Assalammualaikum...
Salam Jumaat, penghulu segala hari, moga mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Entry hari ni sekadar menyapu habuk diblog, sedang sedaya upaya menghadpet sekerap yang mungkin, camnelaa ada org yang bole update blog setiap hari dan setiap jam (fuhh mmg respect laaa)...
Duk pikir2 nak makan apa tengahari ni tetiba tertengok gambar bubur nasi aka nasi air bak kata orang2 belah timur ni, dapat makan bubur nasi tengahari ni musti best huhu.. tapi buat masa ni korang layan resepi je laa okay.. tapi resepi cara ibunda Qies..
|
Bubur Nasi & Ikan Bilis Goreng Asam |
Bubur Nasi
1 - 2 pot beras (dibasuh)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang kecil (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Garam
Air secukupnya
Cara-caranya.
1. Masukkan kesemua bahan dan masak sehingga menjadi bubur. Jika suka bubur yang berair lebihkan sedikit air.
Ikan Bilis Goreng Asam
Segengam Ikan Bilis (dibelah & digoreng/toskan minyak)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang kecil (dhiris)
1 1/2 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dipotong2)
1 batang cili hidup (dihiris)
1 cawan air asam jawa (ikut berapa byk kuah yg korang nak k)
Garam
Cara-caranya
1. Tumiskan bawang putih, bawang kecil dengan sedikit minyak (sikit je tau ngam2 tuk tumis bwg je), sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan halia dan air asam jawa, kemudian masukkan potongan bawang besar, cili hidup, garam dan last sekali masukkan ikan bilis, kacau dan balik2kan then terus tutup api. (tak perlu lama nanti ikan bilis tak ranggup)
*elok dihidangkan ketika hampir nak makan ketika ikan bilis masih ranggup
Menu bubur nasi & ikan bilis goreng asam ni biasa mak masak bila kami demam, maklum laa bila demam semuanya rasa tawar ditekak, jadinya bila mak buat menu ni confirm kami2 yang demam ni berselera sikit makan kekadang tu sampai 2 mangkuk kekeke...selain sesuai tuk orang demam, masak asam ni sesuai gak tuk orang dalam pantang...untuk membuang angin..
Qies kalo malas sangat nak meremeh temeh didapur, haa menu ni laa yang paling senang, 2 pot confirmed licin kekeke...
p/s : ada orang biasa masak bubur nasi tanak gitu2 aje tanpa bwg putih, bwg kecil & halia, pada Qies bubur gini tak berasa langsung walaupun dilawankan makan ngan sup ataupun sambal. tapi kalo bubur cara mak Qies makan kosong je pun dah sedap...(air tangan ibu masak laa apa2 pun sedap...kan kan kan..) MODE terus LAPAR!!!!!