Assalammualaikum semua, tengah gigih merajinkan diri tuk mengupdate blog sekerap yang bole, gigih giler mencari mood tuk buat entry setiap hari (macam mana laa eik korang2 mampu buat entry tuk ari2, mmg respect laa kat korang2).
Kelmarin menjemput member datang makan kat rumah, masa ni laa nak test resepi baru lelebih lagi dapur pun dah baru harus laaa semangat main masak2 berada ditahap tinggi melantun yaaa tidak hehehe... so belek2 buku resepi tengok bahan semua nak buat semua ada dalam fridge, lagipun dah lama sangat teringin nak buat sendiri Acar Rampai ni, biasanya apa yang Qies suka makan yang tu laa yang akan ku cari resepi dan musti buat punya...setakat ni masih panjang lagi list hahaha, entah bila laa kan nak jadi pendek list makanan Qies ni hehehe...
Ok cut it shortlah, jom layan resepi Acar Rampai, senang dan cepat disediakan....
Acar Rampai |
Bahan2 A
1 batang timun (dipotong memanjang, buang empulur tengah)*
1 batang lobak merah (potong memanjang)*
1 inci halia (dipotong kecil2)
2 biji cili merah (dipotong memanjang)*
2 biji cili hijau (dipotong memanjang)*
10 biji bawang kecil (dibelah 2)
5 ulas bawang putih (dibelah 2)
1 sudu kecil biji sawi (disanggai)
3 minyak tuk menumis
* potong memanjang berukuran 2 inci
Bahan B
3/4 cawan cuka
1/2 cawan gula
garam secukup rasa
Bahan C (dikisar)
15 tangkai cili kering
1 inci kunyit hidup
Cara2nya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan C hingga garing.
2. Masukkan bahan B dan kacau hingga sebati (hingga gula larut) tutup api.
3. Kemudian campurkan bahan A bersama bahan tumis tadi dan gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.
selamat mencuba yaaaa...
4 comments:
Assalamualaikum Naqies
buat utk berbuka puasa sedap tuuu
Wassalam
sedapnya... lawan dengan nasi minyak ni best! kena pulak dengan ayam masak merah
Waalaikumsalam Rozali, yaa betul mmg sedap, senang pun senang nak buat..
Bayu, kalo ngan nasi tomato pun layan gak... thanks for your visit...
Post a Comment