Friday, October 17, 2014

Menu Berpantang : Singgang Kunyit Ikan Merah

Assalamualaikum...

Ari ni Qies nak berkongsi resepi berpantang yang sangat ringkas dan mudah, nampak je simple tapi kalo dilayan ngan nasi panas mau berpinggan gak laa kekeke...
Singgang Kunyit Ikan Merah

Bahan2 Tumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit tua

Bahan2 lain
ikan merah 
serai diketuk
air secukupnya
1-2 keping asam keping
2 biji lada hidup merah (dibelah 4 )
garam

Cara2nya

1.  Masukkan air + bahan tumbuk + serai + asam keping biarkan sehingga mendidih.
2.  Kemudian masukkan ikan, tunggu sehingga ikan masak masukkan pula lada merah dan perasakan garam.

p/s : kalo nak tumis pun bole, tumiskan bahan tumbuk dengan sesudu besar minyak masak hingga naik bau (bole gak ditumiskan sekali bersama bunga lawang & kulit kayu manis) kemudian masukkan air dan ikan.

Wednesday, October 15, 2014

Kunci Selambak

Assalammualaikum....

Another citer basi entry kekeke, Alhamdulliah dah dapat setelah hampir setaun lebih menunggu...
sebebat gitu...
Sekarang tengah duk sibuk cari kontraktor tuk sambung dapur, so far kitchen cabinet, custom wardrobe, water heater, plaster ceiling, grill dah settled, yang lelain menyusul lepas kerja2 renovation selesai, harap2 dapat masuk rumah baru sebelum new year laa.. tak larat dah tengok kesesakkan kenderaan yang parking sesuka ati kat area rumah Qies ni sampaikan nak kuar parking dari rumah sendiri pun bermasalah....1 rumah 2 kereta normal..tp kalo sampai 3 - 5 biji keta menyusahkan jiran namanye...

Tuesday, October 14, 2014

Aszi Chalet Cameron Highlands

Assalammualaikum...
Entry cuti2 Malaysia yaa, last month gie Cameron Highlands sebab Cik Abe ade Boh Marathon, since masa cuti sekolah tengah taun tak gie memana so kami amik kesempatan ni gie bercuti2..

Gie tak lama mana pun, checked in hari Sabtu checked out hari Ahad, gie beramai2 dalam 3 family gitu, kat sana kami menginap di ASZI CHALET Alhamdulliah selesa dan bersih, bole masak2 dan berbbq lagi..scenery pun cantik, tuan tanah pun peramah dan baik, cuma yang tak syiok sepanjang kami disana ujan je laa pulok, so tak leh nak berjalan2 sgt pun huhu...cuma malam tu kami berbbq je laa makan sampai lebam kekeke..
rumah kayu yang kami duduk
rumah batu bawah tu rumah Tuan Hj Asaad
bole call/wassap terus ngan Hj Asaad tak pun masuk ke fb dia terus
Kami amik rumah kayu 2 bilik semalam rm250, setiap bilik ada 1 single bed 1 queen bed dan memang selesa, asteruk pun ada, water heater pun ada, dapur lak asing dibahagian luar rumah... kalo tak mo rumah kayu korang leh amik yang rumah batu nye sebilik dalam rm160 ada 2 Queen size bed pun selesa gak..
Ruang Tamu
bilik tidur
ruang memasak/bbq dan ruang makan
scenery dari Aszi Chalet
Next time kalo datang sini beramai2 leh check in sini lagi coz selesa ada private parking, ada tempat tuk anak2 berkejar-kejaran tak perlu riso kot2 terlepas ke main road ke apa ke.. sebab ni private property which is tuan tanah tu pun duk situ gak.... tempat strawberry pn sepelaung je dari situ.. oh ya lagi satu dari chalet ni leh nampak rumah si Sara yang dalam drama Maafkan Jika Aku Tak Sempurna, padan laa masa sampai cam penah tengok je scenery tu rupanya depa shooting kat situ keke..

ASZI CHALET
No, 14A Kg Taman Sedia
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Hp : 017-2725107 (Hj Asaad)

Monday, October 13, 2014

Aqiqah Uqayla

Assalammualaikum..

Alhamdulliah ada masa tuk dicuri2 buat entry sementara si kecik tengah tido.. tak de citer apa sangat pun citer dah basi actually keke..tapi nak buat entry gak sebagai kenangan..

Perancangan awal nak buat kenduri aqiqah Uqayla sekali masa masuk rumah baru, tapi tu laa perancangan dari Allah adalah yang sebaik2nye, last minit Cik Ngah call lembu korban tuk arwah abang long kurang 1 portion jadinya tuk cukupkan bahagian kami pun amik je laa since Ayah Ngah yang membela dan akan menyembelih lembu tu pastu bole buat jamu terus tuk orang buat tahlil arwah Along malam nanti.

Kami cuma buat Aqiqah saja, tak de kenduri potong jambul or marhaban dan seangkatan ngannya, lagipun masa Uqayla umur sebulan kami dah cukur sendiri je rambut Uqayla dan dah timbang pun cuma tinggal nak serahkan kepada yang berhak je insyallah masa masuk rumah baru nanti...

2 hari sebelum korban Cik Ngah call suruh balik rumah dia, sebab seelok2nya masa sembelihan tu Uqayla ada sekali untuk urusan akad jual beli dan semasa sembelihan. Lagipun balik ke Kelantan time2 ni jammed giler2 ooo 10 jam weh Kuantan - Kelantan. Since portion aqiqah tu kena masak dan jamu ke orang, kami pun balik ke Kelantan raya pertama tu dan surprising sepanjang jalan lenggang jeh kekeke bertolak pelan2 dari kul 7 pagi Alhamdulliah sampai dalam tengahari gitu..
Urusan jual beli untuk bahagian Uqayla
Urusan jual beli tuk bahagian arwah Along
Esoknya jam 8 pagi Alhamdulliah 2 ekor lembu selamat disembelih oleh Ayah Ngah. Lembu Uqayla pagi tu bengkeng lak dia dan dia penyepak tuan dia sedas, dah berdengkot2 Ayah Ngah, petang dah sakit2 urat kekeke sian lak.. urusan melapah dan pembahagian daging korban selesai sebelum tengahari.  Then petang geng dapur get ready merewang tuk kenduri tahlil tuk arwah2 ahli keluarga belah Qies dan belah Ayah Ngah...Portion aqiqah Uqayla buat masak black pepper, Alhamdulliah air tangan sendiri dari bahagian Uqayla tuk majlis tahlil malam tu
Korban pertama
Bahagian Uqayla & arwah Along Darimi
orang sibuk melapah yang sikenit ni sebuk melayan peminat bergambo bagai
kawe punya hok kaki ni..demo semua amik kuku jaa haaa
proses memotong dan membahagi daging
geng dapur sedang beraksi tuk menu malam nanti...
Insyallah taun depan moga kami dimurahkan rezeki untuk melakukan korban dan aqiqah lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink