Wednesday, November 5, 2014

Teknik Power Pumping

Assalammualaikum
Moh kita belajar teknik power pumping lak ari ni, coz x semua ibu2 sesuai pakai milk booster, ada yang makan/minum berkotak2 tapi susu nan hado gak.. apa2 pun kena berbalik pada teknik asas yaitu meniru cara baby menyusu, keberkesanan berbeza pada setiap individu, ada yang dapat dilihat dalam masa 3-4 hari ada juga yang mengambil masa seminggu  yang penting ibu2 kena kuat semangat dan berfikiran positif ok.. 

Jangan riso entry ni x de entry mempromote milk booster atau food supplement yaa..(coz banyak entry pasal meningkatkan susu ibu tapi dekat2 ujung entry musti nak promote gak pasal produk, tapi tu laa masing2 mencari rezekikan..cuma kekadang agak annoying gak bila baca2 last sekali tulis sebab itu laa saya mengamalkan bla..bla..bla, pm/wassap/email tuk details product... 

Teknik ini sangat sesuai untuk:
  1. Ibu2 yang mengalami kekurangan susu berpunca antaranya dari hormon yang tidak stabil, kedatangan period, stress
  2. Ibu2 yang ingin menyusukan semula anak setelah berhenti menyusu
  3. Ibu2 yang ingin menyusukan anak angkat, teknik ini mampu merangsang penghasilan semula susu ibu.
Bagaimanakah teknik power pumping?
Elok dilakukan diantara waktu tengah malam membawa ke subuh, kerana pada waktu ini hormon yang menghasilkan susu amat tinggi dan pada waktu ini ibu2 juga kurang stress dan berada dalam keadaan relax.

Single pump
Mulakan pam pada sebelah kanan payudara selama 10 minit kemudian pam pada sebelah kiri payudara selama 10 minit. Ulangi pam berselang-seli kanan dan kiri secara berterusan selama 1 jam.

Double pump
Pam kedua2 payudara secara serentak selama 10 minit dan berehat selama 10 minit, ulangi cara ini selama 1 jam.

Buat dalam tempoh 1 jam sahaja yaa tak perlu lebih, ulang pada hari2 seterusnya pada waktu yang sama jika bole (kalo ibu2 buat jam 2 pg- 3pg, teruskan tuk hari2 seterusnya pada jam yang sama)

Jangan susah hati jikalau hasil perahan sedikit atau tidak ada, maybe ada yang ibu2 terlepas pandang faktor2 lain antaranya:
  1. Pemakanan seimbang - amalkan pemakanan seimbang dan yang membantu penghasilan susu seperti lobak putih, air longan, jantung pisang, susu kambing, kurma dan lain2 lagi.
  2. Pastikan ibu2 minum 3 liter atau lebih sehari, nak senang sediakan 3 botol tumble 1 liter pastikan ibu2 habiskan dalam masa 24 jam, tidak le asik nak ingat berapa gelas dah minumkan..kalo amik tumbler 3 liter jenuh lak nak dikolek sana sini kekeke
  3. Elakkan perkara2 yang mengakibatkan ibu2 stress, tidak terlalu letih, lebih elok kalo mengamalkan senaman ringan supaya badan tidak lesu dan bermaya.
  4. Elakkan pemikiran atau perkara2 negatif
Kalo semua diatas telahpun dilakukan tapi masih lagi tidak berkesan, jangan berputus asa, berbalik laa pada Allah s.w.t, berdoa agar dipermudahkan dalam urusan penyusuan anak, mohon agar diperbanyakkan air susu cukup untuk pembesaran anak, amalkan juga doa2 dan zikir, Insyallah ibu2 akan mampu tersenyum melihat kesannya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink