Showing posts with label Breastfeeding Info & Tips. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding Info & Tips. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Milk Booster Murah & Mudah

Assalammualaikum...
Another entry sharing is caring katanye... bagi ibu2 yang menyusukan anak bole mengamalkan minum air longan kering sebagai milk booster, murah dah mudah disediakan... Qies amalkan minum air longan ni dari berpantang hingga sekarang...ye laa kalo duk togak air kosong je karang ada yang muntah ijo lak sebabnye ada kes yang tak reti minum air kosong bebanyak, cam Qies no hal ok je kalo berjug2 pun air kosong sebab tak minat sangat air manis2 ni, tu pasal 1 kilo gula kat rumah 3-4 bulan tak luak kekekeke...
kurma merah dan longan kering
Longan kering/kurma merah korang bole beli kat kedai sensei cina/tabib cina tu tak yah beli banyak beli dalm 1/2 kg je cukup dah tuk stok uols bukan nak rebus seperiuk besar terus keke...moh kita tengok camne nak buatnye, sap sap soi jah...
sedap oooo
Bahan2nya
5-7 keping Longan kering
5-7 biji kurma merah
2 sudu besar barli
sedikit gula tebu/gula pasir
1 1/2 liter air

Cara2nya
1. Basuh bahan2 kering kemudian masukkan kedalam periuk dan rebus sehingga barli mengembang dan air rebusan bertukar warna ke perangan, kemudian masukkan gula ikut kemanisan mulut uols (Qies biasa buat manis2 buah je) bila gula telah larut padamkan api.

Air longan ni bole diminum sejuk atau panas, tapi sapa yang masih dalam pantang tu elok laa minum panas2kan bagi badan tu berpeluh2 sikit...air 

Wednesday, November 5, 2014

Teknik Power Pumping

Assalammualaikum
Moh kita belajar teknik power pumping lak ari ni, coz x semua ibu2 sesuai pakai milk booster, ada yang makan/minum berkotak2 tapi susu nan hado gak.. apa2 pun kena berbalik pada teknik asas yaitu meniru cara baby menyusu, keberkesanan berbeza pada setiap individu, ada yang dapat dilihat dalam masa 3-4 hari ada juga yang mengambil masa seminggu  yang penting ibu2 kena kuat semangat dan berfikiran positif ok.. 

Jangan riso entry ni x de entry mempromote milk booster atau food supplement yaa..(coz banyak entry pasal meningkatkan susu ibu tapi dekat2 ujung entry musti nak promote gak pasal produk, tapi tu laa masing2 mencari rezekikan..cuma kekadang agak annoying gak bila baca2 last sekali tulis sebab itu laa saya mengamalkan bla..bla..bla, pm/wassap/email tuk details product... 

Teknik ini sangat sesuai untuk:
  1. Ibu2 yang mengalami kekurangan susu berpunca antaranya dari hormon yang tidak stabil, kedatangan period, stress
  2. Ibu2 yang ingin menyusukan semula anak setelah berhenti menyusu
  3. Ibu2 yang ingin menyusukan anak angkat, teknik ini mampu merangsang penghasilan semula susu ibu.
Bagaimanakah teknik power pumping?
Elok dilakukan diantara waktu tengah malam membawa ke subuh, kerana pada waktu ini hormon yang menghasilkan susu amat tinggi dan pada waktu ini ibu2 juga kurang stress dan berada dalam keadaan relax.

Single pump
Mulakan pam pada sebelah kanan payudara selama 10 minit kemudian pam pada sebelah kiri payudara selama 10 minit. Ulangi pam berselang-seli kanan dan kiri secara berterusan selama 1 jam.

Double pump
Pam kedua2 payudara secara serentak selama 10 minit dan berehat selama 10 minit, ulangi cara ini selama 1 jam.

Buat dalam tempoh 1 jam sahaja yaa tak perlu lebih, ulang pada hari2 seterusnya pada waktu yang sama jika bole (kalo ibu2 buat jam 2 pg- 3pg, teruskan tuk hari2 seterusnya pada jam yang sama)

Jangan susah hati jikalau hasil perahan sedikit atau tidak ada, maybe ada yang ibu2 terlepas pandang faktor2 lain antaranya:
  1. Pemakanan seimbang - amalkan pemakanan seimbang dan yang membantu penghasilan susu seperti lobak putih, air longan, jantung pisang, susu kambing, kurma dan lain2 lagi.
  2. Pastikan ibu2 minum 3 liter atau lebih sehari, nak senang sediakan 3 botol tumble 1 liter pastikan ibu2 habiskan dalam masa 24 jam, tidak le asik nak ingat berapa gelas dah minumkan..kalo amik tumbler 3 liter jenuh lak nak dikolek sana sini kekeke
  3. Elakkan perkara2 yang mengakibatkan ibu2 stress, tidak terlalu letih, lebih elok kalo mengamalkan senaman ringan supaya badan tidak lesu dan bermaya.
  4. Elakkan pemikiran atau perkara2 negatif
Kalo semua diatas telahpun dilakukan tapi masih lagi tidak berkesan, jangan berputus asa, berbalik laa pada Allah s.w.t, berdoa agar dipermudahkan dalam urusan penyusuan anak, mohon agar diperbanyakkan air susu cukup untuk pembesaran anak, amalkan juga doa2 dan zikir, Insyallah ibu2 akan mampu tersenyum melihat kesannya..

Thursday, October 30, 2014

Tips Banyakkan Susu Ibu

Assalammualaikum..
Susu kurang? ni antara salah satu masalah besar bagi ibu2 yang sedang menyusukan baby, Qies pun tak terkecuali jugak, stressed makin menjadi2 bila tengok stok susu anak makin berkurang, dah le kurang, stress lak tu bertambah2 laa masalahnye sebab bila stress ia turut mempengaruhi bekalan susu anak bila mana kekadang pam dapat tak sampai 2oz...huhuhu sedih giler.. Jangan risau ai tak promote barangan milk booster kat sini yaa hehehe..

Pernah gak try milk booster (glamer gak laa tapi tak perlu mention kat sini) tapi tu laa maybe tak sesuai ngan Qies sebab production susu tak meningkat pun tapi susu jadi pekat which is Uqayla cepat kenyang, tapi still tak memenuhi keperluan Uqayla jadinya memang kena upkan balik production atleast ada stok 5-10 botol extra dalam freezer tuk Uqayla...Jadinya Qies amik alternative back to basic dan Alhamdulliah berkesan...now bole tersenyum riang dah kekeke..

Sharing is caring kata orangkan, so kat sini moh kita kongsi cara2 nak upkan balik production susu antaranya..

1. Kuatkan semangat & sentiasa positif, kata pada diri sendiri kata pada diri sendiri 'susu ku cukup tuk babyku' (walaupun pam dpt sikit) minda positif sangat penting yaa uols..

2. Jangan peduli kata orang bila mana duk provoke suruh bagi susu formula takut anak lapar, ibu2 yang tak bekerja terus bagi direct je bila2 masa walaupun lepas pam ataupun lepas menyusu terus pam saki baki susu yang ada walaupun sikit.. kena ingat production susu kita bergantung pada 'demand vs supply'

3. Pemakanan pengalak susu seperti lobak putih (dimasak tumis air atau disteam), air longan kering yang direbus bersama kurma merah dan barli ditambah sedikit gula perang, jantung pisang, air halba, kurma, habbatus sauda antaranya dapat membantu production sekiranya diambil secara bersekala..

4. Pam pada bila2 masa, walaupun breast rasa cam tak penuh, ibu2 kena redha dan tawakal walaupun hasil mengepam sedikit (lebih baik sedikit dari tak de langsungkan) kekerapan mengepam secara tidak langsung menghantar signal ke otak untuk menghasilkan lebih susu banyak susu, lebih kerap breast dikosongkan lebih banyak susu akan dihasilkan.

5. Teknik Power Pumping sangat berkesan, teknik meniru cara baby menyusu bole dibuat pada bila2 masa tapi amat digalakkan dibuat pada waktu 12 malam - 5 pagi kerana hormon yang merangsang production susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan susu yang terhasil sangat tinggi ngan prolaktin dan ibu2 juga kurang stress pada waktu ini. Sekurang2nya mengambil masa seminggu tuk melihat keberkesanan teknik ini. Next entry Qies cover special tuk Power Pumping Teknik yaaa...

6. Pengambilan Air yang mencukupi, pastikan anda meminum sekurang2nya 3 liter sehari, kekurangan air dalam badan mempengaruhi penghasilan susu bila masa ibu2 mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Senang citer uols sediakan 3 balang air kosong (1 liter setiap satu) pastikan korang habiskan dalam masa 24 jam.. so senang nak monitor berapa balang uols minum, tak ler terpikir2 dah berapa liter uols minum kan..
*kredit to google
7. Amalkan zikir2 dan doa semasa mengepam/menyusu seperti Ya Maatin dan tanamkan niat untuk menyusukan anak sehingga mencukupi umur 2 tahun. Yakin dan tawakal, Insyallah production susu akan meningkat cukup tuk keperluan anak2.

Saturday, May 17, 2014

My Breastfeeding Journey

Assalamualaikum...
Hambik ko title omputih daaa, kekeke.. Insyallah tuk anak ketiga ni bersemangat nak full breastfeed baby, jadinya kenalah bersedia mental dan fizikal, banyak cabarannya, terutamanya kesabaran perlu tinggi huh.. cabaran lain kena sentiasa makan makanan yang berkhasiat bagi memastikan bekalan susu sentiasa cukup dan berkhasiat tuk baby..
Hi-goat & Gulsan jus delima
Since Cik Abe pun menyokong penuh semangat untuk menyusukan baby dia pun apa lagi start dah beli makanan berkhasiat tuk Qies, Cik Abe lebih prefer Qies makan makanan yang bersumberkan sunah2 nabi, antaranya buah kurma, susu kambing Hi-Goat (susu lembu pun tak minum nikan lagi susu embek huhu) tapi tuk baby segalanya mama sanggup, pastu jus delima Gulsan tuk mengatasi masalah darah rendah, dekat2 nak deliver ni sangat bahaya kalo HB dibawah paras normal huhu... HB ku tak penah lepas standard selalu dibawah par je walaupun berbiji telan iron table tu, sampai sembelit laaa.. tapi Alhamdulliah lepas mengamalkan jus delima jeng2..jeng kelmarin check up HB naik 11.7 you!.. so surprise walaupun dah stop makan iron table for a week oooo.. bangga jap kekeke.. 

Rata2 laa ni ramai yang consume Shaklee, ada gak bisik2 kat Cik Abe, sekali dia kata NO, kalo bole tak mo amik supplement pil2 ni, kita makan benda2 natural je, since kes gugur dulu coz allergic to soya jadinye tuk pregnancy kali ni segala jenis benda dari soya bean tak dibaginye sentuh huhu (walhal anak sebelum ni dua2 qies consume soya bean coz tak bole minum susu lembu ok je, tapi tu laakan dah benda nak jadi...) bagi yang ada masalah HB rendah bole try amik kurma dan jus delima Insyallah masalah uols akan settled kekeke...

Jadinya sekarang duk kumpul info antara makanan yang bole membantu dalam penghasilan susu ibu, banyak gak rupanya antara nak ngan tak nak je.. . untuk tu nanti Qies buat entry lain yaaa... insyallah...

p/s : 39 weeks berdebar2 menunggu kelahiran baby... jangan post dated udah yaa baby.. Along dan kakak dah tak sabar tunggu baby nie.. nak2 yayah lagi laa tak sabarnye...

Monday, April 14, 2014

Azam Baru ...Baru Berazam Ahaks..

Assalammualaikum...
Alhamdulliah semakin dapat menerima ketentuan takdir atas pemergian Abg Long... semakin hari semakin tenang kerana perjalanan arwah adalah perjalanan yang kekal abadi menemui PENCIPTANYA...

Entry kali ni masih lagi citer pasal persediaan untuk menyambut ahli baru, diharapkan diberikan kesihatan yang baik sehingga selamat melahirkan dan azam taun ni (ahaks apa daa..udah masuk suku taun kedua baru nak berazam kekeke) pedulik laa kan .. Insyallah akan full breastfeed anak yang ke-3 ni sehingga umur 2 tahun..Amin, Along dan Aqies anak2 susu formula sebabnya masa tu tuan tanah buta ilmu dan tak de kesabaran nak breasfeed, dah laa memang susu pun nan hado (macam2 alasan laa pulak kan kekeke)
Unimom Allergro
Persediaan yang pertama, ari-ari duk cari info pasal breastfeeding, maklum laa zaman internet laa ni semua dihujung jari, klik2 aje..so Qies beli package Unimom Allegro ngan harga Rm420 ada :
  1. Single pump (bole convert jadi manual ngan switch kits)
  2. 1 unit ice brick (bole simpan 6 botol susu)
  3. 10 pcs bottle storage
  4. 2 compartment cooler beg (so bwh bole simpan susu, atas leh simpan breastpump)
Qies pilih Unimom sebabnya :
  1. ada 7 level suction power so bole adjust ikut kesesuaian dan keselesaan ibu2 semasa mengepam.
  2. 3 in 1 (bole guna secara lektrik atau guna rechargeable battery (built in) so kalo tak de operasi mengepam masih bole lagi dibuat dan baterinya bertahan lebih kurang 2 jam gitu..dan bole diconvert jadi manual pump dengan penambahan switch kits yaaa..
  3. Sangat ringan you, senang nak angkut kemana2 dalam 0.4kg je uols!!
  4. Murah pun yaa jugak..tak berani nak beli yang mahal2 takut nanti kecundang ditengah jalan nanti menangis tengok pump jadi barang antik huhuhu...
  5. Antara breastpump yang mendapat banyak gak feedback yang bagus2..
  6. Yang paling best dia senyap time beroperasi, idak laa kepochi sekampung ahaks..
Sebenarnya banyak lagi tapi tak larat laa nak tulis semua, rata2 kalo uols klik kat google berderet2 kuar info pasal unimom allergro ni, so silakan main klik2 kat mr google yaaa..

Antara barangan breasfeed lain yang perlu ada:
  1. Breasfeeding bra (so baru beli selai, tak berani beli lebih takut nanti lepas bersalin terlari size lak, naya jaaa..so lepas bersalin rasa dan lagi membeli online jah..
  2. breastpad ni kena ada laa nanti karang lenjun lak baju korang akibat limpahan air susu..
  3. bottle storage untuk menyimpan susu2 yang dipam..plastik storage pun bole jenis pakai buang laa tapi, kalo susu banyak better beli jenis bottle bole pakai berkali2..
  4. chest freezer tuk simpan stok EBM, ok yang ni nanti masuk rumah baru, baru bole beli idak jenuh nak mengangkut pindah oooo..
  5. Breasfeeding cover elok sangat2 if tetiba korang nak bf baby dipublic area laa, jangan duk main selak2 je walaupun bole, aurat kena jaga gak ok, cam Qies ku jait sendiri jah so stok dah ada dlm 3-4 elai gitu kekeke..
  6. Supplement untuk memperbanyakkan air susu, macam2 ada korang google je, Qies insyallah nak cuba cara2 orang2 dulu je, amalkan makan lobak putih, 
  7. Kalo nak mengelakkan breast bengkak susu bole beli cool pad tuk breast tu.. 
  8. Nursing pillow nak beli bole tak mo beli pun tak de masalah, guna je bantal biasa keke
Barangan yang lain, Insyallah Qies update dari semasa ke semasa yaaa... setakat ni yang tu je dulu, karang banyak2 pengsan gak nak mengeluarkan sedebuk duit belikan.. ni pun Qies beli sikit2 sebab banyak lagii benda lain nak dibeli...

Happy breastfeeding mommies!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink