Assalammualaikum...
Kes sebelum bulan pose, hurmm memang rasa naik darah tul, menyusahkan orang sungguh.. niat berkongsi entry ni bukan nak memalukan si empunya diri, tapi lebih pada untuk peringatan bagi bakal2 pelajar yang akan menjalani internship..
Cuba korang nilaikan sendiri report dari salah sorang budak intern di opis Qies, student dari course Civil Engineering... karangan dari budak darjah 2 pun lebih baik lagi hokey
apa punya report daa... |
dah laa tu datang opis pagi tido, tido, tido, lepas lunch time masuk mengalahkan bos, then duk merewang depan opis merokok tak sudah2 sambil bercintan cintu ngan kekasih dia yang kebetulan buat intership kat anak syarikat opis Qies.. ngan sms tak berhenti2, bila suruh gi site mcm2 alasan,
Satu hari tu Qies panggil bagi tazkirah kat bebudak2 ni, ooo rupanye tak bole ditegur punya budak, makin tunjuk besar kepala, tak masuk opis pulak, melampau tak melampau.. lepas tu g ke poly (ye ni bebudak dari poly ye, seingat Qies zaman2 Qies dulu bebudak poly antara pelajar yang menjadi rebutan syarikat2 tuk diambil praktikal atau pun kerja, but sorry to say, bebudak sekarang PEMALAS lebih dari yang betul2 nak mencari ilmu - ye tak semua tapi yang setitik ni laa yang membusukkan imej poly)
Qies terpaksa amik tindakan ke poly, dah bagi peluang tapi tak berubah.. Qies cuma sangat2 terkilan bila mana ada antara pelajar2 yang apply internship kat opis terpaksa kami tolak mungkin seorang pelajar yang betul2 mahu mencari ilmu.. jadinye dah menjadi satu KETIDAKADILAN bagi calon2 yang telah kami tolak... sangat2 tidak adil...
Jadinye bagi adik2 yang akan menempuhi alam praktikal ni, tolong laa beringat dalam setiap tindakan yang hendak dibuat, kami tidak rugi satu sen pun, tapi adik2 yang rugi kerana ilmu yang kami sediakan bukan bole dapat hanya dari dlm buku dan dibilik kuliah.. itulah sebabnye korang kena g praktikal hokey.. time ni laa korang sedut segala jenis ilmu selagi bole...
Bebudak 3 orang ni mmg betul2 menyusahkan Qies tul, dah laa banyak kerja pastu nak dealing ngan perangai comey korang, peningkan lecturer korang dan pihak pengurusan opis...apa ingat kami ni tak de kerja lain ke nak mencarakan hal korang yang tak semengah tu... sorry to say, disebabkan perangai comey korang tu, opis Qies dah blacklistedkan student2 dari polys...s dot dot dot. Kesian kat junior2 korang yang tidak berpeluang tuk menimba ilmu dari kami, rekod 7 tahun polys...s bersama kami tercalar gara2 tindakan bodoh korang2..
p/s : pikir2kan laa sebelum bertindak, yang rugi korang....
1 comment:
isk..ada gak budak2 mcm nie kan..adui la..wat m alu je..
sian bdk2 poly lain xde peluang dh nie..
Post a Comment