* google images
Yum yum...slurp...Air kelapa muda memang sedap kalo diminum waktu panas2 ni kan, tak susah nak cari, merata2 ada dijual. Kata orang air kelapa ni bole dijadikan sebagai penawar tetapi jangan terlebih minum bole jadi racun, so far Qies tak penah dengar lagi keracunan akibat minum air kelapa, tak tau lah dari segi mana yang bole jadi racun tu.
Ari ni Qies nak berkongsi petua dari mak Qies, amalan dia zaman muda remaja dulu hingga laa ke Qies. Dulu2 selalu merungut setiap kali mak suruh basuh muka ngan air kelapa huhu tak suka sbb ada rasa melekit2 sementara nak tunggu air kelapa tu kering kat muka, tapi sekarang bila dah masuk 3 series ni baru laa nampak sangat kesan dari amalan dan paksaan mak, tapi masa meningkat usia remaja pun Qies perasaan muka tak dijamah jerawat sedangkan kengkawan yang lain asyik merungut muka ditumbuhi jerawat dan macam2 lagi masalah kulit.
Air kelapa muda ni selain dibuat minum mak Qies buat basuhan muka, alhamdulliah amalan yang dilakukan sedari dulu sangat bagus tuk mengelakkan muka ditumbuhi jerawat, mencantikkan, menghaluskan kulit dan juga awet muda. Senang aje tak perlu nak jampi2 bagai2 laa, cuma semasa membasuh muka menggunakan air kelapa muda mulakan ngan selawat sebanyak 3 kali dan biarkan air kelapa tu kering sendiri dimuka kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. Amalkan membasuh 2- 3 kali seminggu insyallah hasilnya akan nampak bila kita semakin berusia. Jangan pulak ari ni basuh minggu depan nak terus dapat result ye kengkawan...tak pasal2 lak ramai yang ambush Qies kat sini hehe...unless korang amik botox laa voley dapat result dengan pantas walaupun masa cucuk tu amik masa seminggu lebih nak recover dari bengkak sana sini...lagipun membazir oooo mahal tu botox...bole dpt berpuluh biji buah kelapa muda tau...lagi bagus tak de side effect pun...
Selamat mencuba....
p/s : bole tgk tuan punya blog tuk kesan amalan membasuh muka ngan air kelapa hehe...masuk lift tekan sendiri laa pulak hehehe...
2 comments:
Sempat lg ke nak cuba nih..ke turunkan kat anak dara Yash jer...tq for sharing..
sempat lagi kalo mamanya nak joint sekali, kalo tuk anak start dari kecik lg bagus...
Post a Comment