Assalammualaikum
Sambal Jawa antara menu yang biasanye Qies buat bila masa vitamin M melanda, sedap dimakan ngan nasi panas atau dilawankan ngan ubi kayu rebus pergh, sedap ooo... sangat mudah dan cepat dimasak..kenapa nama sambal jawa, bila tanya kat mak, katanya sebab dia belajar buat ngan orang jawa tu pasal dia panggil sambal jawa..kalo tengok gaya cam ala2 sambal gesek je kan...maybe laa kot..moh jenguk resepinye..
Sambal Jawa |
Bahan2nya
Segengam ikan bilis
10-15 biji cili padi (ikut atas kepedasan masing2 yaa)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
sedikit belacan
Cara2nya
1. Tumbuk cili api hingga hampir lumat kemudian masukkan bawang putih + bawang kecil ditumbuk hingga pecah2 kasar ( tidak perlu hingga lumat)
2. Masukkan ikan bilis dan belacan dan ditumbuk manja2 sambil dikaup balik untuk semua bahan tumbuk bersatu.
3. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau, jika terlalu kering masukkan sedikit air, perasakan garam jika mahu atau tidak perlu kerana masin dari ikan bilis sudah secukup rasa.
Sedap dimakan bersama ubi kayu rebus...selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment