Thursday, November 13, 2014

Jom Bokwa

Assalammualaikum...
Sejak dah jadi fulltime housewife ni untuk mengelakkan kebosanan, yela dah biasa kerja jumpa orang macam2 jenis dan perangai, jadinya sekarang ni seminggu 2 kali Qies akan gie Fitness, alah bukan slim ke apa just nak built stamina yang rasanya cam makin lemau je kekeke..

Bokwa yaaa kegilaan Qies skrang nie, kalo ikut ati nak je gie ari2 tapi karang jadi orang lidi laa pulak kan, cukup laa 2 kali seminggu je melepaskan gian berjimba2 kat fitness. Kalo masa kerja dulu duk zumba2 laa ni kalo diberi pilihan antara zumba & bokwa, Qies lagi suka bokwa sebab sangat enjoy dan happening dari zumba..

Nak tau apa dia Bokwa, korang tengok jah video kat atas.. 10 minit pertama jah uols kompem laa akan berpeluh2, basah seh.. music dia non-stop antara 35 -45 minit. Bagi uols2 yang malas nak gie joint class, uols search jah kat utube layan je kat rumah pun bole..tapi kalo uols joint class lagi syiok laa havoc sikit sebab ada geng menginja2 kan keke

Nah 1 lagi utube tuk uols bole laa uols start goyang2kan badan, atleast sihat sikit badan bila berpeluhkan.. 

Selamat ber Bokwa uols....

Tuesday, November 11, 2014

Sambal Jawa

Assalammualaikum
Sambal Jawa antara menu yang biasanye Qies buat bila masa vitamin M melanda, sedap dimakan ngan nasi panas atau dilawankan ngan ubi kayu rebus pergh, sedap ooo... sangat mudah dan cepat dimasak..kenapa nama sambal jawa, bila tanya kat mak, katanya sebab dia belajar buat ngan orang jawa tu pasal dia panggil sambal jawa..kalo tengok gaya cam ala2 sambal gesek je kan...maybe laa kot..moh jenguk resepinye..
Sambal Jawa
Bahan2nya
Segengam ikan bilis
10-15 biji cili padi (ikut atas kepedasan masing2 yaa)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
sedikit belacan

Cara2nya
1.  Tumbuk cili api hingga hampir lumat kemudian masukkan bawang putih + bawang kecil ditumbuk hingga pecah2 kasar ( tidak perlu hingga lumat)
2. Masukkan ikan bilis dan belacan dan ditumbuk manja2 sambil dikaup balik untuk semua bahan tumbuk bersatu.
3. Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau, jika terlalu kering masukkan sedikit air, perasakan garam jika mahu atau tidak perlu kerana masin dari ikan bilis sudah secukup rasa.

Sedap dimakan bersama ubi kayu rebus...selamat mencuba..

Monday, November 10, 2014

Milk Booster Murah & Mudah

Assalammualaikum...
Another entry sharing is caring katanye... bagi ibu2 yang menyusukan anak bole mengamalkan minum air longan kering sebagai milk booster, murah dah mudah disediakan... Qies amalkan minum air longan ni dari berpantang hingga sekarang...ye laa kalo duk togak air kosong je karang ada yang muntah ijo lak sebabnye ada kes yang tak reti minum air kosong bebanyak, cam Qies no hal ok je kalo berjug2 pun air kosong sebab tak minat sangat air manis2 ni, tu pasal 1 kilo gula kat rumah 3-4 bulan tak luak kekekeke...
kurma merah dan longan kering
Longan kering/kurma merah korang bole beli kat kedai sensei cina/tabib cina tu tak yah beli banyak beli dalm 1/2 kg je cukup dah tuk stok uols bukan nak rebus seperiuk besar terus keke...moh kita tengok camne nak buatnye, sap sap soi jah...
sedap oooo
Bahan2nya
5-7 keping Longan kering
5-7 biji kurma merah
2 sudu besar barli
sedikit gula tebu/gula pasir
1 1/2 liter air

Cara2nya
1. Basuh bahan2 kering kemudian masukkan kedalam periuk dan rebus sehingga barli mengembang dan air rebusan bertukar warna ke perangan, kemudian masukkan gula ikut kemanisan mulut uols (Qies biasa buat manis2 buah je) bila gula telah larut padamkan api.

Air longan ni bole diminum sejuk atau panas, tapi sapa yang masih dalam pantang tu elok laa minum panas2kan bagi badan tu berpeluh2 sikit...air 

Friday, November 7, 2014

Segarkan Kaki Yang Keletihan

Assalammualaikum..
Ari ni Qies nak kongsikan petua bagaimana nak menghilangkan keletihan kaki yang banyak bergerak kerana aktiviti harian/jalan2 cari pasal dan seangkatan dengannye kekkee..
gambar ihsan google images
Cara yang murah dah sangat mudah dibuat, anda cuma perlu menyediakan :

Bahan2nya
2 biji limau nipis (dihiris nipis-nipis)
1/2 cawan garam (dapat garam bukit lebih baik)
5 titis minyak kayu putih
Air Suam

Cara2nya...
Isikan air suam ke dalam baldi separuh penuh, masukkan kesemua bahan diatas kemudian rendam kaki anda selama 20-30 minit. 

Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink