Wednesday, April 16, 2014

Wordless Wednesday

Assalammualaikum
Plaza De Toros De Las Ventas, Madrid, Spain
Kenangan waktu berjimba2 di Madrid, Spain, tapi sayangnya masa pergi ni tak de lak Bull Fightnya event, so g posing2 aje laaa... Summer Holiday 2011

Tuesday, April 15, 2014

Persiapan Bersalin... Beg Bersalin

Assalammualaikum..
Sekadar berkongsi pengalaman, walaupun bersalin 10 tahun lepas, debaran dan kelam kabut persiapan masih lagi sama je rasanye, maklum laa bertaun daa kan...tapi perancangan Allah adalah yang terbaik buat hambanya..Alhamdulliah berkat sabar dan doa kami termakbul...
tara... alhamdulliah beg dah ready, tinggal letak dalam kereta je..
So sebelum kedatangan orang baru, beg bersalin korang dah kena siapkan bila masuk ke minggu ke 28, pastikan beg sentiasa berada didalam kereta takut2 ada terbersalin awal lak kan tak ke naya.. kalo dah siap2kan senang terus start kereta gie hospital, sebabnya time2 kalut camni ler korang takkan dan nak teringat checklist apa yang perlu dibawa so sediakan payung sebelum hujan bak kata orang2 tua..

Senarai Keperluan Si ibu :
  1. Buku laporan kesihatan ibu (yang kaler pink tu)
  2. 3 keping maternity pad (biar extra kot2 bocor ke kan)
  3. 4 keping night pad (if lepas 2 jam bersalin nak tukar ke pad yg berpelekat)
  4. 1 pasang baju tuk dipakai selepas bersalin if tak selesa pakai baju hospital
  5. 1 helai kain batik or trek suit 
  6. 1 pasang baju tuk pulang ke rumah
  7. Tuala mandi
  8. Sandal tuk digunakan diwad
  9. Air Zam zam / air selusuh
  10. Benkung moden
  11. 2 pasang stoking 
  12. 2 helai nursing bra
  13. 2 helai disposable panties
  14. 1 helai sweater
  15. 1 pek wet tissue
  16. 1 set toiletries (shower foam, shampoo, facial kits, berus & ubat gigi, losen dan bedak muka)
  17. Breast pump bag, korang dah leh start mengepam selepas bersalin, time2 ni susu yang keluar adalah yang terbaik tuk baby uols.. dikenali sebagai Colostrum
  18. Snek dan air kotak just incase korang lapar sebelum tiba waktu makanan dihidangkan..(kurma, energy bar, roti & biskut)
  19. Handphone & charge...penting jugak ni kan senang nak buat room service makanan dalam hospital tak sedap ke kan hahaha.. 
Senarai keperluan baby :
  1. 2 pasang baju
  2. 2 pasang booties & mitten
  3. Minyak baby
  4. Tuala baby
  5. 6 keping diapers
  6. 2 helai barut
  7. Baby bath
  8. 1 helai baby blanket
  9. 2 helai napkin tuk bedung baby
  10. Topi baby 
Insyallah kalau baby sihat dan tidak terkena kuning sehari je duk hospital dan checklist diatas mencukupi, so siap2kan dalam beg simpan bebaik dalam kereta..bila tiba masanya, tak perlu risau dah pecut aje terus ke hospital..kalo tak muat dalam 1 beg korang asing2kan cam barang yang dipakai buang letak dalam 1 recycle beg.. 1 beg lagi barang yang perlu dibawa pulang.
Qies dari dulu guna yang nie..1 pek tak abih pakai pun...
Untuk makluman ibu2 nak2 yang baru pertama kali menjadi ibu, sila beli maternity pad yang memang khas tuk bersalin yaaa, lepas dah sehari or 4 jam bole je tukar ke pad biasa, sebabnya maternity pads ni kerana dia bertali, masa lepas bersalin tak berseluar dalam ye ibu2, so kalo bwk yang berpelekat biasa pakai time peot tu memang tak terpakai laa uols hehe.. 
ni laa rupanya maternity pad, bertali 
Beli yang pek kecik aje udah ada dalam 10 pads. Sebabnya masa lepas bersalin nanti nurse akan ikat pad tu guna tali dan tali tu nanti dia akan ikat keliling pinggang ibu2, dan bagi ibu2 yang kena berjait dibawah tu bila pakai maternity pads tak laa rasa sakit/ngilu.. tapi lepas dah 2-3 jam lepas tu if nak tukar pada night pads dan berseluar dalam bole je tak de masalah.  Lagipun mungkin ada ibu2 yang berjahit kat bawah tu so bila guna yang ni dia tak laa rasa sakit/ngilu sebab maternity pad ni tebal dan lembut.. 

Monday, April 14, 2014

Azam Baru ...Baru Berazam Ahaks..

Assalammualaikum...
Alhamdulliah semakin dapat menerima ketentuan takdir atas pemergian Abg Long... semakin hari semakin tenang kerana perjalanan arwah adalah perjalanan yang kekal abadi menemui PENCIPTANYA...

Entry kali ni masih lagi citer pasal persediaan untuk menyambut ahli baru, diharapkan diberikan kesihatan yang baik sehingga selamat melahirkan dan azam taun ni (ahaks apa daa..udah masuk suku taun kedua baru nak berazam kekeke) pedulik laa kan .. Insyallah akan full breastfeed anak yang ke-3 ni sehingga umur 2 tahun..Amin, Along dan Aqies anak2 susu formula sebabnya masa tu tuan tanah buta ilmu dan tak de kesabaran nak breasfeed, dah laa memang susu pun nan hado (macam2 alasan laa pulak kan kekeke)
Unimom Allergro
Persediaan yang pertama, ari-ari duk cari info pasal breastfeeding, maklum laa zaman internet laa ni semua dihujung jari, klik2 aje..so Qies beli package Unimom Allegro ngan harga Rm420 ada :
  1. Single pump (bole convert jadi manual ngan switch kits)
  2. 1 unit ice brick (bole simpan 6 botol susu)
  3. 10 pcs bottle storage
  4. 2 compartment cooler beg (so bwh bole simpan susu, atas leh simpan breastpump)
Qies pilih Unimom sebabnya :
  1. ada 7 level suction power so bole adjust ikut kesesuaian dan keselesaan ibu2 semasa mengepam.
  2. 3 in 1 (bole guna secara lektrik atau guna rechargeable battery (built in) so kalo tak de operasi mengepam masih bole lagi dibuat dan baterinya bertahan lebih kurang 2 jam gitu..dan bole diconvert jadi manual pump dengan penambahan switch kits yaaa..
  3. Sangat ringan you, senang nak angkut kemana2 dalam 0.4kg je uols!!
  4. Murah pun yaa jugak..tak berani nak beli yang mahal2 takut nanti kecundang ditengah jalan nanti menangis tengok pump jadi barang antik huhuhu...
  5. Antara breastpump yang mendapat banyak gak feedback yang bagus2..
  6. Yang paling best dia senyap time beroperasi, idak laa kepochi sekampung ahaks..
Sebenarnya banyak lagi tapi tak larat laa nak tulis semua, rata2 kalo uols klik kat google berderet2 kuar info pasal unimom allergro ni, so silakan main klik2 kat mr google yaaa..

Antara barangan breasfeed lain yang perlu ada:
  1. Breasfeeding bra (so baru beli selai, tak berani beli lebih takut nanti lepas bersalin terlari size lak, naya jaaa..so lepas bersalin rasa dan lagi membeli online jah..
  2. breastpad ni kena ada laa nanti karang lenjun lak baju korang akibat limpahan air susu..
  3. bottle storage untuk menyimpan susu2 yang dipam..plastik storage pun bole jenis pakai buang laa tapi, kalo susu banyak better beli jenis bottle bole pakai berkali2..
  4. chest freezer tuk simpan stok EBM, ok yang ni nanti masuk rumah baru, baru bole beli idak jenuh nak mengangkut pindah oooo..
  5. Breasfeeding cover elok sangat2 if tetiba korang nak bf baby dipublic area laa, jangan duk main selak2 je walaupun bole, aurat kena jaga gak ok, cam Qies ku jait sendiri jah so stok dah ada dlm 3-4 elai gitu kekeke..
  6. Supplement untuk memperbanyakkan air susu, macam2 ada korang google je, Qies insyallah nak cuba cara2 orang2 dulu je, amalkan makan lobak putih, 
  7. Kalo nak mengelakkan breast bengkak susu bole beli cool pad tuk breast tu.. 
  8. Nursing pillow nak beli bole tak mo beli pun tak de masalah, guna je bantal biasa keke
Barangan yang lain, Insyallah Qies update dari semasa ke semasa yaaa... setakat ni yang tu je dulu, karang banyak2 pengsan gak nak mengeluarkan sedebuk duit belikan.. ni pun Qies beli sikit2 sebab banyak lagii benda lain nak dibeli...

Happy breastfeeding mommies!!!!

Saturday, April 12, 2014

Al-Fatihah, Tenanglah Kau Disana

Assalammualaikum..

Tanggal 7hb April 2014, berita kehilangan salah seorang ahli keluarga yang amat mengejutkan... perginya anak saudara sulung Qies akibat kemalangan jalan raya Abg Long Mohd Darimi B Rosly...sangat2 memilukan..  
keratan akhbar Metro 8hb April 2014
Siapa sangka diusia hanya baru 22 tahun Abg Long telah dijemput olehNYA dengan begitu cepat sekali, benarlah janji Tuhan "tidak akan terlewat atau terawal sesaat pun bila mana ajal menjemput'... Alhamdulliah pengebumian Abg Long (maaf masih terasa janggal menyebut perkataan arwah) selamat dikebumikan selepas zohor pada 8hb April 2014 dikampungnya Bunut Susu, moga arwah tenang disana..

Abg Long meninggal akibat trauma dibahagian tengkorak belakang (internal bleeding) setelah dilanggar oleh polis betul2 dihadapan Balai Polis Bercham Ipoh, ketika itu arwah dalam perjalanan pulang kerumah selepas membeli tiket bas untuk pulang ke kelantan iaitu perjalanan pada mlm 8hb.. malangnya arwah dilanggar dan terus koma selama 5 jam dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam itu juga..Lebih memilukan tiada langsung wakil atau ahli keluarga anggota polis yang melanggar tampil menelefon atau berjumpa dengan keluarga arwah, tiada ucapan takziah atau maaf dari mereka.. 
moga syurga tempatmu.. Amin
Mak Su (Qies) masih segar dalam ingatan menjaga along ketika mak along dalam pantang dirumah opah, menuam, menukarkan lampin, memakaikan baju..mendodoikan along... tapi Allah lebih menyayangi Abg Long dari kami semua...

Walau sesaat cuma menatap jasad Along, sedih dan pilu sangat2 (normal kot kalo mak yung cepat beremosi) tapi Mak Su tengok tenang sangat2 wajah Along, putih berseri, tersenyum dalam lena menuju ke alam yang kekal...31/08/1991 - 07/04/2014 Al-Fatihah 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink