Monday, April 28, 2014

Nasi Goreng Mangga

Assalamualaikum...
Last few week bosan dah tak tau nak makan apa, so menu paling senang nak dibuat apalagi kalo bukan nasi goreng tapi kali ni Qies tambah mangga dalam tu so ada laa rasa lain sikit kan... idak laa sepesen je rasanya walaupun kemalasan melanda kekeke...
Nasi goreng mangga

Bahan-bahannya tumbuk
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 biji cili padi 
(nak lagi pedas sila tambah ikut level kepedasan memasing ok)
Ikan bilis

Bahan-bahan lain
Nasi putih
sedikit lobak merah
salad hijau
(ikut laa korang nak letak sawi pun bole, Qies guna apa yg ada dlm peti ais je)
buah mangga
(ikut nak guna mangga muda (akan rasa masam2 skit) Qies guna mangga apple 
fishcake / fishball
telur 
(ikut nak 1 biji or 2 biji)
sedikit minyak
garam

Cara-caranya...
1. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan lobak merah dan gaul rata, kemudian masukkan nasi, gaul sebati kemudian masukkan fishcake/fishball dan salad hijau.
3. Buat bulatan ditengah kuali dan pecahkan telur, biarkan telur sedikit masak dan gaul rata bersama nasi, kemudian perasakan garam.
4. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris2 (tak perlu lama2 nanti layu) gaul rata dan tutup api.

Selamat mencuba


2 comments:

rostina76 said...

alahai….nape kecur air liur ros ni tgk nasi goreng naqies. serius xpernah buat versi mangga lagi. klau nenas ada gak pernah try…heheh blh tiru ni (cikgu xmarah kan?)

Naqies said...

ros sila laa cuba... sedap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink