Assalamualaikum..
Stop kejap citer pasal hal2 Buyung ni, karang orang mengata lak, "aleh cam dia sorang je yang mengandung, kecoh kemain".. maklum laa nama pun manusia tak semua orang suka kita dan kita pun tak semua orang yang kita suka kan.. so fair and square laa gitu kekeke..
Awal April aritu jadi belangkas ikut Cik Abe berkursus di Quality Hotel, Kuala Lumpur, maklum laa dah minggu2 terakhir ni tak leh tinggal karang nak terberanak sapa lak nak drive gie hospital ngan anak2 kat sekolah semua tu sapa nak menguruskan dah laa sedara mara pun tak de kat kontan ni, so tak mo amik risiko, ikut saja laa mana Cik Asben gie kurang2 pun terberanak ada Cik Asben kekeke..
Walhal kebetulan time tu kuar lak dalam berita dan suratkhabar yang Quality Hotel, Shah Alam (ye le tengok gambo pun dah cam buruk je hotel tu cam tak berjaga je keke) teruk dikritik kerana hotel yang buruk dan service yang teruk. Tapi alhamdulliah lain pulak di Quality Hotel, Kuala Lumpur, selesa dan yang paling best makanannya, Ya ampun macam2 ada sampai dah tak lalu nak makan sudahnya ratah lauk je kekeke..
kemas dan luas biliknya..as at 02/04/2014 |
bath tub dia disebelah kiri tu yaa, x muat masuk frame daa |
Bilik Air pun bersih ada bath tub, toiletries lengkap, towel pun putih bersih je tengok, built in hairdryer, kettle,mini bar, in house coffee/tea dan mineral water cuma wifi tarak tapi dia bagi cable tuk inhouse broadband k.. so yang ada di sini memang tak leh laa nak disamakan ngan yang ada di Shah Alam tu kan..jauh beza laa sangat kot..
Ni lak antara menu yang dihidangkan untuk breakfast, lunch dan dinner, yup memamg banyak sangat2 dan sedap uols.. Tuk breakfast sekurang2nya dia ada 2 kiosk yang beroperasi selain dari menu2 lain di main island buffet, ada kiosk capati dan mee berkuah i,e mee udang or mee sup or mee kari..setiap hari menu berlainan.. tengahari lak makanan kampung dan western, ulaman dan pelbagai jenis kerabu.. buah-buahan dan pelbagai jenis salad, dinner pun lebih kepada makanan kampung dan ada kiosk masakan sayur campur...
menu breakfast.. |
menu lunch |
menu dinner |
antara dessert yang dihidangkan |
Swimming Pool lak terletak ditingkat 3, sempat laa melayan anak2 terjun tiruk kat situ, depa berdua je yang conquer pool tu ye laa weekdays mana ada guest yang datang ngan anak2 kan waktu sekolah, depa je yang tuang sekolah minggu tu kekeke..
ok je bersih dan luas poolnya |
Overallnya ok puashati ngan keselesaan dan F&B yang ditawarkan, lagipun Quality Hotel, Kuala Lumpur ni biasanya banyak dapat reservation dari badan2 kerajaan tuk buat seminar dan kursus, staff2 hotelnya pun manis je mukanya, rajin senyum dan bertegur sapa.. dan yang paling best sekali sepelaung je dari Sogo dan tempat soping yang lain, senang je nak mengeringkan poket kalo duk sini kekeke...
Nakkan lebih info uols bole klik > Quality Hotel, Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment