Wednesday, January 12, 2011

Pysllium Husk

Insyallah mulai hari ni Qies akan menambah lagi 3 label dalam blog Qies iaitu Label Kesihatan, Doa & Petua untuk di kongsi bersama kawan2. Diharapkan dengan adanya ruangan baru ni dapat kita bersama2 berkongsi dan memanafaatkan info yang diberikan.

Ok tuk entry yang pertama dibawah Label Kesihatan, Qies nak berkongsi info mengenai PYSLLIUM HUSK. Mungkin ada yang dah tau khasiat dan kegunaan makanan organik ni, bagi yang belum mengetahuinye apa kata meluangkan sedikit masa untuk membaca entry nie...
* pic_google images

Meh kita berkenalan dulu ngan pokoknye..Pysllium adalah serat yang dihasilkan dari biji pokok yang dikenali dengan nama Plantago Ovata yang telah dihancurkan. Plantago Ovata banyak ditemui di kawasan Eropah, Afrika dan juga Asia

Pysllium juga seperti bijirin lain (selain dari gandum dan oat) yang sangat kaya dengan kandungan serat yang mudah larut. Oleh kerana kandungan serat yang tinggi pysllium dapat membantu permasalahan seperti darah tinggi dengan bertindak memelihara kolesterol yang baik serta menjaga pengaliran darah bagi kesihatan badan , kegemukan, sembelit, kencing manis, mengeluarkan sampah sarap (tinja & toksid) yg terkumpul didalam usus dan juga masalah lain berkaitan dengan usus (sangat bagus tuk sapa yang tengah nak berdiet or nak mentenkan badan ahaks)

bijirin pysllium *pic_google images

*pic_google images

Kebaikan Mengambil Makanan Kaya Serat
1. membantu mengurangkan cirit-birit dan menyerap air yang berlebihan yang terkandung didalam usus
2. membantu masalah obesiti kerana mampu memberikan rasa kekenyangan dan selaki gus mengurangkan selera makan.
3. membantu merendahkan kandungan lemak dan paras kolestrol serta mengawal paras gula dalam badan.
4. membantu membersihkan sampah sarap/toksid dalam usus dan memelihara bakteria yang baik tuk kesihatan usus, sekali gus bertindak sebagai pelincir kepada usus dengan memperbaiki laluan pembuangan didalam saluran usus.
5. membantu dalam masalah seperti buasir.
6. Apabila usus besar sihat dan bersih dari toksid dan secara tak langsung pengaliran darah juga lancar/bersih ini akan menyebabkan perubahan pada kesihatan kulit yg bermasalah terutamanya masalah jerawat.

Cara pengambilan
1. Tuk pertama kali cukup sekadar 1 sudu kecil diwaktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu kecil sebelum makan malam.
2. Dibancuh dengan 8oz ml/ segelas air masak atau bole dicampurkan dengan jus limau nipis tanpa gula. Bancuhan hendaklah diminum segera bagi mengelakkan bancuhan menjadi pekat seperti jelly yang akan menyebabkan kesukaran tuk menelan bancuhan.
3. Pastikan meminum air dengan banyak sepanjang pengambilan pysllium bagi membantu proses penyingkiran hasil buangan didalam usus.
4. Bagi minggu2 seterusnya amil 2 sudu kecil petang atau sebelum makan malam.

Elakkan mengambil Pysllium jika anda mempunyai masalah Asma/lelah bagi mengelakkan terkena serangantercekik ketika meminum bancuhan kerana bancuhan berbentuk seperti bancuhan agar2. Jadinya bagi yang tidak ada asma/lelah berhati2 laa jugak ye kalo 8oz air tu tak cukup tambah lagi air dalam bancuhan untuk mencairkan bancuhan setakat yang sesuai dengan tekak korang meneguknye..

lain2 info berkenan Pysllium

Pysllium bole didapati dikedai2 "organic food" dan juga di pasaraya seperti Tesco, Giant & Carefour.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink