Assalammualaikum...
Sebenarnya tak de cerita yang menarik minggu nie, walaupun bandar Kuantan sejak dari hari Jumaat lepas udah jammed, macam2 event berlangsung dari karnival pengantin - Megamall, Jom masuk u - Zenith Hotel dan jugak Tour ABPH di Megamall.. Jadinya bersambung laa entry tergantung bulan 10, 2012 punya janji kekeke... rentetan cerita pasal rumah Armada Bayumas di Indera Mahkota 2 SINI. Yuk layan..
|
yang arrow tu tapak lot qies..ni gambo last october, skrang dah 25% siap |
Perlancaran rumah contoh aritu ya ampun ramainye laa orang yang datang menjamu selera lebih tengok, dalam kepala memang dah set tak mo makan kat situ sebab, korang sendiri patut paham bila ada orang buat makan2 pree dikawasan perumahan yang dah sedia ada waktu tenghari ahad lak tu.. u get what i meant..
|
design sisi tepi |
|
sisi depan rumah bole masuk 2 kereta, tapi bumbung sekerat jah, confirm kena sambung huhu |
cuma satu aje yang kurang berkenan ngan desing rumah ni, bahagian car porch dia bumbung tak cover abih sampai montot keta daa, haiya kena keluar duit tambah bumbung depan laa nampaknya dah laa dapur pun nak reno2 gak bagi besar sikit, sebab dapur dia kecik, maklum laa dah biasa dapur meluas kat rumah sekarang nie huhu
|
ruang tamu, hurm maybe nak amik design gini laa nanti, senang tak serabut ngan bagai2 drawer |
|
ruang makan yang bersebelahan ngan ruang tamu.. |
Duk berkira2 sama ada nak tambah partition ke tidak diantara ruang tamu dan ruang makan, if tambah cam menyemak laa sebab kalo nak buat makan atau kenduri ke nanti sibuk lak partition tu duk situ.. tp kalo open sangat melapang laa pulak kan, apa2 pun tunggu budget dari Menteri kewangan aka cik suami ku..
|
bilik no 4 tingkat bawah |
|
bilik air tingkat bawah |
Tingkat bawah ada ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik air dan bilik tidur no. 4. Bilik airnya ditengah2 so ada 2 pintu, satu pintu dari bilik no 4 dan 1 lagi dari dapur.. so akan diconvertkan menjadi bilik tetamu n solat je nanti..oh yaa ruang tangga menaik ke tingkat atas pemaju dah siap2 buatkan jadi 1 bilik lagi so confirm akan jadi setor laa nanti..jimat dah tak de laa terlopong je bawah tangga tu nanti..
|
id dapur yang kureng sikit bagi Qies |
Dapur lak kawasan tak seluas rumah sekarang bole letak 3 dining table kekeke tak berlaga montot pun, tapi yang ni confirm kena pecahkan sambung lagi 5 kaki kat belakang tu kasi habih... dapur show house ni bole lah dibuat bar kat pintu masuk dapur, so kalo nak masuk/keluar dapur tak leh nak together2 alamatnye ada yang tersepit situ nanti.. sgt tak praktikal bagi Qies yang suka dapur meluas, melapang senang nak baking kuih raya nanti keke..
|
tingkat atas bilik no. 2 berkongsi toilet ngan bilik no 3 |
|
bilik no 3 |
|
bilik air bagi bilik no 2 & 3 |
Tingkat atas lak ada master bedroom, 2nd & 3rd room + family area, bilik no 2 & 3 keluasan yang sama besar berkongsi bilik air which is luas gak laa.. Aqies & Along memasing dah ada pilihan bilik diaorang sendiri haha memang laa nak ooiii tengok rumah contoh harus laa cantik kan..sapa tak berkenan memang mereng laa kekeke..
|
master bedroom, hurm kureng sikit ngan id bilik nie.. |
|
bilik air master bed ni bagi Qies sgt luas, rugi space je hehe |
Untuk maste bed laa rasa cam tak comey je id dia.. katil di tengah2 bilik sebab dia buat walking wardrobe lak kat belah belakang kepala katil tu, so dari segi ruang bagi Qies telah menyempitkan bilik laa.. satu lagi keluasan bilik airnya pun rasa tak perlu laa sebesar2 bilik air coz tuk mandi dan urusan besar je pun..takkan nak letak mesin basuh bagai dalam tu kan.. kalo buat kabinet pun sini bukan cam cuaca obersi yang sentiasa kering je habuk payah seminggu nak lekat, tapi kat sini tak dan sampai seminggu dah nak kena lap2 kabinet2 kat rumah tu huhu..
Tapi yang pasti 1 unit, insyallah menjadi hak kami pada July 2014 nanti... Oh yaa Qies suka ngan design tingkap dia yang meluas hingga kebawah so nampak ruang bilik dan rumah nampak lagi luas.. seluas mata memandang kekeke...TAMMAT
2 comments:
Qies,
Belikan akak sebijik..
alamak akak, tak mampu laa pulakk nak belikan tuk akak huhuhu
Post a Comment