Monday, March 4, 2013

Yang Terbaik Adalah DOA

Assalammualaikum...
Sekiranya masih ada rasa kemanusiaan, sila laa ketepikan fikiran2 yang tidak membantu dan mendatangkan kebaikan, serta hentikan juga status2 yang dishare apa2 pun berkenaan ngan situasi di Lahat Datu, macam2 status yang disebarkan yang mana ada pihak2 yang menangguk di air yang keruh. Ketepikanlah fahaman politik dan apa2 fahaman sekalipun yang korang rasakan korang betul dan yang korang perjuangan KERANA yang sedang menjaga keselamatan dan keamanan negara adalah barisan2 hamba Allah yang juga benteng pertahanan kita yang mana punyai keluarga, ibu bapa, suami dan ayah kepada anak2 yang masih mentah mengenal kekejaman manusia yang tamak haloba.
credit to Google image
Tolong panjatkan doa semoga WIRA2 Negara kita terselamat dari bencana pencerobohan oleh Sultan Sulu, DOA adalah yang terbaik/diperlukan pada masa sekarang dari status sharing di Facebook yang rata2 menyalahkan dan menunding jari kepada kerajaan dengan agenda politik yang diselitkan didalam segala fakta dan kronologi yang diletakkan di FB. 

Tolong hormat WIRA2 yang sedang bertugas, juga berikanlah sokongan kepada anggota keluarga mereka yang ditinggalkan demi menjaga keamanan negara.  Disaat ini DOA kalian lebih penting, walaupun berlainan agama, berdoa laa untuk WIRA2 kita itu lebih baik dan lebih bermakna. Jangan jadi orang yang sombong di dunia yang sementara ini, sudahlah tidak menyumbang tenaga ditambah pula dengan segala fahaman dan pelbagai andaian yang negatif, tolong jadi insan yang berperikamanusian, disaat inilah sumbangan kita kepada WIRA2 Negara iaitu DOA kalian.

2 comments:

Unknown said...

Insha Allah sama-szmz kita berdoa semoga aman kembali..

http://www.noormalashahar.blogspot.com

http://www.noormalashahar.com

Naqies said...

Insyaallah sama2 berdoa agar Tuhan melindungi Malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink