Monday, July 15, 2013

Ketam Masak Lemak Cili Api Bernenas

Assalammualaikum
Alhamdulliah masih dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah berpuasa di bulan yang penuh barakah ini, insyallah kita semua akan beroleh RahmatNYA..

Dibulan ramadan inilah masanye kita dapat lihat pelbagai jenis juadah yang dijual di Param dan tak kecuali jugak bagi para ibu membuat pelbagai jenis juadah sebagai ganjaran anak2 yang baru bermula belajar berpuasa, alhamdulliah anak2 masih lagi bertenaga berpuasa, kalo tengok rekod taun2 yang lepas Along cuma tuang 2 - 3 ari aje, Aqies lak ada laa dalam 10 hari, oh ya solat pun tak liat lepas berbuka Along dah siap2 amik wuduk dan azan tanpa disuruh2... 

Ari ni Qies nak kongsi resepi tak seberapa yang Qies buat last Friday, lemak nenas ni memang pembuka selera time2 bulan puasa ni, tak caya cuba laa...
Ketam Masak Lemak Cili Api Bernenas
Bahan2 Tumbuk
1-1 1/2 Inci kunyit hidup
15-20 biji cili api (mau lg berapi sila tambah lagi ye..)
1/2 Inci lengkuas
1 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih

Bahan2 Lain
5 ekor ketam (dibelah 2 dan dibersihkan)
1/2 biji nenas (dipotong2)
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air (untuk merebus ketam)
1 1/2 cawan susu segar  (santan dan susu adalah mengikut kepekatan berapa banyak kuah yang diingini)
2 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (yg dimayang halus)

Cara-caranya
1.  Masukkan 1 cawan air kedalam periuk untuk merebus ketam terlebih dahulu dan mendapatkan air ketam.
2.  Apabila ketam hampir setengah masak masukkan bahan tumbuk, serai dan santan serta susu segar (air rebusan ketam jangan dibuang) gaul sebati dan biarkan hingga kuah mereneh (pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkan pecah santan)
3.  Apabila kuah mereneh dan ketam masak, masukkan nenas dan daun kunyit dan garam, kacau sebentar dan tutup api (jangan dimasak terlalu lama bagi mengelakkan nenas menjadi terlalu masak dan lembik)

Selamat mencuba...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink