Monday, April 28, 2014

Nasi Goreng Mangga

Assalamualaikum...
Last few week bosan dah tak tau nak makan apa, so menu paling senang nak dibuat apalagi kalo bukan nasi goreng tapi kali ni Qies tambah mangga dalam tu so ada laa rasa lain sikit kan... idak laa sepesen je rasanya walaupun kemalasan melanda kekeke...
Nasi goreng mangga

Bahan-bahannya tumbuk
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 biji cili padi 
(nak lagi pedas sila tambah ikut level kepedasan memasing ok)
Ikan bilis

Bahan-bahan lain
Nasi putih
sedikit lobak merah
salad hijau
(ikut laa korang nak letak sawi pun bole, Qies guna apa yg ada dlm peti ais je)
buah mangga
(ikut nak guna mangga muda (akan rasa masam2 skit) Qies guna mangga apple 
fishcake / fishball
telur 
(ikut nak 1 biji or 2 biji)
sedikit minyak
garam

Cara-caranya...
1. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan lobak merah dan gaul rata, kemudian masukkan nasi, gaul sebati kemudian masukkan fishcake/fishball dan salad hijau.
3. Buat bulatan ditengah kuali dan pecahkan telur, biarkan telur sedikit masak dan gaul rata bersama nasi, kemudian perasakan garam.
4. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris2 (tak perlu lama2 nanti layu) gaul rata dan tutup api.

Selamat mencuba


Friday, April 25, 2014

Mengidam Punya Cerita...

Assalammualaikum
Masa bersoping barangan dapur baru2 ni tetiba Cik Abe cakap:

Cik Abe : "yayah teringin nak baby makan biskut ni"..
Qies toleh laa  : "errk nape lak?
Cik Abe : "entah laa teringin sangat nak dia rasa butter cookies nie"
Qies : 'haa ikut laa mama tak kisah"

Zas terus masuk dalam troli, haha pelik2 sungguh bila Incik suami mengidam, kalah tuan tanah yang membawa perut nie keke... nak tau biskut apa kah dia...memang dulu2 feberet Qies laa ni, tak dinafikan memang sodap laaa biskut ni, dulu kini dan selamanya, tak pe kita layankan je laaa, rezeki jangan ditolakkan, tak baik....
Danisa Butter cookies
Qies antara yang bertuah rasanya sebab dari 1st pregnancy hingga ke 3rd pregnancy ni memang tak pernah mabuk2/morning sickness atau mengidam yang teruk2, semuanya dapat ke Cik Abe, dengan mual, pening tak lalu makan semua laa pergi ke dia, Qies lak pantang jumpa semua bedal kekeke...so kira bersyukur gak laa tak mengalami morning sickness cam ibu2 yang lain, idak makin bertambah kurus laa Qies...

Tulah sebabnya bila Cik Abe teringin/mengidam Qies layankan aje, sebabnya kira adil laakan yang teruk2 dapat kat asben yang Qies cuma bawak perut dah tekak je, setakat ni tak de laa mengidam nak makan pelik2 pun...tapi kali ni paling suka makan kek nak2 ciskek, almost selang sehari musti nak makan kek..nasib berat tak mengebom..
kredit : google images
Pregnancy yang 3rd ni lak masing2 gila makan asam Mo Fa Kor yang botol berlabel hijau ni, seminggu paling kurang 5 botol sorang, sampai berebut2 hahaha.. stok kena sentiasa ada dalam keta dan handbag 24 jam... bole tak keruan kalo stok tetiba abih huhuhu...dan yang paling latest ni tak tau le nampak cam sedap aje makanan yang dalam pinggan Cik Abe musti nak menyelit makan satu pinggan walhal makanan sama je kekeke... pelik kan...

Thursday, April 24, 2014

Mom & Baby Expo 2014

Assalammualaikum...
Jom beramai-ramai serbu, pelbagai barangan dan cabutan bertuah untuk pengunjung expo, reserved your date yaaa 25-27th April 2014. 
Mom & Baby Expo 2014 
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan anak2 dengan harga dan tawaran yang berpatutan.  Tuan tanah memang menunggu2 aje expo ni nak borong barangan baby yang belum complete lagi ni, insyallah nak borong tuk barangan abang dan kakaknya sekali if ada, kena laa adil dan saksama tak gitu.... Sharing is caring..

p/s : untuk info lebih lanjut sila klik link kat gambo atas tu yaaaa

Wednesday, April 23, 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum
kredit FB ibubapacemerlang
Sharing is caring, Insyallah dipermudahkan...
Happy Pregnancy to all mummy out there....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink