Monday, March 17, 2014

Oh Kekabu!!

Assalammualaikum...
Alhamdulliah berkat usaha rakyat Malaysia yang tidak putus2 bermohon doa dan solat hajat..kebanyakkan tempat dilimpahi rahmat tuhan dengan turunnya hujan rahmat yang menyejukkan tanah yang kering kontang serta sekaligus mengurangkan jerebu yang melanda...
yeay sudah siap set kekabu sikenit..
Bayangkan dalam keadaan cuaca yang panas sepanjang bulan (especially 2 minggu lepas) tuan tanah bergelumang ngan 6kg kekabu, ahaks besar hajat dihati sama besar dengan keadaan tuan tanah sekarang nie keke.. berkat kesabaran dan usaha gigih bersengkang mata dan menahan sakit pinggang akhirnya semlm jam 2 pagi siap sepenuhnya set tilam kekabu untuk sikenit... Alhamdulliah, Ya Allah lega rasanya bila tengok dah siap.. kembang kejap hidung tuan tanah kekeke...

Next mission nak siapkan bantal tuk si Qies lak.. anak2 yang lain kena jaga gak hatinye.. karang merajuk lak tengok sikenit dapat set baru.. huhuhu... Insyallah yaaa semua anak2 mama akan dapat habuan masing2..

Friday, March 14, 2014

MH370 Kembalilah....

Assalammualaikum...
Negara dikejutkan dengan berita kehilangan MH370 pada 8hb Mac 2014, kehilangan secara tetiba dari radar tanpa isyarat kecemasan...telah hampir seminggu kehilangannya... seluruh rakyat merasakan kesedihan dan simpati ke atas nasib anak2 kapal dan juga penumpang MH370 dan juga ahli keluarga yang terlibat...
kembalilah MH370
Gerakkan mencari MH370 masih lagi berjalan dengan bantuan dan sokongan dari negara2 asian tidak terkecuali juga dari US, Australia dan New Zealand... Solat2 hajat juga masih lagi berterusan dari masjid ke masjid bagi memohon kepada Allah s.w.t agar diberikan petunjuk dalam misi pencarian MH370.  Sesungguhnya Ya Allah pada Mu kami berserah dan hanya kepada Mu kami memohon...
sokongan dan bantuan yang diterima dari negara2 luar..
Teruskan berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t, jangan berputus asa terutamanya kepada ahli keluarga yang terlibat, Allah maha mendengar, luahkan kepadaNYA insyallah diberikan petunjuk dan pengakhirannya...

Thursday, March 13, 2014

Misteri Penyepian Tuan Tanah

Assalammualaikum....
Ye lama giler tidak bersiaran... lebih2 lagi sejak dua menjak ni keadaan tidak berapa nak mengizinkan tuan tanah duk lelama depan pc... cam alergik je rasanye hehehe...
ni lah penyebabnye penyepian tuan tanah..
Alhamdulliah selepas 10 tahun menunggu, akhirnya rezeki dari Allah... syukur atas kasih sayang dan limpah rahmatmu Ya Allah yang maha mendengar doa kami sekeluarga... insyallah edd Mei 2014.... cam nak dapat anak sulung je perasaanye... 

Ok sampai disini saja... insyallah kita bersiaran lagi..tata...

Monday, January 6, 2014

2014

Assalammualaikum....
gambar kredit ke 'google images'
Alhamdulliah masih diberikan kesempatan bernafas di tahun 2014.. Entry pembuka tahun baru.. tak de apa yang istimewa pun kekeke.. sekadar ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014, semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2013, walaupun cabaran 2014 ini lebih dirasai oleh semua golongan.. harap kita semua mampu menghadapinya.. Insyallah banyakkan berdoa dan berusaha... rezeki ditangan Allah s.w.t..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink