Monday, June 17, 2013

Yeay Berjaya..

Assalammualaikum
Alhamdulliah Larian Kitar Semula 2013 Sabtu lepas telahpun berlangsung dengan meriah, ramai yang turut serta termasuklah peserta dari Kemaman dan juga kakitangan DRB Hicom. Peserta yang hadir dari pelbagai umur, yang cenonet2 pun tidak ketinggalan juga walapun lepas suku larian terpaksa dikendong oleh mak paknye, untung jadi anak2 tak larat mak pak leh dukung huhuhu..


are you ready!!!!!
Last masuk acara2 larian atau marathon hatta merentas desa sekalipun rasanye masa Form 5, lepas2 tu memang tak penah berminat nak menjointkan diri dalam mana2 acara yang memerlukan pembakaran kalori yang maha hebat, kira ni 1st time laaa Qies joint dan berjaya menghabiskan larian walapun pada hakikatnye 1st 500 meter je yang Qies berlari, balance lagi 4.5km ku berlenggang kangkung hingga ke penamat tapi bukan Qies je yang bersantai2, rupanya ramai juga yang tak berlari hehe dan yang pasti Qies bukan yang terakhir sampai digarisan penamat hehe.. pecah 1 rekod dalam diri sendiri..puff...puff kembang idung sekejap vavava hehehe...
zumba time
antara peserta yang berbasikal
lets go
Acara bermula jam 7 lebih gitu dengan sesi warming up aerobik zumba, hampir sebulan gak tak gie zumba, aduh rindunya ngan zumba, insyallah akan menyambung semula usaha berzumba selepas ni if not rugi laaa bayar fees kan huhu..oh ya peserta juga dibenarkan samada berbasikal atau berskating selain dari berlari...
antara hadiah cabutan bertuah
sesi cabutan bertuah
goodies bag dpt laa 1 botol mineral & sebuk roti gardenia
Larian Kitar Semula diakhiri dengan cabutan bertuah which is none of us yang 'bertuah' hari tu tapi gembira bagi pihak kawan sekerja Cik Abe yang telah memenangi sebuah basikal "pink kaler lagi hokey" berserta baja kompos, rezeki si isteri. 
see tak dak kesedaran sivik tul laaaa
Tapi yang sedihnya acara larian kitar semula ni dicemari dengan ketidak perihatinan para peserta dimana sampah2 bekas minuman dan makanan berterabur disana sini sedangkan tong2 sampah telah pun disediakan hampir setiap tempat, walhal sejengkal je pun itu pun tak leh nak campak masuk tong ka!!!!!!! hadoi hampeh tol laaa...

Insyallah taun depan jika diizikan Tuhan dan kesihatan Qies akan menjointkan diri dan akan menjadikan sebagai acara tahunan kami sekeluarga...

2 comments:

cik panadol said...

gigihnye la berlari huhu....

Naqies said...

berlari laa sgtkan adik weh... tak de maknanye akak berjalan kaki jah kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink