Sup Daging Kuda
Maaflah ye kengkawan..bulan2 pose ni le pulak entry memasak Qies muncul walaupun masak dah berminggu baru nak tepek citer hehe...nasib laa kan...sila jangan terliur yaa.. dengan gambar Sup Daging Kuda ini...
Daging Kuda???!!!! ya kengkawan daging kuda sangat special sebab didatangkan khas dari Kazakhstan tu. Last June summer break so Si Aidar balik ke Kazak bercuti2 dan dia bawak balik daging kuda tuk kami sekeluarga since dia asik citer pasal daging kuda ni. Kalo korang nak tau org2 Kazak ni daging kuda ni adalah makanan ruji diaorg musti ada dalam setiap dishes diaorg setiap hari. Macam kita selalunye daging lembu pastu daging kambing, kekadang daging kerbau, daging rusakan..tapi bagi org Kazak depa lebih kepada daging kuda. Kata orang daging kuda ni panas cam daging kambing gak...wah kambing tu my feberet hokey...
ya ni laa rupanye daging kuda, tengok tu yg putih2 tu lemak dia
So dalam 2 minggu lepas hari ahad Aidar datang ke rumah bawak daging kuda...hurmm since kat rumah tak de bahan nak wat rendang Qies buat sup aje laaa, kalo cukup bahan memang buat rendang aje tentu lagi best.. Jadilah menu hari ahad kitaorg ari tu Sup Daging Kuda.. yehaaaaa...yariba...yariba...
Sup Daging Kuda
Bahan2nya
Daging kuda (dihiris nipis - senang cepat empuk)
Air secukupnya (ikut berapa byk kuah yang korang nak ye)
2 biji Bawang kecil (dihiris nipis)
3 ulasBawang putih (dihiris nipis)
1 inci Halia (dihiris nipis)
1 sudu rempah sup
1 sup bunjut
sedikit kayu manis, buah pelaga, ketumbar
3 biji cili api
1 keping asam keping
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 biji carrot (dipotong memanjang)
Sedikit bunga kobis & brokoli (ikut laa sayur apa korang nak letak ye)
Cara2nya
1. Tumis kayu manis, buah pelaga, ketumbar hingga naik bau, kemudian masukkan hirisan bwg merah, bwg putih & halia tumis hingga bwg bertukar warna hampir ke perangan (jgn sampai jadi bwg goreng udah la ye hehehe)
2. Masukkan daging kuda (atau apa2 daging yg korang ada le..mana lak nak cari daging kudakan hehehe) dan kentang, tumis hingga air daging keluar. Kemudian masukkan air secukupnya + rempah sup + sup bunjut + asam keping + cili api. Gaul sebati dan tunggu hingga kentang dan daging empuk. Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi dan perasakan garam. Masak hingga sayur hampir melayu tak perlu terlalu empuk sangat dan sedia tuk dihidangkan (Qies suka kalo carrot, kubis bunga yg separuh masak).
Memang sedap daging kuda ni, tak liat dan tak keras cam daging kerbau, tapi awas yaa jangan makan banyak2, akibatnye malam tu Qies udah pening2 huhuhu...mmg panas specis daging kambing juga...
Sekian dari Dapur Naqies, selamat mencuba yaaa...kalo ada yg sudi ler.. Selamat Berbuka Puasa...
Tips :
Sapa2 peminat kambing or daging kuda bole amalkan petua ni, selepas makan or semasa makan, amalkan makan buah zaitun sama ada yang jeruk atau pun yang segar, kalo tak de bole minum sesudu kecil minyak zaitun dan jangan lupa minum air limau nipis sekali ye, untuk mengelakkan kolestrol naik mendadak hehehe...
3 comments:
sedap tak qies daging kuda? orang kata boleh kasi tenaga!
sedap sangat weh narif, qies anak beranak suka sgt2. kasi tenaga entah laa..tp yg pasti malam tu mak pening ko..panas sgt kot mujur tak de darah tinggi if not dah pengsan dah weh hehehe
Salam.. kami menyediakan menu daging kuda.. masakan rendang minang.. blackpepper.. berlado.. kalau sis berminat bole hubungi saya 0133979370
Post a Comment