Tuesday, October 14, 2014

Aszi Chalet Cameron Highlands

Assalammualaikum...
Entry cuti2 Malaysia yaa, last month gie Cameron Highlands sebab Cik Abe ade Boh Marathon, since masa cuti sekolah tengah taun tak gie memana so kami amik kesempatan ni gie bercuti2..

Gie tak lama mana pun, checked in hari Sabtu checked out hari Ahad, gie beramai2 dalam 3 family gitu, kat sana kami menginap di ASZI CHALET Alhamdulliah selesa dan bersih, bole masak2 dan berbbq lagi..scenery pun cantik, tuan tanah pun peramah dan baik, cuma yang tak syiok sepanjang kami disana ujan je laa pulok, so tak leh nak berjalan2 sgt pun huhu...cuma malam tu kami berbbq je laa makan sampai lebam kekeke..
rumah kayu yang kami duduk
rumah batu bawah tu rumah Tuan Hj Asaad
bole call/wassap terus ngan Hj Asaad tak pun masuk ke fb dia terus
Kami amik rumah kayu 2 bilik semalam rm250, setiap bilik ada 1 single bed 1 queen bed dan memang selesa, asteruk pun ada, water heater pun ada, dapur lak asing dibahagian luar rumah... kalo tak mo rumah kayu korang leh amik yang rumah batu nye sebilik dalam rm160 ada 2 Queen size bed pun selesa gak..
Ruang Tamu
bilik tidur
ruang memasak/bbq dan ruang makan
scenery dari Aszi Chalet
Next time kalo datang sini beramai2 leh check in sini lagi coz selesa ada private parking, ada tempat tuk anak2 berkejar-kejaran tak perlu riso kot2 terlepas ke main road ke apa ke.. sebab ni private property which is tuan tanah tu pun duk situ gak.... tempat strawberry pn sepelaung je dari situ.. oh ya lagi satu dari chalet ni leh nampak rumah si Sara yang dalam drama Maafkan Jika Aku Tak Sempurna, padan laa masa sampai cam penah tengok je scenery tu rupanya depa shooting kat situ keke..

ASZI CHALET
No, 14A Kg Taman Sedia
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Hp : 017-2725107 (Hj Asaad)

3 comments:

Norliah Mohd Tolkah said...

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana beri feedback yang baik tentang Fauziz Homestay. Untuk pengetahuan puan Fauziah Nawi yang selalu berlakun jadi ibu/opah di TV itu pernah 'shooting' sebuah drama di rumah yang puan tinggal tersebut. Malang nya drama tersebut kurang dapat perhatian.

Muzika Akustika said...

Ladang strawberi memang sepelaung jauhnya. Kalau melaung dari atas bukit tu pasti satu kampung mendengar. Tapi waktu malam lah.

Wieyh Azmi said...

sorry nak tanya .dia ade sediakan barang barang nak masak ke macam rice cooker? hope tlg saya .sebab tengah confiuse nak pilih homestay ni.hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink