Friday, January 28, 2011

Simpanan..Penting kah?

wah sungguh old skul tabung nie...lama dah tak tgk tabung buluh nie hehe
*gambar dari pak cik google

Salam Semua, ari ni Qies buat entry pasal simpanan, SIMPANAN!!!! bukan simpanan stok geli2 yaaa... ni simpanan tuk hari tua dan hari yang mendatang. Berapa banyak simpanan yang korang semua ada untuk masa tua selain dari pencen dan juga Epf. Haaa ada yang tak menyimpan langsung...isk2...menyimpan ni kena dijadikan amalan...kita tak tau bila masa kita akan susah lagi pun dalam ekonomi dan kos sara hidup dan perubatan yang semakin meningkat nie macam2 perlukan duit hatta ke toilet sekali pun kena duit hokey!!!.. paling kurang pun atleast rm50 sebulan lagi lebih lagi bagus...

Bercakap mengenai simpanan nie, sebenarnya ada banyak jenis simpanan selain dari simpanan berbentuk duit, ada yang menyimpan dalam bentuk tanah, rumah, barangan kemas, saham, bon dan macam2 lagi yang bole dijadikan HARTA kata org2 tua. Bagi yang ada anak kecil semestinya sudah mempunyai akaun untuk sekecil sedari lahir, ramai ibu bapa yang sedar akan kepentingan simpanan tuk anak2 skrang nie nak2 bila memikirkan KOS PEMBELAJARAN yang semakin meningkat huhu.

Bayangkan nilai RM50 dahulu dengan nilai RM50 sekarang, kalo zaman Qies dulu2 laa (zaman sekolah tahun 80an - 90an) RM50 tu besar mcm2 bole dapat... ingat lagi masa sekolah rendah belanja harian ke sekolah 50 posen dah kira mewah bole dapat nasi lemak + air + kuih, bila naik menengah mak dah start bagi duit sekolah secara bulanan... masa tu ingat lagi mak akan bagi setiap bulan RM50 (ni cara mak mengajar Qies bagaimana nak menguruskan kewangan sendiri) wah mewah bukan sebulan RM50 tapi bukan bole dijoli sesuka ati, semuanye dibawah pengawasan mak juga jadi bila dalam RM50 tu Qies bahagiankan bahagian2 duit tu tuk RM35belanja harian (sehari RM1) kalo ada kelas tuisyen petang kira akan jadi belanja RM1.50 tuk makan sementara kelas tuisyen waktu petang sebab tak balik rumah makan tengahari. lagi RM15 tu tolak duit kelas sebulan RM2, ada balance lagi RM13 then tolak lak duit persatuan dan yuran beruniform jadinye ada laa balance dalam RM10 yang mana biasanye Qies akan simpan RM5 dan bakinye Qies buat beli buku2 rujukan atau keperluan sekolah.

Bila dah kerja pun gitu gak tapi biasa laa bila dah pegang duit sendiri ni ada sikit boros laa nak2 baru kerjakan mula laa leka sikit, setiap bulan ada aje yang nak dibeli hehe...mujur gak tersedar jadinya bulan2 Qies buat pemotongan gaji ke ASB dan hantar sikit ke mak ayah dikampung walaupun kekadang ada yang termissed hehe...

Jadi kesimpulannya disini dalam zaman yang serba serba menggunakan duit dan juga harga barang yang semakin naik ni nilai wang yang kita terima semakin mengecil walaupun ada kenaikan gaji (itupun ada gak yang gaji tak naik2) Rm50 dulu bole penuh gak basket g market tu tuk belanja seminggu laa ni RM50 makan sehari 2 aje betapa kecilnye laa duit kita..walaupun baru ni diberitakan Ringgit Malaysia mencapai nilai tertinggi berbanding US Dollar.. tapi mmg terasa laa kemahalan barangan keperluan dapur...cam Qies duk Swiss seminggu belanja dapur lebih kurang chf20 bersamaan ngan RM60 tu pun dah mewah pastu seminggu 1 - 2 kali makan di kebab house cost around chf15 tuk sekeluarga (RM45) kekadang lepak kat ice cream corner belanja anak2 makan eksrem...
emas 999.9_ 100gram
setakat ni hanya mampu memiliki yang ini, insyallah akan diusahakan untuk
menambahkan simpanan tuk anak2.. Amin

pastikan mempunyai sijil ketulenan berserta no siri dari kedai yang menjual
(selain dari Public Gold, Habib dan Poh Kong pun ada)

Ok laa panjang sangat membebelnye, korang pun blur2 ngantuk dah kan hehe... sebenarnye nak citer bentuk pelaburan dan simpanan yang bole kita buat selain dari menyimpan dalam bentuk wang.....iaitu simpanan berbentuk jongkong emas..(wah cam kaya sangat sampai nak simpang jongkong haha)..tapi jangan ingat org kaya raya aje yang mampu menyimpan jongkong emas...kita rakyat biasa pun mampu sekiranye kita tukarkan simpanan wang kita menjadi simpanan emas....Mengapa mesti emas? Emas setakat nie mempunyai nilai yang sangat stabil..tak penah lagi harga emas turun merudum2 paling tidak pun lari dalam rm0.35 - rm2 aje.. lagipun permintaan terhadap emas ni setiap tahun meningkat tinggi...

Qies ingat lagi masa nak kawin beli cincin masa tu emas 1gram baru RM32 hokey...laa ni 1 grm RM157 setakat pasaran ari nie... huhu kalo tau dari dulu ku beli emas byk2 buat simpanan sebab dalam masa 10 tahun harganye naik 3 kali ganda tu....tapi jangan lupa lak bayar zakat barangan kemas tu ye kengkawan...setiap yang kita ada, kita kena ingat ada sebahagian kecil itu hak orang2 bernama fakir miskin...lagipun tak luak memberi, malah Tuhan akan membalasnya malah lebih besar rezeki yang diberikan nanti...

Alhamdulliah rezeki anak2 Qies pun dah start menyimpan Gold bar tuk anak2 selain dari Unit Trust tuk masa depan dan kos pembelajaran diaorg untuk jangkamasa 15 tahun lagi... memandang nilai wang yang semakin mengecil dan mengecut huhu.... Jongkong Emas ni sekarang ada dijual dia Poh Kong, Habib dan juga Public Gold, Qies beli yang Public Gold punya sebab tiada kos upah dan juga nilai trade yang diambil sangat munasabah kalo compare ngan kedai2 lain. Jongkong Emas ni terdapat didalam pelbagai size iaitu sekecil nilai 5g, 10g, 20g, 50g dan sebesar 1kg (huhu x mampu lg nak beli). Suratkhabar semalam ada artikel pasal negeri Perak akan memperkenalkan Dinar Emas juga...mengikuti jejak langkah kerajaan Kelantan, malah usaha menyimpan Dinar Emas ini juga disokong oleh Tun Dr Mahatir bekas mantan Perdana Menteri kita.

Ok laa tak mo laa membebel2 panjang2 lagi...sekadar berkongsi apa yang Qies tau, kalo ada yang berminat nak tau lebih lanjut pasal simpanan emas ni bole buat rujukan, antaranya PUBLIC GOLD atau di Poh Kong dan Habib, malah Bank seperti Maybank, Cimb dan juga Public Bank juga mempunyai Akaun Simpanan Emas berbentuk buku simpanan... Jadi Tepuk Dada Tanya Selera.... tak rugi menyimpan... ok sampai disini aje bebelan Qies.... daaaa

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Naqies

lama saya tak kemari

moga usaha murni naquies tuu diberkati Allah

Wassalam

ieda Qema said...

akak, jom banje kita emas! haha

Naqies said...

Rozali, insyallah, Amin. Adik huhu tak mampu lagi nak belanja org lain ni pun baru lepas tuk anak2 huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink