gambar scan pada 1 Nov 2012 |
3hb November 2012
Jam 4.20 pagi @ 11 minggu 1 hari, Ya Allah besarnyalah dugaan mu kali ini, kepergian mu menemui yang HAK, Allah lebih menyayangimu, walau hanya seketika, mama bahagia. Penantian selama 8 tahun lebih, berita kehadiran mu beberapa minggu yang lepas disambut gembira oleh kami semua, terutamanya Along dan Aqies, tak sabar menantikan kelahiran baby, Aqies dah memula membahasakan diri sebagai kakak.
Mama redha dengan kepergianmu namun mama tak mampu menahan kesedihan setiapkali teringatkan mu. Hanya airmata mama pengubat rindu mama pada Haiqal (nama yang yayah pilih untuk baby boy, tapi dah ditakdirkan baby bukan milik kami). Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada baby boy atau baby gurl, perginye lengkap berkarung, naluri yayah mengatakan baby adalah Haiqal.
Hari ni genap seminggu kepergian Haiqal, tenanglah anakku disana, Insyaallah kita sekeluarga akan dipertermukan juga nanti disana. Doakan mama dan keluarga kuat menempuh hari mendatang. Al-Fatihah buat Muhammad Haiqal Bin Mohd Fadzly.
p/s : betapa sedihnye kehilangan anak yang dikandung, tapi dimanakah sifat keperikemanusian dan tidak sedihkah ibu-ibu yang telah berlaku kejam keatas anak yang telah dilahirkan, dibuang, didera dan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan..
4 comments:
sabarlah..Allah maha mengetahui,...mungkin akan ada rezeki lagi...
kak...
moga tabah..
Assalamualaikum Qies,
Yakinlah setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya yg tersendiri. Allah lebih mengetahui..
Speedy recovery.. cepat sihat cepat projek tambah umat Muhammad lagi.
Barakah day ahead friend.
kak, tabah ye. ade hikmahnye suma ni.
Post a Comment