Friday, January 14, 2011

Roti Jala & Serawa Durian

Aha..sejak balik asik laa makan2, padan laa dari 40kg udah naik 7kilos..sejak seminggu lepas doyan rumah Abah Tuk luruh, ari2 makan doyan, isinye sedap manis, lemak2 pahit perghh dah laa tu isi tebal lak tu...mmg puashati laaa pagi petang siang malam makan doyan aje....

Ari ni sempat membuat Roti Jala bersama Serawa Durian...yummy

Roti Jala

Bahan2nya
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Air secukupnya
Garam
Serbuk kunyit (utk mewarnakan aduan)

Cara2nya
1. Satukan tepung, telur, air secukupnya, garam dan serbuk kunyit dan gaul sebati dan tapis adunan untuk agar tiada ketulan tepung didalam bancuhan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat tuk memudahkan kerja2 menjala bancuhan keatas pan.

2. Panaskan pan mulakan menjala bancuhan dengan membuat bulatan besar berbentuk O dan kemudian bulantan o bersambung diatas bulatan O yang besar tadi pastikan setiap bulatan bersambung diantara satu sama lain, apa bila masak lipat kedua2 belah bahagian ke tengah dah terus gulung seperti mengulung popia..

Serawa Durian
Bahan2nya
6-8 ulas durian
1 cawan santan
1/2 @ 3/4 cawan air
1/2 potong Gula Kabung
1 sudu kecil tepung gandum (dibancuh bersama air utk memekatkan kuah)
secubit garam
daun pandan sebagai pewangi

Cara2nya
1. Satukan kesemua bahan kedalam periuk, dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan dari pecah santan. Masak sehingga kuah hampir pekat dan sedia untuk dihidangkan sama ada panas atau sejuk bersama roti jala

Selamat mencuba.....Qies makan dulu...

3 comments:

g0m0k9enDek said...

akak kan suka buat kita lapar!

Rozali said...

Assalamualaikum Naqies

memang minat saya kuah durian tuu

Wassalam

sumpit said...

Slm..u've been tag for a contest:baby tido

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink