Assalammualaikum, semua sihat2, ceria? harus laa ceria kan sebab baru lepas beraya Haji, coti panjang ada yang balik kampung dan ada yang tak balik kampung (Qies laa tu huhuhu), yang balik kampung tentu2 laaa sedap melayan selera dengan air tangan ibu tercinta, yang tak balik tu, haa pe lagi berperang ler kat dapur sendirikan, kalo idak nanti tetamu datang nak jamu apa, takkan nak bagi air kosong aje kot! mau ke sound direct tepet ke muka weh...
Jadinye Hari Raya Qurban kelmarin 1st day Qies masak Beriani Gham berlaukkan Ayam Masak Ros dan juga Acar Rampai, 2nd day Qies buat Mee Bandung Muor hohoho, makan hingga ke titisan kuah yang terakhir weh hehehe.. Yuk layan resepi.
|
Beriani Gham |
Bahan2nya
5 cawan beras basmathi (Qies guna 1 cawan beras wangi siam + 3 cawan beras biasa)
1/2 ekor ayam
1 cawan ghee
2 sudu minyak zaitun
4 cawan air
1 cawan susu cair
5 sudu besar rempah beriani
Kayu manis
Bunga lawang
Kismis
Saffron
Halia dihiris halus
Gajus
Kentang (dipotong 4)
Tomato (dibelah 4)
Cili Merah (dibelah 2)
Bahan kisar
10 biji bawang kecil
7 biji bawang putih
Cara2nya
1. Tumis bunga lawang + kayu manis dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriani dikacau hingga naik bau, kemudian masukkan beras dan gaul rata.
3. Masukan ayam + air + susu + halia + saffron + kentang + cili merah + tomato + garam, gaul sebati dan tanak sehingga ayam empuk diatas api yang kecil.
4. Kemudian masukkan gajus + kismis dan gaul rata secara perlahan2 agar nasi tidak pecah.
|
Ayam Masak Ros |
Bahan2nya
600 gm Ayam (digoreng setengah masak)
2 inci halia (dihiris halus)
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
2 biji buah tomato (dikisar)
5 sudu sos cili
1/2 tin susu cair
1 cawan stock ayam
Gula kabung
Bahan kisar
15 - 20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
8 biji bawang kecil
4 batang serai
Caranya2
1. Tumis kayu manis, buah pelaga & bunga lawang serta bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
2. Masukkan sos cili dan tomato kisar gaul sebati, kemudian masukkan stock ayam, susu dan ayam, kacau sebati dan masak sehingga ayam empuk.
3. Perasakan garam dah kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Hidangkan bersama Acar Rampai...yummy sodapnye laa...kalo nak cuba silakan...