Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday

Assalammualaikum
Perut Berlado
sila kecur air liur, sedap oooo pedas lak tu...

Tuesday, October 28, 2014

Natural Make up - Outdoor Photoshoot

Assalammualaikum..
Back to work, setelah bercuti lama, padahal vitamin M yang terlebih keke.. bukan kerja apa pun, kerja mengisi masa lapang je... job tolong kengkawan sementara tunggu mood nak buat kelas datang balik huhu...
Mrs Idris - natural make up
Make up tuk outdoor photoshoot member, request natural makeup, kening just gam dan bentukkan sikit..then tolong pakaikan vail tu je.. 

If uols minat nak belajar 1 day personal makeup (casual/office/dinner makeup) bole wassap Qies 018-9110032, masa uols tetapkan (but bergantung pada jadual Qies gak laa asal tak clash ngan program Qies), nak makeup tuk dinner/enggagement/nikah pn bole..area Kuantan je laa yaa...

Monday, October 27, 2014

Short Gateway

Assalammualaikum...
Since tak kerja ni syiok sangat2 walaupun tak dapat nak berjimba2 fly sana sini cam dulu2, Alhamdulliah masih diberikan rezeki runcit2 tuk bercuti2 dalam tanah malaya, yaaa berjalan merata tempat orang tapi dalam negara sendiri tak dan pung...

Alkisah awal bulan Oktober baru ni pertama kalinya menjejakkan kaki ke Taman Negara yang mana memang tak terlintas pun nak kemari, unit cik abe ada buat event tuk student so cik abe hangkut kami sekali anak beranak gie, maklum laa time2 gini je laa nak merasa naik bas, kuantan rapid tu pun tak penah kami merasa naik hahaha...anak2 memang excited kalo dengar nak naik bas, ala2 cam jakun laa sikit kekeke.. 

Perjalanan dalam 3 jam dari Kuantan - Taman Negara, cik abe tak follow pun aktiviti tu juz nak bawak kami ni jenjalan sambil relax2, jadinya kami checked in kat Escape Resort (Woodland Resort) tak jauh dari jeti taman negara, jalan kaki je pun keke..


Tapi tu laa rasa cam rugi sangat coz dah sampai sini tak joint aktiviti kat sini, naik bot gi perkampungan orang asli, jungle tracking, nite walk dan macam2 aktiviti lain, korang bayar je semua tersedia cumanya larat ngan tidak je nak follow huhu.. since bawak baby memang tak leh laa nak menjelajah semua tu, lebih2 lagi tuk orang yang terang mata cam Qies ni, karang hazab lak nak tengok pemandangan yang tak sepatutnya, if kena kat Qies je tak pe takut diusik2 lak anak2 tu yang tak sanggup tu...

ni chalet kami..
lobby area
cafe area
pool side
Kami amik Chalet Rm160 pernite, ada astro, selesa dan bersih betul sebelah pool je keke, oh yaa no wifi yaa kat chalet, kalo mau kena gi ke lobby area, overal ok cumanya breakfast dia biasa2 je laa, nasi lemak tak rasa lemak, mee goreng rasa kapur, yang sedap pagi tu choc moist dan banana cake dia which is rasanya depa beli je kot bukan buat sendiri, tapi uols leh je gie jalan kaki je kat kedai2 luar resort or tepi jeti tu, macam2 pilihan ada dari breakfast hingga ke makan malam, Qies dinner kat Taman Negara Floating Restaurant, ok alhamdulliah sedap, murah jugak laa tuk 4 orang punya makan dalam rm27 je... 
jetty area
kot2 nak amik tour package banyak je tour agent kat sini pilih saja
pemandangan area jetty
river crossing Rm1 jeh
syioknye laa tapi apakan daya tak leh nak merasa naik..
Barangan souvenir ada sedikit mahal laa kat kedai2 tepi2 jalan tu cam tak masuk akal laa jugak pricenya, kalo nak cari magnet beli je kat kedai dalam Escape resort murah sangat laa dan laa juga rembat seketul dua tuk diri sendiri dan kengkawan... Kami juz layan pool je laa since tak beriadah termasuk laa ngan sikenit yang tak sedar diri, tak padan kecik tapi hati besar nak terjun pool sampai matahari dah tegak tak mo naik2..asal naik je nanges nak duk dalam pool kekeke.. 

Friday, October 24, 2014

Menu Berpantang : Lobak Putih Tumis Air

Assalammualaikum

Lagi menu berpantang, lobak tumis air lobak ni elok sangat2 dimakan masa berpantang sebab dia bole memperbanyakkan susu badan, so far Alhamdulliah susu badan meriah tapi ada gak kekadang merudum bila asik traveling here n there, bila penat sangat pun effect gak production..so bole amalkan makan lobak putih yaaa...ikan haruan (bakar/sup/steam/goreng) lak baik tuk penyembuhan luka luaran dan dalaman...
Lobak Tumis Air
Bahan tumbuk
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
secubit ikan bilis

Bahan2 lain
Lobak Putih (dipotong 4)
pucuk selasih
daun kunyit
Garam

Cara2nya

1. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau (guna 1 sudu besar minyak sahaja k) kemudian masukkan lobak putih.
2. Kemudian masukkan air, pucuk selasih + daun kunyit dan masak hingga lobak putih lembut/masak, perasakan garam dan tutup api.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink