Assalammualaikum...
Zaman sekarang rasanya macam dah tak selamat aje, sebab? pernahkah kita terpikir yang sebenarnya kita ni hidup dikalangan orang-orang yang MENTAL secara tidak kita sedari, nampak normal tapi sebenarnya tidak... Bukan hendak menghina orang yang sakit mental ni, ada segolongan yang memang yang telah diduga olehNYA menghidap sakit mental, tapi diwaktu ini secara tidak langsung kekangan kehidupan dari segi ekonomi adalah salah satu faktor ramai yang secara diam menghidap tekanan perasaan.
garisan khatulistiwa dari belakang body hingga ke pintu co pilot |
tengok lah betapa marahnye si mental nie... |
Korang nilaikan lah sendiri apa yang telah dibuat oleh orang mental ni keatas kereta Qies yang tak sampai pun 2 bulan usianye bersama kami. Alkisahnya kami menyewa dihomestay di Taman LTAT, Bukit Jalil..tuk event Brooks Half Maratahon 2013 nak kata kami ni bermusuh dengan orang dikawasan apartment tu dah tentu laa tak mungkin sebabnye kami ni cuma stay situ semalam je pun.. checked in pun dah agak petang then malam keluar esok tengaharinye dah pun checked out.
Salah parking ke? TAK JUGAK sebab kami parking diparking yang memang untuk apartment yang kami duduk tu, terang dan jelas lagi ditulisnye lot parking tuk apartment tu. Kalau setakat calar balar tu ok laa kami tak sakit hati sangat2 ni dicalarkan memang dengan niat merosakkan, Qies suspect orang mental ni guna benda tajam cam paku sebab abih cat tanggal hingga ke body pun tergores sekali. Apa salah kami sampai kamu naya kat kereta kami hah!!!..
memang ko berniat nak rosak dan penaya orang kan!! |
Kereta tu Asben parking tak sampai pun setengah jam lepas hantar member ke STAR terdekat, balik aje dari STAR tu asben naik atas suruh kami loading barang, turun2 tengok lepas amik kereta dari parking lot (homestay) dah jadi cam ni padahal bukan kami block or parking merata2 pun, kami parking ditempat yang dikhaskan tuk lot homestay tu hokey. Pergi ke Pak Guard bole lah pulak Guard House kosong ngan notice LUNCH & SOLAT.. telefon owner homestay bagitau (tak de nada terkejut pun, dia cakap memang ada kes) Qies hanya mampu mengucap panjang, Allahuakhbar je yg termampu diluahkan. Kami suspect si mental ni ada issue dengan owner homestay seolah2 macam nak menutup periuk nasi si owner agar tak de orang sewa homestay owner tu...
Kepada MENTAL itew, ye kami mmg sakit hati tapi kami lebih mengasihani ENGKAU, akal yang tuhan berikan digunakan untuk kerja2 begini, ruginya lah engkau hidup sebagai manusia, sangatlah kesian tengok kau jadi begini. Walaupun engkau terlepas didunia ni tak pe laa, yang penting Allah maha mengetahui apa yang telah ko nayakan kami/orang2 lain dan juga owner tersebut. Terima kasih atas sumbangan engkau si mental, berbahagia lah dengan tindakan tidak berakal kau tu kalo ko rasa ko bole tidur lena dengan penganiayaan yang telah kau buat keatas kami2 yang teraniaya nie. Semoga tuhan memberikan hidayah kepada kau wahai si mental..
2 comments:
Mmg mental la org tu Qies.
tu laa tu akak, kesiankan kat si mental tu, kesempurnaan akal yang diberikan disalahgunakan...ruginya laa..
Post a Comment