Assalammualaikum..
Tanggal 7hb April 2014, berita kehilangan salah seorang ahli keluarga yang amat mengejutkan... perginya anak saudara sulung Qies akibat kemalangan jalan raya Abg Long Mohd Darimi B Rosly...sangat2 memilukan..
keratan akhbar Metro 8hb April 2014 |
Siapa sangka diusia hanya baru 22 tahun Abg Long telah dijemput olehNYA dengan begitu cepat sekali, benarlah janji Tuhan "tidak akan terlewat atau terawal sesaat pun bila mana ajal menjemput'... Alhamdulliah pengebumian Abg Long (maaf masih terasa janggal menyebut perkataan arwah) selamat dikebumikan selepas zohor pada 8hb April 2014 dikampungnya Bunut Susu, moga arwah tenang disana..
Abg Long meninggal akibat trauma dibahagian tengkorak belakang (internal bleeding) setelah dilanggar oleh polis betul2 dihadapan Balai Polis Bercham Ipoh, ketika itu arwah dalam perjalanan pulang kerumah selepas membeli tiket bas untuk pulang ke kelantan iaitu perjalanan pada mlm 8hb.. malangnya arwah dilanggar dan terus koma selama 5 jam dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam itu juga..Lebih memilukan tiada langsung wakil atau ahli keluarga anggota polis yang melanggar tampil menelefon atau berjumpa dengan keluarga arwah, tiada ucapan takziah atau maaf dari mereka..
moga syurga tempatmu.. Amin |
Mak Su (Qies) masih segar dalam ingatan menjaga along ketika mak along dalam pantang dirumah opah, menuam, menukarkan lampin, memakaikan baju..mendodoikan along... tapi Allah lebih menyayangi Abg Long dari kami semua...
Walau sesaat cuma menatap jasad Along, sedih dan pilu sangat2 (normal kot kalo mak yung cepat beremosi) tapi Mak Su tengok tenang sangat2 wajah Along, putih berseri, tersenyum dalam lena menuju ke alam yang kekal...31/08/1991 - 07/04/2014 Al-Fatihah
1 comment:
Salam Takziah... Saya farez, roomate mse arwah keje dikampar..Arwah mmg seorang kawan yg baik skali..saya ade dihospital mase hari kejadian.. :(
Post a Comment