Showing posts with label **Netherland. Show all posts
Showing posts with label **Netherland. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Ronda2 Amsterdam & Belgium

pemandangan sekitar apartment kami di Amsterdam

Qies cuba abihkan entry Amsterdam ni secepat mungkin sebab tak lama lagi nak berholiday, insyaallah next week.

Cam biasa patut kuar awal pagi tapi geng2 yang lain liat benor nak bangun dan bersiap awal2, jadinya dalam kul 10 lebih baru kuar dari apartment, plan ari ni nak ke Madame Tussauds, City Tour dan Bot Tour. Tak sampai 10 minit sampai ke city centre terus cari parking berhampiran ngan Dam Square, tak jauh dari parking ni ada kedai Indian Muslim jadinye terus ler lunch kat sini alang2 tapi hazabnye ler nak tunggu sebab dia nak siapkan semua lauk pauk baru nak hidang, dekat sejam jugak laa menunggu tapi mujur ler makanan dia sedap kira berbaloi ler menunggu sejam.

Curry Express, alhamdulliah halal tuan punya kedai ni suami dia bole berbahasa melayu singapura sebab dia menetap disana 13 tahun

jangan terkejut sedang2 korang duk bersidai kat tepi ni nampak 'ayam' sedang berjogging ditingkap2 yaa ahaks

Beriani kambing...superb!!!

Ayam Tandoori..memang sedap..

Qies order Beriani kambing, cik abang order capati dan ayam tandoori, pastu mee goreng tuk along dan Aqies lak nasi beriani kosong makan ngan tandoori, ok laa tak mahal mana laa tuk 4 org makan ngan drinks <>Euro25, kenyang giler sebab portion tuk nasi beriani tu bole 2 org makan al maklum ler portion tuk perut mat salleh tank besar hehehe..

haa ni le Madame Tussaudsnye ye kengkawan..

Lepas makan terus pergi ke Madame Tussauds yang terletak betul2 di area Dam Square, harga tuk dewasa Euro21 dan budak bawah 5 tahun percuma, tapi kalo nak jimat bole beli tiket di diskaun kuanter yang terdapat di sekitar area Dam Square (ada diskaun <>Euro1-2 per pax) dan bole dpt VIP Pass lagi tak perlu Q panjang2 tuk masuk Ke Madame Tussauds, atau pun lebih jimat kalo beli combined ticket @ special / combos ticket cam Madame Tussauds + The Amsterdam Dungeon (bole tengok kat diskaun kuanter ye).

Lama gak kat dalam ni <> 2 jam gitu, berposing sampai lebam hehe mujur ler memory card ada 3 keping (4 gb setiap satu hehe). Syoik gak laa walaupun berposing ngan patung ajekan, kalo nak harap dapat jumpa secara live memang tak de laa kan, takat cam artis malaysia tu lain le kurang2 bole terserempak ngan diaorg kat shopping2 mall tapi kalo artis2 Hollywood atau artis ober d c ni kempunan laa jawabnye kalo nak berselisih ngan diaorang nie.

National Monument kat sini laa Pick up Point tuk Free Tour

ada fun park kat depan Madame Tussauds, macam2 games yang bole membuatkan korang mual perut nampak tiang seketul belah kiri tu salah satunye, 360 pusingnye weh...

Kuar dari Madame Tussauds sempat laa mencari apa yang patut sekitar Dam Square ni, cam biasa Qies tak de benda lain laa selain dari fms dan souvenirs diam tak diam tengok2 jam dah kul 4 lebih, alamak nampak gayanye terlepas le nak naik city tour, errmm tak pe ler tak de rezeki dah so kami terus pergi ke tempat bot tour, sampai aje kat jeti tu ada boat dah get ready gerak mujur sempat naik. Tak silap Euro10 sorang tuk one route tuk 1 jam.


Bot Tours

sian anak mama nie

Abih aje bot tour balik ke apartment tuk hantar Aizah & Raushan diaorg nak lepak2 kat aparment lagi pun Raushan tak berapa sihat sangat, lepas drop diaorang kami terus gerak ke Hotel Mek Hananah sebab dah plan nak dinner ngan mek lagipun nak amik harta karun ngan mek (hehe sekotak gitu, mekasih ya mek!!! ai lap u) punya laa susah nak cari parking kat area zentrum last2 dapat gak parking tapi masalah kat mesin lak tak terima coins masuk kredit kad pun tak terima semantara duk melilau cari mesin yang coins tu dan dapat surat cinta Euro50 sabo ajer ler, dah alang2 kena saman so parking aje ler situ malas nak pikir dah.

Hotel mek Hana ni tak jauh dari HRC Amsterdam so kami terus pergi ke Crystal Turkish Restaurant tuk kali ke2, 1st time masa lepas soping fm HRC masa 1st nite kami di Amsterdam. Lama gak laa kami kat sini sambil makan sambil sembang, macam2 sembangnye. Penat dah bersembang kami terus balik ke Apartment tak leh nak lelama sangat sebab esok dah nak bertolak balik lagipun nak singgal Brussels jadinye malam nie nak kena kemas2 apa yang patut dan nak berehat, ye laa esok jauh perjalanan tu hampir 10 jam dalam keta harus bengkok tulang2 nie...

Brussels

26 April 2010
Alhamdulliah pagi ni awal gak depa bersiap jam 8 pagi dah kuar dari apartment sepanjang jalan ke Brussels Qies amik peluang tido sebab tak cukup tido weh!!! tapi tak lama pun sedar aje dah sampai Brussels (<>3 jam perjalanan).

Cantiknye laa Brussels nie, bole Qies katakan Belgium ni lain dari negara2 Eropah yang lain dah bagi Qies Brussels ni lebih cantik dari Swiss (boley gitu hehehe) dan community muslim kat sini ramai gak (sebab apa setiap tempat yang Qies jalan bole lihat ramai muslimah yang bertudung dan muslimat yang berkupiah). Lepas parking terus cari farmasi tuk beli iodin pacth memandangkan kat Leiden dia cuma bole supply tuk 5 ari sebab tak de stok tapi tak susah laa nak mencari bole dikatakan almost every corner ada farmasi.

Jangan lupa try fries nie yaa sedap..

Di Brussels ni orang2 tempatan pun peramah sangat, sebab apa Qies kata peramah, kebetulan kami saja2 berlegar2 dipersimpangan jalan bertraffic lite tetiba ada sorang perempuan ni tegur kalo2 kami tersesat pastu siap guide kami mana patut pergi dan beriya2 nak tolong carikan tempat yang kami nak tuju, lawak gak sebab kami saja2 aje duduk situ sementara nak tunggu Tour Bus bergerak. Jadinye kami just cakap nak cari restaurant tuk makan terus dia tunjuk tempat tuk makan, memandangkan kami cuma ada 20 minit sebelum bus tour bergerak just sempat beli Fries. Sesiapa yang datang sini jangan lupa try Fries ni yee sedap tak cam fries biasa sebab dia ada macam2 sos tak silap Euro3 sebungkus (besar2 weh kenyang makan).

my x boss Mr & Mrs How, Ms Chin & Ms How

Tepat jam 2 petang Tour bus bergerak ( <>90 minit tour) Adult Euro10 budak2 free, sesiapa yang suka pada senibina bangunan lama2 memang akan teruja bila datang ke Brussels nie. Qies rasa cam ralat ler pulak sebab tak dapat bermalam kat sini sebab banyak gak tak diexplore lagi tapi cik abang kata insyallah ada rezeki kita datang lagi ke sini yaa, sebab cik abang pun suka ngan suasana disini. Habis aje tour kami terus ke kedai souvenier dan cam biasa Qies borong apa yang patut. Tengah2 duk borong sekali tu bertembung ngan x boss Mr Jack wah kecik ajer rupanye dunia nie, kelmarin jumpa kat Amsterdam kali ni kat Brussels lak sempat laa jumpa ngan Miss Chin dan Ms How kebetulan ada dalam butik just sembang kejap sebab diaorang pun sementara nak tunggu train balik ke Paris jam 5 ptg.

Aqies dah lapar nak nasik!!!

sedap roti nietu dia Seafood Pillaf Rice @ Euro100 huhu

mcm2 ada kupang,kepah, udang & lobster sekor

licin nasi dibedal si Aqies

Then kami berpecah Si Aqies dah lapar nak nasi huhu mana le nak cari nasi kat sini hurrmm so kami decided makan kat area seafood, just order Pillaf Rice + spaghetti tuk along, tak lalu pun nak makan sebab penat sesangat lagipun along pun tak berapa sihat sangat bergilir2 dukung along so penat tu jadi double huhu. Lepas makan kami terus ke parking sebab dah janji nak bergerak balik ke Swiss jam 6 ptg, perjalanan balik ke Swiss semua orang tido, sian kat driver si Tharun dia drive dari Brussels sampai lah ke Brig sebabnye cik abang dah tak larat nak gantikan sebab duk kendong Along sehari suntuk. Alhamdulliah kami sampai di Brig jam 5 pagi dan secara automatiknye pagi tu semua ponteng kelas hahaha...

Info :

1. Free Tour (3 hours walking tour)
setiap hari jam 11 pagi & 1 tghari. Pick up point at Dam Square @ National Monument. Tour ni dibuat oleh student2 universiti dan cuma menerima tips dari pelancong2. Just cari tour guide yang memakai T-shirts merah ngan wording 'NEWEUROPE'
2. Red Light Districh Exposed tour 2 hours, Adult Euro12, Student Euro10

4. Madurodam (Miniature Town)
5.
Delft Blue Pottery factory

Belgium Tours

Tuk penginapan bagi yang nak backpacker sekitar Europe, bole try duduk di Famous Hostel, bersih dan selesa + breakfast (12 types of cereals +toast+ juice + hot drinks)+ free usage of internet > Famous Hostels

Monday, June 7, 2010

Keukenhof

Tulips river @ Keukenhof

Jum sambung balik citer Jalan-Jalan Cari Pasal di Keukenhof 2 bulan lepas...giler berabuk dah citer nie eik...Keukenhof pun dah tutup dah pun tuk taun nie, semua tulip udah tak de dah...hehehe...

24 Jun 2010

Sepatutnye seawal 8 pagi kena kuar dari zentrum sebab hari ni ada Flower Parade of The Region sure akan jam punya, tapi geng yang lain ni mak aii liatnye le nak bangun pagi, tension aje patutnye kita yang beranak pinak nie le yang lambat bersiap tapi yang bujang2 lagi hazab, sabar aje ler.

Sudahnye jam 10 pagi baru bertolak dari zentrum terus ke Leiden dulu sebab nak lunch terus baru masuk ke Keukenhof memandangkan kat sana nanti tak de makanan halal. Perjalanan ke Leiden mengambil masa 1 jam lebih jugak sebab jalan jammed, then jalan ke arah Keukenhof hampir tidak bergerak..then dapat call dari my xboss , sepatutnya kami plan berjumpa di Swiss tapi cik abang ada kelas so tak leh nak jumpa dia kat Swiss dan kebetulan dia pun ke Amsterdam semalam so kami plan nak jumpa di Keukenhof aje ari ni.

Restoran Selera Anda @ masakan padang

Macam2 menu ada daging dendeng berpetai pun ada yummy

Sampai di Leiden terus cari kedai makan, pusing2 jumpa lah Restoran Selera Anda wah seronok betul jumpa restoran masakan padang nie macam2 ada terubat laa rindu nak makan rendang, dendeng, lontong pun ada jugak, jadinye lunch kami disini amat2lah berbaloi murah lak, owner Selera Anda ni pun baik jugak orangnye..kat sini cik abang borong mee maggie sepuluh bungkus terus murah le katakan.. tu...disebabkan lapar dan seronok sangat sampai lupa nak snap gambar makanan ...sorry lah ye. Sesiapa yang datang ke Leiden ni restoran ni tak jauh dari windmill museum(parking lot) dekat ngan jam matahari on the right side ada kedai ice-cream tak besar mana pun town ni pusing2 situ jugak sure jumpalah..Jangan lupa try 'Haring Fish' kat ngan parking lot ni ...ikan goreng ala2 cam celup tepung tu sedap!!!..tak silap Euro2-3.50 seekor, tak pun try fish nugget dia Euro 2 sedap banget...

Windmill Museum@ Euro3

Jam matahari @ Leiden

Sesambil tu my x bos duk calling2 lagi bila nak sampai ke Keukenhof, disebabkan ramai sangat orang Mr. Jack tak jadi masuk Keukenhof so dia terus ke Rotterdam jadinye plan bertukar jumpa dinner di Rotterdam pulak. Sementara tu sempat ke Farmasi untuk beli ubat Along tapi Qnye cam hospital kerajaan ler pulak...ada dalam sejam menunggu turn tuk beli ubat mujur tak mahal mana dalam euro30 tuk supply 10 ari. Then terus Keukenhof, klik sini tuk info pasal > KEUKENHOF

pemandangan sepanjang perjalanan dari Leiden ke Keukenhof

Landmark sebelum sampai ke Keukenhof

tengok cam tak ramai org eik kat entrance ni ..memang ler time ni dah kul 6 lebih last posing sebelum balik hehe..sebab masa sampai terlalu ramai sgt orang nak snap gambar pun susah...

Alhamdullilah kat Keukenhof ni ada disediakan facilities tuk OKU dan jugak tuk senior citizen and its FOC, jadinya kami pun amik wheelchair tuk Along, bukan setakat wheelchair saja, ada skuter, stroller dan juga basikal kecil tuk budak2. Korang bole dapatkan booklet Keukenhof ni pada harga Euro 4 sebuah semua info ada terdapat dalam tu. Jangan lupa amik map ye sebab Keukenhof ni sangat besar tak silap 32 hektar dan terdapat 4.5 juta tulip dari pelbagai spesis.

Cari minah ni ya kalo nak beli booklet Keukenhof, Euro4

masam aje muka Along...

sangat cantik dan wangi bunga nie..

lepak2 sambil sun bathing mat & minah saleh ni

Menjejakkan kaki ke sini amat2 berbaloi...terpegun tengok kiri kanan depan belakang tulip dan bunga2 dari spesis lain dengan pelbagai warna dan bau. Kalau lah dapat duduk ke sini gerenti tak tensen, ye le ari2 tengok bunga alam sekitar damai aje weh, maka bermulalah sesi menjelajah dan berposing pantang gerak sikit berposing. Disebabkan terlalu ramai pengunjung ada yang lepak2 baring patutnye jangankan kata nak baring nak pijak rumput pun tak bole hehe untung gak pergi time ramai orang bole posing2 dekat tulip2 tu sesuka ati, matahari bersinar ramai yang amik peluang lepak2 dicelah2an munge2, yang bercouple bukan main romantik lagi hehehe..

kesian anak mama moody aje masa kat sini

geram lak tengok muncung anak mama sorang nie..

ikan mentah, nak kata sedap sangat tu tak laa tapi bole ler setakat nak mencuba

aksi Aqies bersama munge2..

white daisy & red tulips

Lelah nak cover semua tempat dalam Keukenhof ni so kami decided tuk buat separuh aje memandangkan Along pun tak berapa sihat jadinya tak le jelajah hingga ke setiap pelusuk, kat sini korang bole try makan raw fish+pickles+ onion euro3 their local food, errmm memula cam kembang aje tekak nak cuba tapi cik abang kata sedap cam makan sushi so Qies try ler small bite ...ermm bole tahan gak rasanya..tapi tak le Qies abihkan sekadar merasa aje ler hahaha..then melepak kejap sambil2 minum kopi ngan makan waffle, disebabkan along tak de mood sampaikan Qies tak soping pun souvenier bebanyak kat sini rasa rugi pun ada gak sebab souvenier Keukenhof tak de jual ditempat lain kecuali kat sini aje huhuhu tapi nak wat camnekan sekurang2nye dapat ler 1-2 ketul magnet dari sini jadi lah dari tak de langsung..

testing menembak yang sudah nak berkarat hehehe

last posing sebelum balik ke balik

Dah penat merayau sana sini, lepak2 jam 7 petang baru kami kuar dari Keukenhof ni, sekali lagi jammed giler jalan nak keluar so jadinye plan nak ke Rotterdam terpaksa batal sebab tak dan nak kejar dinner ngan Mr. Jack so plan jumpa kat hotel jam 11 malam kat zentrum (city centre) mujur ler berkereta senang nak pergi sana sini.

pemandangan sepanjang jalan keluar dari Keukenhof...terpegun tengok Subhanallah..

Geng yang lain nak pergi ke Red Light District so kami yang ada anak2 kecik ni cam tak sesuai lak nak joint the groupkan so just jalan2 sekitar zentrum tengok2 sourvenir, rembat apa yang patut sementara nak tunggu jam 11 malam, tak banyak pilihan halal kat sini maybe tak jumpa laa sebab tak cari mana sangat pun sebab memasing dah penat nak2 cik abang ler penat mendukung along, Qies cuma sekali sekala aje dukung sungguh tak larat, sian tengok along sakit kaki pun bengkak dah, lepas dinner terus ke kereta berehat sementera tunggu geng balik dari Red Light District dan ler terlelap kejap.
parking tak jauh dari Red Light District

Dinner kebab aje tak larat nak jalan jejauh dah..

Si Tang & Tharun sempat try Sky Cake beli 1 slice kongsi berdua, tapi tengok cam lalok giler mujur ada Aizhan & Raushan ada ngan diaorg kalo tidak sure tak jumpa jalan balik, tah2 tersadai tepi sungai kot rasanye. Jadinye cik abang kena drive, bebudak tu lalok tak abih lagi, mujur hotel Mr. Jack tak jauh so dalam 5 minit drive dah sampai, jumpa2 aje Mr. Jack punya ler terkejut dia tengok Qies, "Pasai apa mu kurus sangat nie, mu tak jumpo nasi ka?" pastu Mrs Jack lak turun ngan kopi Old town kat tangan "Mu tak cukup makan ke Ella, sampai kecut duk Swiss" haha sabar ajer ler tapi syoik gak dapat kopi sebab kopi kat europe ni tak sedap hokey hahaa...

Then Mr. Jack ajak gi makan sembang2, cari2 yang ada cuma Mc Donald aje yang bole dimakan ye le takkan nak duk kat bar lak kan, ingatkan nak sembang2 aje kat lobi tapi Mr. Jack insist nak belanja secawan kopi pun jadi laa. Kebetulan bebudak 2 orang tu pun dah sedar lalok baru perasan perut lapar jumpa lak depa berdua kat McD so duduk bersembang ler kat situ sampai jam 2 pagi..adeh giler mata pun dah tak leh nak bukak ni, Si Aizan & Raushan & Aqies duk tido dalam kereta kat parking lot memasing dah penat sangat sampai nak makan pun tak mo dah.

Baik betul bos aku yang sorang ni, bagus tak cam bos yang lain penah Qies jumpa laa, walaupun dia kaya tapi dia ngan staff baik, pandai jaga kebajikan staff yang kebanyakkannye staff melayu, masa Qies nak berenti pun tak di kasinye weh, macam2 dia offer tapi nak wat camne kan tak de jodoh sampai ke Swiss, Holland pun dicarinye, selagi tak jumpa selagi tu ditiponye, email lagi.

Abih borak2 terus balik apartment tak larat dah, esok last day kat sini so ada lagi 3 agenda yang nak dicover 1 g Madame Tussauds then nak naik Tour bot dan 1 lagi jumpa Mek Hana dari Liberpool nak mengambil harta karun Qies kat dia hehehe, sampai ajer bilik terus mandikan anak2 buat dressing tuk Along, solat then kemas beg adeh tengok2 jam dah kul 4 pagi..esok merayap lagi..

Entry Madame Tussauds & Belgium Qies sambung lain kali eik...kita stop sini...panjang dah Qies membebel, sian korang penat nak membacanye ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink