenang, kosongkan fikiran dan relakskan badan.

6.  Seelok2nya ruangan makan dicat dengan warna merah jambu yang boleh mendatangkan rasa tenang dan girang kerana ianya dapat membantu proses pencernaan yang lebih baik

7.  Berhenti sebelum kenyang, kekenyang yang melampau akan memudaratkan jantung serta menganggu proses penghadaman.

8.  Berehatlah seketika selepas makan dan jangan tergesa2 membuat sesuatu pekerjaan yang berat.

9.  Hindari dari memakan makanan yang lama sebaliknya pilihlah makanan yang baru dimasak/segar.

10. Surirumah/ibu2 hendaklah berpakaian kemas dan bermanis muka ketika menghidangkan makan, agar suami/anak2/tetamu rasa dihargai dan berselera apabila menghadapi hidangan.

11. Pastkan ruangan hendaklah sentiasa berada didalam keadaan yang bersih dan kemas bagi menggelakkan dari menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.

12. Berpeganglah pada prinsip MAKAN UNTUK HIDUP dan bukannya Hidup untuk makan...


Insyallah jika diamalkan, kita akan mendapat banyak manfaat dan kebaikan, beringatlah sebelum kita jatuh sakit akibat kelalaian kita sendiri. 

Fikir2kan dan selamat beramal...........


***************Auto publish entry***************

Wednesday, February 23, 2011

Alhamdulliah Rezeki Anak2

lagi rezeki tuk masa depan anak2

Alhamdulliah rezeki anak2 dapat Qies menambahkan lagi simpanan anak2 tuk masa depan Naqiu dan Aqies, syukur kepadaNYA atas kasih sayang dan rezeki yang diberikan kepada anak2 Qies.  Moga2 simpanan ni dapat mengurangkan beban kewangan tuk anak2 Qies sekiranya ada rezeki Along dan Aqies menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, mama dan yayah cuba buat yang terbaik tuka anak2 mama, moga Along dan Aqies berjaya kelak.


Bagi yang masih mencari2 bentuk simpanan tuk anak2 selain dari simpanan wang, inilah masanya untuk merebut peluang membeli emas dalam bentuk jongkong, tak semestinya orang kaya2 aje yang boleh membeli dan memyimpan emas ni tapi kita orang biasa boleh juga melakukannya asalkan ada tekad dan usaha tuk membuat tabungan tuk anak2.  Qies tak mempromote tapi sekadar berkongsi salah satu cara bentuk simpanan selain dari simpanan wang, dan untuk pengetahuan semua Qies bukan agen atau pun dealer Public Gold tetapi hanya seorang ibu yang berusaha membuat simpanan tuk masa depan anak2...tak caya boleh aje korang selidik kat HQ Public Gold adakah Qies ni salah sorang agen dia, menjadi agen atau dealer bukan matlamat Qies...semua yang Qies buat atas kesedaran nilai wang simpanan yang semakin mengecil nilainya dari jumlah yang tersimpan...
50g gold bar
20g gold bar
Jadinya beringatlah sementara kita masih mampu berusaha mencari rezeki, esok lusa kita tak tau lagi nasib yang akan menimpa kita dan bagaimana pula nasib anak2 yang dibawah tanggungan kita...sesiapa yang mempunyai kesedaran dan ingin tahu bole melayari > PUBLIC GOLD.  Qies sekadar berkongsi, jangan pula ada yang menyalah tafsirkan, bukan niat untuk menunjuk jauh sekali berbangga...ingat mengingati sesama kita. 

Bagi yang telah dan akan membeli jangan dilupakan zakat keatas emas2 yang kita beli tu pulak, setiap bahagian rezeki itu ada bahagian tuk dizakatkan..setiap rezeki yang Allah s.w.t beri ingatlah terdapat sebahagian kecilnya untuk dikongsi bersama2 yang kurang bernasib baik...seperti fakir miskin...jadi jangan lupa tunaikan tanggungjawab kita iaitu zakat.

p/s : Qies tak simpan emas2 tu dirumah ye kengkawan hehehe, semua selamat didalam bank hehehe..

Wednesday, February 16, 2011

CEO of MF Private Limited..ahaks...

bila tensen kat tempat kerja selalu terpikir,
alangkah syoiknye kalo duk rumah bole relax2 (dialog biasa terucap masa kerja huhu)
Hurrmm dulu2 masa kerja selalu terdetik dan terpikir, alangkah bestnye kalo bole duk rumah jaga anak2 bila rasa nak rehat2 bila rasa nak tido..tido bila rasa nak layan tb layan tb...tapi rerupanya semuanya hanyalah bayangan hokey..unless korang ada maid laa kan....at least basuh baju (mesin laa tekan2 tinggal), sidai, angkat dan lipat baju, kemas rumah dah tak yah nak pikir...
sesungguhnya CEO pun satu karier juga hokey!!!!
Tetapi semuanya itu bukanlah reality yang sebenar2nya hokey.... Jangan korang2 sesuka hati nak cakap jadi CEO of Family Ltd ni senang...no no no...korang silap besar hokey...Jadi CEO ni kerja 24/7/365 hari hokey non stop..atleast kalo kerja makan gaji tu korang ada gak laa public holiday, ada annual leave, unpaid leave dan medical leave (yg kekadang tak berapa nak medical leave pung..alah jgn nak tipu laa kalo korang tak pernah terjebak hokey...mak pun pernah buat jugak hahaha)

Sejak jadi CEO ni Qies semakin sibuk seh...rasa bekerja makan gaji tak sesibuk jadi CEO...kat opis kalo bertimbun mana kerja pun bila tekun abih gak buat, cuma nya lepas tu dapat laa kerja lain lak yang menanti tapi still bole abih gak...kalo rasa nak g bercuti bole gak apply leave...kalo rasa tak sihat ehem..ehem bole amik cuti...tapi kalo dah jadi CEO kerja buat laa camne pun tetap takkan ada time off dan punch card hokey...


paling2 pun Shareholder bawak gi makan kat kuar, dapat lak makan cam nie ....


sekali sekala nak gak menjamu selera ngan western..mcm laa tak reti nak buatkan..hehe
wallah oreo milk shake tuk anak2..Qies lak cam biasa Jus Apple ngan asam kecut hehe                                                  
kekadang Chairman bawak gak kuar berjalan tengok dunia sebab CEO dah jadi cam ni 




>



>



>



>





>



>



>



>




muka dah cam tempoyak basi hokey..karang jadi mereng susah lak kan hehe
at least kalo tempoyak bole gak ler dibuat masak patin tempoyak tak pun bole gak buat sambal tempoyak  kaaa hehehe....

Penat memang penat, mengeluh tu tidak tapi lelah tu terasa jugak sekali sekala, ada gak masa2nye tetiba terEMO, biasa laa manusia mana ada angin sentiasa sejuk aje kan....tapi bagi yang dah jadi cam Qies aka CEO penat tu sebenarnya alasan tuk bermanja aje...hehehe..but the most important things is....Qies lebih suka menjadi CEO sebab dapat tengok anak2 membesar di depan mata....kalo teringin sesangat atau kata org Perak mengeleyor sesangat nak berkerja...Qies nak buat freelance aje sebab kekadang kita juga bergaul ngan working mum or others people untuk menambahkan ilmu dan bertukar pendapat (bukan pendapatan hokey hehe tp kalo ada apa salahnye..mak terima hokey) dan berkongsi pandangan orang luar.

Tetapi Qies sedih bila mana ada mulut2 jahat yang akan bagi statement..."biasa le housewife apa yang diaorg tau, menghabiskan duit laki aje..apa pun tak tau cam katak bawah tempurung".. HELLOOOOO Qies pantang betul tau dengar statement tu...apa ingat jadi housewife ni semestinye otak low IQ ker??? sorry to say hokey...some of us ada yang ada PHD (not perasaan hasad dengki cam org yg kuarkan statement low class tu hokey), master and etc...bagi korang2 yang ada PHD dan segala jenis lg paper qualification tak semestinya akal/fikiran selevel ngan kelayakkan uols..(maaf Qies tak tujukan kat korang semua, tetapi khas tuk mereka yang memandang rendah pada surirumah tangga hokey, Qies juga tau ada juga working mum yang berjaya dlm karier dan juga dalam menjaga keluarga...mmg supermom laa .. Qies turut menumpang bangga)

dan bagi Qies...Qies sangat2 berbangga menjadi CEO OF MOHD FADZLY'S PRIVATE LTD, sebab kerana mereka semualah hidup Qies lebih terisi dan bernilai....
my luvly son ..Muhammad Naquidean
my little princess...Nur Qasrina
Ada yang tersentap ke? maaf laa ye Qies cakap apa yang Qies lihat, rasa, dengar dan dari pemerhatian Qies sendiri dan ianya tiada kena mengena dengan orang terasa itew...fikir2 dan renung2kan lah mengapa remaja dan anak2 zaman sekarang ni degil dan 'nakal' nya tak macam kita zaman2 dulu, pelbagai jenayah dari kalangan anak2 muda yang tak tercapai dek akal..semuanye terjadi adalah salah kita juga sebagai ibu dan ayah walhal kita rasa apa yang kita berikan kepada anak itu sudah terlebih mencukupi...tp jangan kita leka anak2 ini melihat dari mata yang membawa ke hati...

Pesanan ni Qies dapat dari seorang ustaz, katanya walau sesibuk mana kita sebagai ibu bapa jangan diabaikan menyuap anak2 kita walaupun hanya sepotong roti kerana suapan dari ibu bapa itu memberi kesan yang besar pada jiwa anak2 (Insyallah jika diamalkan anak akan lebih menghormati dan mendengar kata).  Bagi yang mempunyai maid dirumah juga jangan diabaikan atau selalu membiarkan maid yang menyuap anak2 kita, bila ada masa terluang suap2 lah anak2 kita, cuba kita lihat balik benda yang remeh inilah yang membentuk anak2 kita bila mana anak2 lebih rapat dan dengar kata maid dari kata2 ibu bapa mereka sendiri...anak2 jugakah yang bersalah?...lihatlah semula kediri kita sendiri..tundinglah jari itu ke diri kita semula...jangan salahkan orang lain sebelum kita menyelidiki, salahkan lah diri sendiri dulu sebelum menunding jari ke orang lain...

Wah tersangat serius laa pulak...sekali sekali kena jugak kita menjadi serius...buat semua..SALAM MAULIDUR RASUL buat rakan2, blogger dan pengunjung yang sudi singgah ke blog Qies yang tak seberapa ini...Salam

Monday, August 24, 2009

Ramadan Tiba Jua...

Alhamdullilah sudah 3 hari umat islam menjalani ibadah puasa. Sempena bulan ramadan yang mulia ini diharapkan amalan dan ibadah kita semua diterima olehNYA.

DIANTARA KELEBIHAN BULAN RAMADAN

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya

Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga

Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink