Thursday, October 23, 2014

Sudah Naik!!

Assalammualaikum
Amboi tajuk tak bole blah sungguh kekeke...jangan nak corner sana sini eik ni citer berstatus U tuk tatapan umum kay..
dah naik bata daaa..
Last week confirmkan kontraktor tuk extend dapur rumah baru, so tadi gie laa jenguk tengok dah naik bata dah..cuma si Ah Sam ni silap gie tau kat pekerja dia pasal kedudukan tingkap, sebab dia ingat kabinet dapur kita orang jenis 1 side je walhal dah gitau kami buat L shape tak ke naya nanti sinki dan tingkap tak selari dah guano nak tutup tingkap tu nanti kalo duk kat tepi gitu, tapi tadi dah suruh depa relocate dalam 2 kaki ke kiri sikit haa baru le sambil cuci pinggan bole cuci mata sekali hahaha.. nan hado cuci mata belakang rumah kan..

Harap2 dapat masuk rumah baru sebelum tahun baru, tak menahan dah duk rumah sini yang dipenuhi kereta berlapis nak kuar pun susah adeh, kaya bebenor pun kejiranan sini sampai 3-4 biji keta 1 rumah..tuan tanah je yang miskin 1 keta huhu.. apa2 pun Alhamdulliah sebab diberikan rezeki tuk rumah ke dua... cepat laa siap, tak sabar dah nie kekeke 

Wednesday, October 22, 2014

Me Like It...ahaks

Assalammualaikum...
Sejak berbuaby ni semua benda nak kena buat cepat2 kekadang tu asal bole je janji kerja siap kekeke.. Kalo dulu sempat laa nak belek2 muka nak laa ni nan hado..bermakeup remover lagi laaa terus cuci je ... muka pun nampak kusam je laa ni huhu..

Last week beli pencuci muka baru, saja try2 laa tapi tak sangka laa pulak terus jatuh cinta, kulit muka nampak fresh dan bermaya sikit, kulit muka rasa bersih dan tak mengeringkan..dan yang paling best sekali murah weh.. murah laa compare ngan brand2 lain yang penah Qies pakai cam SK2, Clarins, Shishiedo dan ada 2-3 brand lagi, Qies jenis tak pakai complete set sebab tak semua dalam set tu yang sedap dipakai kecuali dulu2 SK2 memang pakai full range laa..beriban kat situ je...

Tapi tu laa bak kata orang barang murah tak semestinya tak elok kan, Qies pun memang jenis pakai campur2, toner lain, pelembab lain, serum lain, setakat ni pakai brand Tony Molly tu pun ada campur sikit ngan brand lelain tapi Korea mari punya..



Nivea Makeup Clear 3 in 1 ni Rm15+ gitu, yang bestnya dia bole dijadikan masker, makeup remover dan pencuci muka sekali gus mencerahkan kulit.  Tuk penggunaan masker sapu terus ke muka then biarkan selama seminit, pastu langkah kedua untuk menanggalkan solekan campur sikit air dan massage muka dalam gerakkan membulat keatas last sekali buihkan baki pencuci yang ada dimuka untuk proses pembersihan, mudah kan semua dalam satu... tapi kalo uols nak skip langkah 1 dan 2 pun bole gak terus cuci je cam biasa no hal..tapi dah alang2 tu kan bukan lama pun 2 minit je pun sementara nak mandi tepek laa sekejap as a masker dan sambung sabun badan by the time nak abih sabun masker pun sempat kering bole massage then cuci teruskan..sekali jalan je dan setakat seminggu penggunaan memang puashati ngan resultnya.. 

Sapa2 yang pemalas cam Qies bole laa try makeup clear ni, tak silap dia ada 3 range tapi Qies sambar yang Mud pink kaler nie, lagi 2 range tak pasti lak but uols bole check kat Watson atau Guardian laa kan...lagipun ni bukan iklan berbayor pun ahaks...saja nak kepoci kat sini coz hasilnya tak mengecewakan...

Tuesday, October 21, 2014

Cara Tak Menghalalkan Hukum

Assalammualaikum...
Isu yang sangat panas dan heboh diperkatakan sekarang ni.. tak lain tak bukan kempen "I Want To Touch A Dog", Qies bukan nak jadi ustazah tapi sekadar memberikan pandangan dan pendapat '20 sen' apakah relevantnye kempen nie..
cara tak menghalakan hukum
*gambar sumber dari googles
Kalo dikatakan untuk menghilangkan rasa takut, Qies tak rasa semua orang takut pada anjing, kita tak sentuh tak bermakna kita takut tapi ianya adalah ajaran agama Islam yang melarang kita menyentuh secara sengaja tanpa sebab yang kukuh.. Perlu dipahamkan jangan nak dikaitkan pulak "kalo jadi Vet kan ke kena sentuh gak masa nak merawat" sila paham itu tanggungjawab seorang doktor haiwan, jadi hukumnya harus memegang tuk merawat lebih elok lagipun masa merawat dah tentu Vet pakai sarung tangan getah tetapi tetap kena samak jugak yaaa, kita perlu ingat "CARA TAK MENGHALALKAN HUKUM" ada sebab kenapa islam melarang dan menjadikan sesuatu itu sebagai hukum yang perlu dipatuhi.. tidak berkeperluan menyentuh kecuali dalam situasi darurat/menyelamat..

Anjing adalah najis Mukhollazah (najis berat) selain dari Viva dan untuk menghilangkan najis ini mestilah dibasuh dengan 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak. Dalam kempen diatas katanya diajar cara bersamak dengan betul dan kempen itu mendapat kelulusan Majlis Agama.. persoalannya disini perlukan untuk menyentuh untuk menunjukkan cara betul bersamak? Sebenarnye tak perlu pun bole je terus tunjuk demo bersamak kan...

Adakah ini cara baru mendidik generasi muda kita, esok2 kempen menyentuh viva lak, lusa2 kempen merasa arak, which is selagi tak memabukkan tak haram, perlu juga didemokan ker.. Dalam kempen tu lagi kata sentuh then samak, tapi rata2 gambar yang ditunjukkan bukan sentuh tapi mengusap dan berpeluk sakan ngan anjing, tak cukup kaa sekadar sentuh sedikit then samak... ni yang dikatakan mengundang fitnah zaman moden, caranya sangat halus tidak disedari oleh kita...
sumber dari facebook
Agak-agak berapa ramai yang akan menyertai dan menyokong kempen Saya Mahu Sentuh Al-Quran ni...

Monday, October 20, 2014

Menu Berpantang : Ikan Masak Asam

Assalammualaikum...

Menu berpantang kali ni Ikan Masak Asam, bole guna ikan merah/ikan haruan/ikan kurau/tenggiri kecuali ikan yang bisa2 tak bole k...
Ikan Masak Asam
Bahan2nya
Ikan merah/haruan/kurau/tenggiri (digoreng)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih dimayang
1 1/2 Inci halia dihiris
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
Air Asam 
Garam secukup rasa

Cara2nya
1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang besar, bawang putih & halia hingga naik bau.
2. Masukkan air asam (air asam jangan terlalu cair & jangan terlalu pekat, sedang2 saja k) didihkan sebentar kemudian masukkan ikan yang telah digoreng bersama2 lada hitam dan perasakan garam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink