Friday, April 11, 2014

Amalan Memasuki Rumah Baru...

Assalammualaikum...
Insyallah tahun ni dapat laa merasa duk rumah baru, harap2 kerja2 renovation dan lelain dapat dibuat dalam masa 1-2 bulan sebelum berpindah masuk, harap2 larat laa nak berkemas masuk huhu, tak tau lagi berdaya ke tidak tambah2 lagi ngan ada baby nanti...

Ternampak info yang dikongsi di facebook, so bagi uols yang akan memasuki rumah baru bolelah diamalkan, ye lah rumah baru, tempat baru kita tak taukan, 
Sumber dari Facebook
Jadi Qies kongsikan kat sini, nanti2 bila turn Qies tau dah mana nak cari, selak2 aje kat blog keke, kalo tulis takut karang tak jumpa cari letaknya dimanakan..so tepek kat blog je senang, nanti scroll bila tiba masanya...

Ada juga yang sarankan membaca Surah Yasin 3 hari berturut dan mengerjakan solat fardu disetiap bilik yang ada dan juga bole juga dipasangkan ayat2 Ruqyah selama beberapa hari sebelum berpindah masuk.. Insyallah tidak akan ada gangguan yang tidak diingini akan berlaku...apa2 pun kena bertawakal dan berserah kepadaNYA... 

Thursday, April 10, 2014

Savee 3D Mask

Assalammualaikum
Arini nak citer pasal facial mask lak, actually dah lama nampak brand Savee ni produk dari Singapura, tapi tak de ler terliur nak membelinya, tapi last week masa balik Perak tetiba terembat lak sebab rasa cam dah lama je tak bermasker walhal tetiap minggu je bermask kat rumah keke stok banyak giler kat rumah merembat tak hingat donia masa gi korea dulu..bapok murah seh kat sana.
Nano Platinum Plancenta 3d Mask
Tak mahal pun dia jual rega promo baru Rm2 je so tak de hal rembat je laa since murah tak silap rega betul dia rm5 sekeping gitu..pastu ada beli sekali ngan eyemask dia Rm2 gak tapi tak try lagi.. ngan cuaca panas camni memang sedap bila dapat pakai mask..rasa sejuk dan nyaman je muka ni keke..

Ok semalam try pakai 3d mask ni...mak ai bestnye, sejuk jah pastu liquid essence dia banyak gak lebih dalam tu so agak2 rasa cam dah nak kering sikit Qies amik yang balance tu sapu balik ke mask tu so dapat laa lama sikit bertepek kat muka keke..lagi satu sbb dia 3d so mask dia cover sampai ke tepi telinga dan dagu, jadinya memang best laa

Qies pakai dekat setengah jam gak sesambil surf internet keke... hasilnya sangat2 berpuashati sebab lepas cuci je muka kulit terasa sangat2 moist dan lembut je, cam kulit baby je..sampai ke pagi ni pun kulit masih lagi terasa lembut dan bila bangun tu kulit masih terasa segar dan tak lesu.. rugi lak beli 1 hahaha... sebab Qies cerewet sikit tang masker ni..sebabnya susah nak dapat yang betul2 pampering your skin.. yang biasa2 tu takat masa pakai je laa hasilnya lepas basuh dah tak de apa2 pun..rasa biasa2 je..

Untuk lebih info pasal produk Savee ni korang leh klik SAVEE 

Verdict : 4.5*/5*

p/s : ini adalah iklan tidak berbayar yaaa kekeke...

Wednesday, April 9, 2014

Wordless Wednesday

Assalammualaikum..
Biar gambar yang berbicara...ahaks
Just Deriss Cafe @ Kampar, Perak

Tuesday, April 8, 2014

Surah2 Amalan Sunat Semasa Mengandung

Assalammualaikum..
Alhamdulliah back to Kuantan setelah 2 minggu berkelana mengikut Cik Abe dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur then sempat meluangkan masa sejenak di kampung Cik Abe di Perak.. last balik sana dalam last November gitu... nasib laa orang kampung jauh tak leh laa nak balik every month... driving balik ke sana je pun dah 7 jam..untung orang yang duk tak jauh dari kampung setakat 1 or 2 hours drive dah sampai tentu best..bila2 rasa nak balik bole balik kan...

Ok entry kali ni Qies nak berkongsi pada ibu2 muda atau yang sudah pun beberapa kali melalui tempoh kehamilan.. saat2 yang sangat2 indah, betul tak? Antaranya ialah amalam membaca Al-Quran kalau tak dapat nak khatam pun tak pe, bole jugak diamalkan surah2 yang pilihan yang elok sepanjang tempoh kehamilan... antaranya :

1. Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan Surah At Taubah
    Bagi memelihara keselamatan ibu dan juga bayi didalam kandungan

2. Surah Yusuf
    Untuk memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik rupa dan akhlak

3. Surah Luqman
    Untuk memperolehi anak yang cerdik serta taat

4. Surah Yassin
    Untuk memperolehi anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.

5. Surah Maryam
    Untuk memperolehi anak yang sabar dan juga memudahkan proses bersalin kelak

6. Surah An- Nahl ayat 78
    untuk memperolehi anak yang sentiasa bersyukur dan soleh..

7. Surah Al-Hujurat
    untuk memperbanyakkan air susu ibu...

Disamping itu banyakkan berzikir dan mengerjakan solat taubat atas segala kesalahan yang telah dilakukan agar anak yang dilahirkan menjadi insan yang bertakwa dan dipermudahkan bagi ibu2 melalui proses bersalin..

Surah2 diatas bole dibaca bila2 masa je, lagipun sekarang kan dah canggih korang bole download apps Al-Quran yang ada dipasaran sesambil buat kerja bole dengar dan baca.. jadi tak de alasan kata susah nak bawak Quran dan tak sempat nak baca... kalo betul2 tak dan nak baca uols bole je attachedkan aje headphone ke handphone letak kat perut.. insyallah baby dalam perut dapat mendengar, sekurang2nya dapat memdidik baby sedari awal.. biasa lepas mengaji kalo duk baring2 tak de buat apa or sambil2 tengok TV Qies biasa letakkan headphone diperut bagi baby dengar ayat2 Al-Quran tak kisah laa surah apa2 pun tp biasa2 surah2 amalan yang diatas laa..yang lelain tu selingan untuk halwa telinga baby..

Selain dari itu uols pun bole isi masa lapang dengan membaca dan ini antara buku kesukaan Qies sepanjang tempoh kehamilan disamping buku2 yang lain,
Terbitan Darul Nu'man @ Rm13
Buku amalan ketika mengandung ni dah Qies baca sejak dari zaman mengandungkan si Along, banyak info-info berguna dari sebelum mengandung sehinggalah selepas bersalin, bagus untuk pembacaan yang santai dan amat bagus untuk ibu2 muda yang baru menempuh tempoh kehamilan.
Terbitan Telaga Biru @ Rm26
Diari Hamil ni pulak hadiah dari Cik Abe, disamping info2 kehamilan, ibu2 juga bole mencatatkan segala moment2 indah atau apa2 saja hal yang terjadi sepanjang tempoh kehamilan.. dah nama pun diari kan tulis je laa apa2 yang uols nak tulis ala2 scarps book pun yaa gak bole simpan setiap gambar2 baby yang uols scan kat situ sbb diari dia mengikut2 minggu2..

Tak rugi membeli 2 buku ni sebabnya banyak sangat info2 yang ada.. info kesihatan, penjagaan semasa/selepas bersalin dan checklist sepanjang tempoh kehamilan dan juga saat2 menghadapi proses bersalin sebelum dan selepas.. murah je pun buku ni jika nak dibandingkan ngan info yang ada didalamnya.. 

Update terkini tuan tanah setakat arini yang menghitung hari.. masih lagi dalam proses mempersiapkan barangan baby, beg baby untuk ke hospital pun baru separuh je yang dah disiapkan, alhamdulliah barangan yang besar2 cam coat dan stroller dah beli ngan good deal time sales baru ni.. cuma ada lagi barang2 yang perlu di top up dari masa ke semasa... umpama mengandung sulung, semua kena beli baru kekeke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink