Assalammualaikum..
Alhamdulliah back to Kuantan setelah 2 minggu berkelana mengikut Cik Abe dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur then sempat meluangkan masa sejenak di kampung Cik Abe di Perak.. last balik sana dalam last November gitu... nasib laa orang kampung jauh tak leh laa nak balik every month... driving balik ke sana je pun dah 7 jam..untung orang yang duk tak jauh dari kampung setakat 1 or 2 hours drive dah sampai tentu best..bila2 rasa nak balik bole balik kan...
Ok entry kali ni Qies nak berkongsi pada ibu2 muda atau yang sudah pun beberapa kali melalui tempoh kehamilan.. saat2 yang sangat2 indah, betul tak? Antaranya ialah amalam membaca Al-Quran kalau tak dapat nak khatam pun tak pe, bole jugak diamalkan surah2 yang pilihan yang elok sepanjang tempoh kehamilan... antaranya :
1. Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan Surah At Taubah
Bagi memelihara keselamatan ibu dan juga bayi didalam kandungan
2. Surah Yusuf
Untuk memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik rupa dan akhlak
3. Surah Luqman
Untuk memperolehi anak yang cerdik serta taat
4. Surah Yassin
Untuk memperolehi anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
5. Surah Maryam
Untuk memperolehi anak yang sabar dan juga memudahkan proses bersalin kelak
6. Surah An- Nahl ayat 78
untuk memperolehi anak yang sentiasa bersyukur dan soleh..
7. Surah Al-Hujurat
untuk memperbanyakkan air susu ibu...
Disamping itu banyakkan berzikir dan mengerjakan solat taubat atas segala kesalahan yang telah dilakukan agar anak yang dilahirkan menjadi insan yang bertakwa dan dipermudahkan bagi ibu2 melalui proses bersalin..
Surah2 diatas bole dibaca bila2 masa je, lagipun sekarang kan dah canggih korang bole download apps Al-Quran yang ada dipasaran sesambil buat kerja bole dengar dan baca.. jadi tak de alasan kata susah nak bawak Quran dan tak sempat nak baca... kalo betul2 tak dan nak baca uols bole je attachedkan aje headphone ke handphone letak kat perut.. insyallah baby dalam perut dapat mendengar, sekurang2nya dapat memdidik baby sedari awal.. biasa lepas mengaji kalo duk baring2 tak de buat apa or sambil2 tengok TV Qies biasa letakkan headphone diperut bagi baby dengar ayat2 Al-Quran tak kisah laa surah apa2 pun tp biasa2 surah2 amalan yang diatas laa..yang lelain tu selingan untuk halwa telinga baby..
Selain dari itu uols pun bole isi masa lapang dengan membaca dan ini antara buku kesukaan Qies sepanjang tempoh kehamilan disamping buku2 yang lain,
Terbitan Darul Nu'man @ Rm13 |
Buku amalan ketika mengandung ni dah Qies baca sejak dari zaman mengandungkan si Along, banyak info-info berguna dari sebelum mengandung sehinggalah selepas bersalin, bagus untuk pembacaan yang santai dan amat bagus untuk ibu2 muda yang baru menempuh tempoh kehamilan.
Terbitan Telaga Biru @ Rm26 |
Diari Hamil ni pulak hadiah dari Cik Abe, disamping info2 kehamilan, ibu2 juga bole mencatatkan segala moment2 indah atau apa2 saja hal yang terjadi sepanjang tempoh kehamilan.. dah nama pun diari kan tulis je laa apa2 yang uols nak tulis ala2 scarps book pun yaa gak bole simpan setiap gambar2 baby yang uols scan kat situ sbb diari dia mengikut2 minggu2..
Tak rugi membeli 2 buku ni sebabnya banyak sangat info2 yang ada.. info kesihatan, penjagaan semasa/selepas bersalin dan checklist sepanjang tempoh kehamilan dan juga saat2 menghadapi proses bersalin sebelum dan selepas.. murah je pun buku ni jika nak dibandingkan ngan info yang ada didalamnya..
Update terkini tuan tanah setakat arini yang menghitung hari.. masih lagi dalam proses mempersiapkan barangan baby, beg baby untuk ke hospital pun baru separuh je yang dah disiapkan, alhamdulliah barangan yang besar2 cam coat dan stroller dah beli ngan good deal time sales baru ni.. cuma ada lagi barang2 yang perlu di top up dari masa ke semasa... umpama mengandung sulung, semua kena beli baru kekeke...
No comments:
Post a Comment