Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Projek Tergendala...

Assalammualaikum...
Alhamdulliah kesihatan semakin pulih, moga semuanya dipermudahkan hingga akhir... apa pun yang mendatang, untuk mu baby mama gagahkan jua menghadapinya... asalkan kamu membesar dengan sihat dan cukup sifat, insyallah..
cayoik2.. insyallah dapat disiapkan 
Projek membedung yang sepatutnya dah siap pun minggu ni tinggal dibasuh dan dilipat elok2 dalam bakul baby tergendala gara2 kesihatan yang merudum... letih dah berulang alik ke klinik test sana sini huhu.. Perancangan Allah itu yang sebaik2nya, maybe mama terlebey bekerja dan stress, diujinya sedikit untuk membersihkan dosa2 mama dan memberi mama peluang untuk berehat...

Insyallah misi menyiapkan 20 helai (tinggi tul harapan mama kekeke) bedung pelbagai warna dan corak akan mama usahakan.. cuak gak sebab tak lama je lagi.. "Awat tak beli je kan senang"... kalo dulu mmg cheq beli je.. laa ni rasanye semua cam nak buat sendiri, pandai sgt tu tidak laa tapi lepas laa tuk buat pakai sendiri, lelebih lagi yang pakai tu anak sendiri, bangga sekejap hehehe..

Monday, March 17, 2014

Oh Kekabu!!

Assalammualaikum...
Alhamdulliah berkat usaha rakyat Malaysia yang tidak putus2 bermohon doa dan solat hajat..kebanyakkan tempat dilimpahi rahmat tuhan dengan turunnya hujan rahmat yang menyejukkan tanah yang kering kontang serta sekaligus mengurangkan jerebu yang melanda...
yeay sudah siap set kekabu sikenit..
Bayangkan dalam keadaan cuaca yang panas sepanjang bulan (especially 2 minggu lepas) tuan tanah bergelumang ngan 6kg kekabu, ahaks besar hajat dihati sama besar dengan keadaan tuan tanah sekarang nie keke.. berkat kesabaran dan usaha gigih bersengkang mata dan menahan sakit pinggang akhirnya semlm jam 2 pagi siap sepenuhnya set tilam kekabu untuk sikenit... Alhamdulliah, Ya Allah lega rasanya bila tengok dah siap.. kembang kejap hidung tuan tanah kekeke...

Next mission nak siapkan bantal tuk si Qies lak.. anak2 yang lain kena jaga gak hatinye.. karang merajuk lak tengok sikenit dapat set baru.. huhuhu... Insyallah yaaa semua anak2 mama akan dapat habuan masing2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink