Wednesday, February 23, 2011

Alhamdulliah Rezeki Anak2

lagi rezeki tuk masa depan anak2

Alhamdulliah rezeki anak2 dapat Qies menambahkan lagi simpanan anak2 tuk masa depan Naqiu dan Aqies, syukur kepadaNYA atas kasih sayang dan rezeki yang diberikan kepada anak2 Qies.  Moga2 simpanan ni dapat mengurangkan beban kewangan tuk anak2 Qies sekiranya ada rezeki Along dan Aqies menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, mama dan yayah cuba buat yang terbaik tuka anak2 mama, moga Along dan Aqies berjaya kelak.


Bagi yang masih mencari2 bentuk simpanan tuk anak2 selain dari simpanan wang, inilah masanya untuk merebut peluang membeli emas dalam bentuk jongkong, tak semestinya orang kaya2 aje yang boleh membeli dan memyimpan emas ni tapi kita orang biasa boleh juga melakukannya asalkan ada tekad dan usaha tuk membuat tabungan tuk anak2.  Qies tak mempromote tapi sekadar berkongsi salah satu cara bentuk simpanan selain dari simpanan wang, dan untuk pengetahuan semua Qies bukan agen atau pun dealer Public Gold tetapi hanya seorang ibu yang berusaha membuat simpanan tuk masa depan anak2...tak caya boleh aje korang selidik kat HQ Public Gold adakah Qies ni salah sorang agen dia, menjadi agen atau dealer bukan matlamat Qies...semua yang Qies buat atas kesedaran nilai wang simpanan yang semakin mengecil nilainya dari jumlah yang tersimpan...
50g gold bar
20g gold bar
Jadinya beringatlah sementara kita masih mampu berusaha mencari rezeki, esok lusa kita tak tau lagi nasib yang akan menimpa kita dan bagaimana pula nasib anak2 yang dibawah tanggungan kita...sesiapa yang mempunyai kesedaran dan ingin tahu bole melayari > PUBLIC GOLD.  Qies sekadar berkongsi, jangan pula ada yang menyalah tafsirkan, bukan niat untuk menunjuk jauh sekali berbangga...ingat mengingati sesama kita. 

Bagi yang telah dan akan membeli jangan dilupakan zakat keatas emas2 yang kita beli tu pulak, setiap bahagian rezeki itu ada bahagian tuk dizakatkan..setiap rezeki yang Allah s.w.t beri ingatlah terdapat sebahagian kecilnya untuk dikongsi bersama2 yang kurang bernasib baik...seperti fakir miskin...jadi jangan lupa tunaikan tanggungjawab kita iaitu zakat.

p/s : Qies tak simpan emas2 tu dirumah ye kengkawan hehehe, semua selamat didalam bank hehehe..

7 comments:

ct N honey said...

kita mmg mahu buat yg terbaik untuk semua anak,itulah tanggungjawab utama ibubapa

Madam Sooyaree said...

Alhamdulillah, murah rezeki Qies :)

atuk said...

Assalamualaikum Qies

moga anak2 mengigati jasa kedua ibu bapa mereka

Wassalam

SeNDuDuK PuTiH said...

Woooooww besoooo modal tuuuuu...
Brp erk harge gold 1gm skrng?
Dah lama x jengok harge2 gold nih...

Naqies said...

Alhamdulliah, thanx semua, hendaknye rezeki uols pun semurah rezeki Qies. Senduduk bole check kat web rega berapa, laa ni makin naik huhu...

tiefazatie said...

kak...murah rezeki nie..ifa pun nt dh keje nk invest cmnie gak la...=)

Naqies said...

insyallah ada rezeki tie nanti, beringat sementara ada kemampuan, esok lusa kita tak tau lg apa yg akan terjadi, sediakan payung sebelum hujan bak kata org tua2 (akak laa tu hehe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink