Monday, July 8, 2013

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk KL Tower 2013

Assalammualaikum...
Alhamdulliah bulan Ramadan akan menjelma tak lama lagi, bulan yang penuh keberkatan dan limpahan rahmat dariNYA.
tu dia acara memecahkan rekod peribadi ahaks..
Entry kali ni nak citer pasal penglibatan Qies julung2 kalinya ke Pertandingan Memasak Bubur Lambuk KL Tower 2013 yang telah pun berlangsung pada 29hb Jun 2013 di KL Tower.. Angin tak de, ribut tak de tetiba lak leh termasuk pertandingan memasak, lebih hebat lagi bila kena masak bubur lambuk dari 10 kilo beras ..oooww..oooww 10 kilo tu memang pecah rekod diri sendiri, dah laaa tak pernah masak bubur lambuk seumur hidup.. haaa saja tempah mautkan kekeke.. 
antara penaja pertandingan
Seawal jam 3.30 pagi dah bertolak dari Kuantan, wah penuh semangat nak masuk bertanding.. nan hado betul nama group pun tak bole blah.. Wannabe Masterchef haaa lantak laa jangan kumpulan mak glamer...Alhamdulliah dengan tak cukup rehat dan kepenatan ari sebelumnya sampai jugak di KL Tower dan terus membuat pendaftaran yang bermula seawal jam 7 pagi terus collect goodies bag dan bahan masakkan yang disediakan oleh para penganjur antaranya Santan Harmuni, minyak sapi Enrico's, Gas dari Petronas..
horn dibunyikan dan bermula laa memasak
teh percuma bagi para peserta....
entah berapa kali ulang amik air kat sini keke
Masa 2 jam diberikan bagi memasak dan menghias bubur lambuk, so tepat jam 8.25 pagi pertandingan telah pun dimulakan dengan tiupan horn oleh Panel Juri.  Wah berpoluh ketiak weh mengupas bawang, halia, lengkuas dan blaa.. blaaa.. blaa.. Mujur laa pihak penganjur menyediakan breakfast percuma sekadar mengalas perut... pepagi dpt Ice Tea cop Starbuck hokey.. if diri sendiri memang ku tak beli laa starbuck tu kekeke... 
panel juri... Chef Adu... aduh rugi tak dpt nak berposing ngan chef...
Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori masjid, kategori restoran/hotel dan kategori terbuka so group Qies masuk yang terbuka aje laa lagi dua kategori tu memang tak layak laa kan hehe.. dan salah sorang juri pada hari itu ialah Chef Adu.. huhuhu busy memasak sampai tak dan nak snap picture ngan Chef Adu...huhuhu
gigih memotong bawang dan bahan2 lain..
"amacam ayang, bole tak jadi bubur ni 2 jam lagi.."
meh posing
pic kredit to KL Tower FB
posing jap, sementara para juri menghakimi bubur2
dari 33  kumpulan, lebam norks jadi juri aritu hehehe..
Walaupun tak de pengalaman memasak bubur lambuk sebanyak 10kg beras dan berkat kerjasama antara kami, Alhamdulliah bubur lambuk 'selamat' di masak dan secukup rasanya... hehehe...walaupun rezeki tidak memihak kepada kami, tapi kira ini satu pencapaian yang membanggakan laa bagi diri sendiri kerana mencabar diri untuk sesuatu yang tak penah pun terpikirkan "kami masuk pertandingan memasak 10kg beras" masak tuk diri sendiri tu bole laa... 
10kg beras dah selamat menjadi bubur lambuk, Alhamdulliah
selesai sudah, ok jom balik ..penat daa
Pemenang hari itu yaaa harus laa pada otai2 yang setiap tahun menglibatkan diri... kami ni 1st timer, kira beras yang dimasak menjadi bubur pun dah cukup bagus tau...siap abih diedarkan pada semua pengunjung lagi...untung para pengunjung KL Tower haritu sebab berbungkus2 bubur lambuk dibawa balik.. makan sampai lebam yee hehe..
bubur lambuk dari Wannabe Masterchef
goodies bag dari KL Tower..
Insyallah tahun depan ada umur dan rezeki kita masuk lagi yaaa... sehingga kita menang top 5 yaaa insyallah...

1 comment:

Unknown said...

Tahniah kawan..
semoga menjadi pengajaran yang hebat kan. Suke nyee ai tengok..rajin u..
takpela takde rejki..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink