Monday, April 21, 2014

Ramadan 1435H

Assalamualaikum....
kredit google images
Ramadan semakin menghampiri kita, korang semua dah bayar lum hutang tertunggak pose last year, ishk2 sungguh kurang sopan kalo dah masuk April ni korang tak bayar lagi... seelok-eloknya lepas je syawal uols dah bole ganti terus sebab masih lagi terasa bahang Ramadan jadinya idak laa liat sangat bila dah dekat2 penghujung nie...

Tuan tanah pot pet pot pet ni udah ganti ke belum haaaa? Of course, Alhamdulliah dah berganti walaupun masa tu tengah preggy 3 months, gigih menganti pose sebabnya tarikh dijangka bersalin dan berpantang akan dekat2 sangat ngan bulan Ramadan, huhu naya weh nak mengantinya... pitam oooo

Teringat masa bersalinkan Along, time tu tengah berpantang 20 hari tapi Alhamdulliah darah nifas hari ke 15 dah abih (cepat giler kan kekeke) so dapat laa berpuasa selama 15 hari bulan Ramadan taun tu, tapi selepas tu ya ampun seksa giler nak ganti lagi 15 hari pose, ngan cik asben sekali dipaksa berpuasa setiap minggu kekeke... tapi Alhamdulliah selesai mengantikan pose sebelum tiba Ramadan baru... nak seribu daya tak nak seribu alasan....

So bagi yang masih tak ganti tu, buat laa sikit2, Insyallah sempat lagi kalo buat setiap Isnin dan Khamis setiap minggu, selesaikan kewajipan kita dulu, jangan duk sibuk kalut duk buat persiapan lak, maklum laa dah ramai yang duk soping kain dan g tempah baju nampak gayanya... Qies taun ni nampak gayanya beli yang express je laa tak dan jumpa tailor menepah...nak2 ada sekenit nanti...

Saturday, April 19, 2014

Bread Chicken aka Roti Berinti Ayam

Assalamualaikum...
Ari ni Qies nak kongsi resepi Bread Chicken atau nama melayunya Roti Ayam, senang dan mudah je nak membuatnya, rasa2 dah bosan makan nasi bole buat bread chicken ni, inti dalam tu ikut suka nak pakai ayam/daging atau seafood pun bole tarak hal laaa...
Bread Chicken @ Roti berinti Ayam
Bahan2nya
Roti secukupnya (ikut size bekas membakar yang uols nak guna yaaa
200gm isi ayam (berkisar)
3 ulas bawang putih 
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar rempah kari
1/2 botol sos cendawan spaghetti 
Sayuran campuran
cheedar/mozzarella cheese 
1 biji telur (dicampur sedekit dengan susu segar + garam)
Basil
Oregano
garam
minyak tuk menumis

Cara2nya
1.  Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu kemudian masukkan daging ayam kisar, kacau sehingga ayam masak, kemudian masukkan rempah kari dan gaul sebati.
2. Masukkan pula sos cendawan spaghetti dan kacau sebati, kemudian masukkan sayur campuran dan gaul sebati, masukkan basil dan oregano dan perasakan garam, tutup api bila telah masak.
3. Dalam bekas pembakar susunkan didasar bekas, roti yang telah dicelupkan dengan telur. kemudian tuangkan bahan tumis tadi keatas susunan roti tadi, setelah itu lapiskan selapis lagi susunan roti yang dicelup dengan telur diatas isi ayam tersebut dan ditaburkan dengan cheddar/mozzarella cheese sehingga menutup keseluruhan roti tadi, bakar pada suhu 150C selama 15 minit atau sehingga roti dan cheese tadi masak.

Selamat mencuba....

Friday, April 18, 2014

Bengkung Moden, Senang & Mudah

Assalamualaikum...
Ari ni nak citer pasal bengkung moden, senang dan mudah dipakai, Qies bila kat rumah time berpantang pakai bengkung sotong dari kain belacu sepanjang hampir 4 meter, dalam 5 minit gak laa terkial2 mengikatnya huhu..tapi bengkung sotong ni lebih tegap dan best pakai..tegak aje jalan dan duduknya haha.. cuma masalahnya kalo nak ke toilet tu nak membuka dan memakainya balik laa satu masalah huhu...
bengkung moden cam ni Qies beli online kat CPUTERI
Bengkung moden ni lak Qies saja beli senang nak pakai bila discharge dari hospital idak laa bergegar2 perut tu nanti, pastu bole dipakai time pergi check up klinik nanti, sedap sikit bila time berjalan tu..sangat tak berkenan tengok ibu2 yang gi check up klinik masa dalam pantang dengan berkain batik ikat ala2 cam org bersunat pastu selebet sana sini, huhu sungguh tidak comey laaaa...penampilan kena jaga walaupun masih dalam pantang ye uols...

Bengkung moden ni bole gak digunakan oleh ibu2 yang bersalin secara Cesarean sebab dia tak menekan kat bahagian jahitan tu, maklum laa bila lepas bersalin ni perut memang amik masa untuk reshape balik dan bila tak berbengkung akan rasa cam terbuai2 dan berombak2 je perut tu..sangat tak selesa laa..

Kalo korang masih lagi tercari2 bengkung yang senang dipakai bole reiki2, ikut keselesaan uols, lagipun bengkung ni dah abih pantang pun bole lagi pakai tuk mencantikkan lagi shape yang ada..sebab ada orang amik masa untuk reshape ke bentuk asalkan...

Thursday, April 17, 2014

Quality Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum..
Stop kejap citer pasal hal2 Buyung ni, karang orang mengata lak, "aleh cam dia sorang je yang mengandung, kecoh kemain".. maklum laa nama pun manusia tak semua orang suka kita dan kita pun tak semua orang yang kita suka kan.. so fair and square laa gitu kekeke..

Awal April aritu jadi belangkas ikut Cik Abe berkursus di Quality Hotel, Kuala Lumpur, maklum laa dah minggu2 terakhir ni tak leh tinggal karang nak terberanak sapa lak nak drive gie hospital ngan anak2 kat sekolah semua tu sapa nak menguruskan dah laa sedara mara pun tak de kat kontan ni, so tak mo amik risiko, ikut saja laa mana Cik Asben gie kurang2 pun terberanak ada Cik Asben kekeke..

Walhal kebetulan time tu kuar lak dalam berita dan suratkhabar yang Quality Hotel, Shah Alam (ye le tengok gambo pun dah cam buruk je hotel tu cam tak berjaga je keke) teruk dikritik kerana hotel yang buruk dan service yang teruk.  Tapi alhamdulliah lain pulak di Quality Hotel, Kuala Lumpur, selesa dan yang paling best makanannya, Ya ampun macam2 ada sampai dah tak lalu nak makan sudahnya ratah lauk je kekeke..

kemas dan luas biliknya..as at 02/04/2014

bath tub dia disebelah kiri tu yaa, x muat masuk frame daa
Bilik Air pun bersih ada bath tub, toiletries lengkap, towel pun putih bersih je tengok, built in hairdryer, kettle,mini bar, in house coffee/tea dan mineral water cuma wifi tarak tapi dia bagi cable tuk inhouse broadband k.. so yang ada di sini memang tak leh laa nak disamakan ngan yang ada di Shah Alam tu kan..jauh beza laa sangat kot..

Ni lak antara menu yang dihidangkan untuk breakfast, lunch dan dinner, yup memamg banyak sangat2 dan sedap uols.. Tuk breakfast sekurang2nya dia ada 2 kiosk yang beroperasi selain dari menu2 lain di main island buffet, ada kiosk capati dan mee berkuah i,e mee udang or mee sup or mee kari..setiap hari menu berlainan.. tengahari lak makanan kampung dan western, ulaman dan pelbagai jenis kerabu.. buah-buahan dan pelbagai jenis salad, dinner pun lebih kepada makanan kampung dan ada kiosk masakan sayur campur... 
menu breakfast..
menu lunch
menu dinner
antara dessert yang dihidangkan
Swimming Pool lak terletak ditingkat 3, sempat laa melayan anak2 terjun tiruk kat situ, depa berdua je yang conquer pool tu ye laa weekdays mana ada guest yang datang ngan anak2 kan waktu sekolah, depa je yang tuang sekolah minggu tu kekeke.. 
ok je bersih dan luas poolnya
Overallnya ok puashati ngan keselesaan dan F&B yang ditawarkan, lagipun Quality Hotel, Kuala Lumpur ni biasanya banyak dapat reservation dari badan2 kerajaan tuk buat seminar dan kursus, staff2 hotelnya pun manis je mukanya, rajin senyum dan bertegur sapa.. dan yang paling best sekali sepelaung je dari Sogo dan tempat soping yang lain, senang je nak mengeringkan poket kalo duk sini kekeke...

Nakkan lebih info uols bole klik > Quality Hotel, Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink