Wednesday, December 11, 2013

Sambal Buah Kemang

Assalammualaikum...
Sambal Buah Kemang

Amacam terliur tak?.. cili merah dah abih yang ada tinggal cili hijau aje ... hijau pun hijau laaa janji jadi sambal rasanye tetap sama tak lari.. pedas manis masam... sodap giler...resepi mudah giler.. tutup mata pun bole buah...


Bahan2nya
2 - 3 keping hirisan buah kemang
3 tangkai cli hidup
5 tangkai cili api ( tak mo pun tak pe)

Cara2nya
1. Tumbuk cili hidup dan cili api separuh lumat kemudian campurkan bersama2 buah kemang dan ditumbuk bersama cili kemudian gaulkan hingga buah dan cili bercampur sebati dan sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba yaaaa... memang tak rugi laaa, confirmed mak mentua lalu tak pasan laaa kekeke..

Tuesday, December 10, 2013

Mee Goreng

Assalammualaikum...
Sejak musim hujan ni, memang ari2 kena memasak dirumah laa, kalo nak kuar memang tak sanggup laa nak meredah ke kedai makan hujan2 ni... mujur laa barang dapur dah restok awal2.. masak simple2 jah... mana yang mudah disediakan...
Mee Goreng Sempoi
Bahan2 kisar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 sudu besar udang kering geragau (udang kering)

Bahan2 lain
2 bungks mee kuning (dibasuh dan ditoskan)
10 ekor udang bersize sederhana
3 tangkai sawi
2 keping fish cake
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap
sedikit air
1 biji telur
garam

Cara2nya
1.  Tumiskan bahan kisar hingga naik mintak, kemudian masukkan udang gaul sebati hingga udang masak.
2. Masukkan batang sawi + fish cake + sos cili + kicap + sedikit air digaul serata, kemudian masukkan mee dan kacau sebati, pecahkan telur dah balik2 mee merata. Perasakan garam secukupnye dan sedia untuk dihidangkan.

Sekian dari dapur Naqies, selamat mencuba

Sunday, December 8, 2013

Simple Make Up

Assalammualaikum...
Ari ni nak kongsi ngan uols semua kat satu FB ni... macam2 info kecantikan, solekan, pemakaian dan macam2 lagi... yang paling best disediakan sekali tutorial makeup.. so sapa yang minat ngan kecantikan dan solekan moh laa jenguk2 FB MAKE UP 

Ni diantara tutorial makeup yang uols bole cuba, simple je.. 2 minit siap dah.. tak perlu duk lelama kat depan cermin tu...
tutorial credit to I LOVE CUTE MAKE UP
Untuk tutorial solekan dan tips2 solekan bole laa uols melawat ke web I Love Cute Make Up... selamat mencuba...

Saturday, December 7, 2013

Rezeki Disember...

Assalammualaikum...
Alhamdulliah rezeki bulan Disember...dapat voucher Culinary Class dari Majalah Flavours... 
tak sabar nie...
Seronok sangat dapat voucher ni, giler tak seronok bukan senang nak dapat belajar ngan professional chef lak tu... lebih2 lagi kat Starhill Culinary Studio... Kelas berlangsung pada hari ni dan akan di ajar menyediakan rosted turkey sempena perayaan Chrismas ..Insyallah nanti Qies update citer pasal kelas ni yaaa...

Friday, December 6, 2013

Bantuan Banjir Selamat Disempurnakan...

Assalammualaikum...
Alhamdullilah dan ucapan yang teramat sangat kepada rakan2 FB Qies dan juga orang2 perseorangan yang telah menghulurkan bantuan wang ringgi... Qies sangat2 terharu dikelilingi oleh rakan2 yang pemurah dan berhati mulia... 

Walaupun pada mulanya status dipostkan di wall FB hanya sekadar untuk meringankan beban mangsa2 banjir dan tidak mengharap akan mengumpul dana yang besar, tapi siapa sangka usaha yang baik ini Allah mudahkan dan Alhamdulliah dana yang terkumpul menghampiri angka yang sangat2 memeranjatkan Qies.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas atas jasa baik yang telah rakan2 dan juga orang2 perseorangan yang membantu...
1st batch yang telah sempat dibeli petang tadi
Petang tadi pembelian barangan telah pun selamat disempurnakan dengan bantuan rakan2 dari kolej husband, thanks to all of you yang sanggup membantu tanpa mengeluh..Hasil dana yang terkumpul setakat tengahari tadi telahpun diambil oleh sukarelawan dan dibawa ke Pusat Pengumpulan di bangunan UMNO (maybank lama) Kuantan bagi pengagihan seterusnya ke pusat2 penempatan yang memerlukan...
rakan2 yang turut membantu menyusun barangan keperluan
pick up dari sukarelawan yang dihantar oleh pusat pengumpulan
kerja2 memuat naik barangan keperluan
selamat untuk dibawa ke pusat pengumpulan
Alhamdulliah syukur kerana 1st batch barangan keperluan telah pun selamat dihantar ke pusat, insyallah penghantaran 2nd batch akan disambung semula pada hari Ahad ini bagi menghabiskan dana yang masih berbaki ditangan.. diharapkan urusan sumbangan ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin...

Bagi orang2 perseorangan yang mahu membantu anda bole terus menghantar sumbangan barangan ke pusat pengumpulan di bangunan UMNO (Maybank lama).  Sumbanglah sekadar kemampuan walaupun Rm1, nilai tidak penting yang penting keikhlasan dihati..  

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul...

Update Banjir

Assalammualaikum...
Alhamdulliah hari ni tiada hujan yang turun hanya sekadar renyai di sebelah petang dan malam... nampaknya air semakin surut walaupun masih ada lagi sesetengah kawasan yang masih ditakungi air dan yang masih terputus jalan... 

Tengahari tadi Qies sempat menjenguk Terminal Sentral Kuantan sebab nak tengok sekali kereta member yang terperangkap ditempat letak kereta Terminal.. aduhai sedihnya laa tengok kereta2 yang terlibat..
Terminal Sentral Kuantan
tempat letak kereta Terminal
Setakat tinjauan petang tadi jam 4.30 petang sekitar Bukit Rangin, Sungai Isap (luaran sbb tak leh nak masuk lebih dalam) dan Pandan Alhamdulliah air beransur surut... 
paras air Sungai Lembing sehingga jam 4.30 petang tadi..
kereta penduduk sekitar bukit rangin yang diletakkan
disepanjang by pass Kuantan untuk mengelakkan dari air banjir
sekitar Sungai Isap
Sungai Isap
Sungai Isap
Doakan supaya cuaca semakin cerah dan tidak hujan... Bagi mangsa2 banjir dan rakan2 yang terlibat (harta benda/rumah) banyakkan bersabar dengan ujian ini... moga tabah menghadapinya... 

Thursday, December 5, 2013

Buah Kemang

Assalammualaikum...
Buah Kemang
Last week Pa & Ma datang dari kampung.. Alhamdulliah setiap kali datang macam2 benda dibawaknye antaranya Buah Kemang.. Ya ampun memang tengah teringin sangat2 nak makan buah ni... dapat gak.. Alhamdulliah..

Buah ni payah nak jumpa laa ni, kalo ada pun harganye Rm8 sekilo, rasanya masam2 manis... sedap dibuat sambal kemang ataupun dijerukkan tapi ada gak yang dibuat makan cuma tabur garam atasnye... pergh kecur air liur... puas makan buah ni.. mak siap buatkan jeruk lagi kekeke...

Info lanjut mengenai Buah Kemang kat SINI.

Tuesday, December 3, 2013

Red Alert!!! Banjir....

Assalammualaikum...
Hujan itu rahmat... hanya DIA yang mengetahui rahsianya... Hujan disini dari hari Sabtu lagi tidak berhenti2, sana sini dah naik air, moga tiada kemalangan jiwa akibat banjir...

Diharapkan warga Kuantan mengambil langkah berjaga2, bagi yang telah mendapat arahan berpindah, packing barang2 penting simpan ditempat yang selamat dan terus ke pusat perpindahan... nampaknya banjir taun ni agak teruk, sedangkan beberapa kawasan yang sebelum ini tidak dinaiki air terlah pun dinaikki air... jalan2 banyak yang terputus..kawasan rumah Qies tak jauh dari Kolej Shah Putra pun dah selamat dinaiki air.. tapi Alhamdulliah rumah Qies selamat lagi...
Kolej Shah Putra sehingga petang tadi
gambar kredit ke FB KUANTAN
Kolej Shah Putra sehingga petang tadi
gambar kredit ke FB KUANTAN
Tempat letak kereta di Terminal Sentral Kuantan
gambar kredit ke FB KUANTAN
Harap warga kuantan sentiasa ALERT ngan info2 terkini berkenan makluman banjir oleh pihak berkuasa... uols bole rujuk FB KUANTAN atau FB Life @ Kuantan.. Semoga warga Kuantan selamat dari musibah banjir..

Saturday, November 30, 2013

Melembutkan Tangan...

Assalammualaikum...
Semakin hari semakin rajin... Alhamdulliah mood R sudah muncul kekeke..

Ari ni Qies nak kongsikan ngan uols cara murah dah mudah untuk mendapatkan tangan yang lembut dan tegang gitu... ye laakan makin berusia ni makin lama kulit makin hilang keanjalannye ...cewah.. so bagi yang tak mampu nak gi buat rawatan cucuk2 or laser2 bagai ni Qies nak kongsi kan satu tips mudah..
picture credit to google images
Buah pisang ni bukan takat sedap dimakan malah bole digunakan sebagai pelawas jugak disamping khasiat yang lain, tapi ingat lepas makan jangan lak dibuang terus kulit pisang tu tapi uols bole gosokkan kulit pisang tu ke seluruh telapak tangan dan biarkan beberapa minit sebelum dibilas dengan air yang dicampurkan sedikit dengan perahan limau nipis, hasilnya telapak tangan akan menjadi lembut dan tegang tapi dengan syarat buat laa seminggu 2 kali atau paling malas pun seminggu sekali...

Tak caya, uols cuba laaa....tak rugi pun kan...

Friday, November 29, 2013

Sambal Tumis Udang Petai

Assalammualaikum
Ari ni kita main masak2 yaa... menu paling best tuk pesakit2 resdung diluar sana termasuk laa tuan tanah yang tak sedar diri ni haaaa... tak pe makan dulu, sakit kemudian kan...
Sambal Tumis Udang Petai
Bahan2 Kisar
15-20 tangkai cili kering (nak lagi pedas + cili api)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
belacan (size 50sen dulu2 k)

Bahan2 Lain
500gm Udang
1-2 papan petai (bergantung pada size petai)
1 biji bawang besar (dihiris bulat2)
sedikit air asam jawa (ikut kepekatan kuah yang korang inginkan)
sedikit gula
sedikit garam

Cara2nya
1.  Tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik minyak (bau).
2. Masukkan udang dan gaul sebati.
3. Masukkan petai, air asam jawa + gula dan garam, gaul sebati.
4. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, balik2kan dan tutup api.

Sambal tumis ni sedap makan ngan nasi panas2 woo... pastu lawan lak ngan ulam dan sambal belacan, haa bertambah laa seksa menggesek batang hidung tu nanti kekeke... Selamat mencuba..

Thursday, November 28, 2013

Kerja Suka-suka aka Sambilan

Assalammualaikum...
Morning!!! Guten Morgen!!! yeah ari ni cam bersemangat sikit... insyallah try buat entry atleast 2 hari sekali, lagi bagus kalo dapat buat sehari sekali.. berangan siot kekeke...

Citer biasa2 je, last week ada job makeupkan anak jiran depan rumah (Kak Ros), anak sulungnye Balqis aka Kak Long, so Qies makeupkan tuk nikah dan bersanding, Kak Long request tuk makeup yang natural, tak mo yang glam2 dan tebal2 lagipun Kak Long memang jenis tak bersolek pun hari2, just pakai bedak biasa2 je, lagipun Kak Long memang dah natural beauty dah pun tak perlu nak tepek tebal2...yang sedang2 aje dah cukup mencantikkan Kak Long..
Balqis (Kak Long)
kening x cukur juz guna teknik gam jah..
Fake eyelash yang simple je
Make up sanding
Makeup nikah
Insyallah nak aktif balik wat freelance makeup lepas2 ni, so atleast tak laa bosan dan terperap je kat rumah ni dari asik makan tido, makan tido jah kekeke.. (berminat nak guna khidmat Qies -  makeup dinner, tunang dan nikah, sila tweet or wassap Qies 018-9110032..oh yaa Qies di Kuantan yaa, kalo jejauh luar dari Pahang tak sanggup laa pulakkan..)

Buat Balqis dan Ridzuan Selamat Pengantin Baru, moga kekal bahagia hingga ke Jannah, Amin...

Tuesday, November 26, 2013

Hydro Hotel Penang

Assalammualaikum...
Mood ada sedikit rajin ari ni... last week ke Penang untuk event Penang Bridge Marathon 2013 cum berholiday bersama anak2.. last minutes baru buat booking hotel.. mujur laaa ada bilik lagi, idak kalo pasang khemah tepi laut je laa jawabnye..

So kami stayed di Hydro Hotel, Penang yang terletak di Batu Feringgi, alah yang dekat ngan Hard Rock Hotel tu... cam biasa booking Qies buat kat Booking.com senang cepat dan pantas.. no hidden charges... Since cik abe tak de cuti monday tu, kami duk 1 malam jaa laa atleast dapat gak bawak anak2 kuar dari Kuantan idak laa depa bising sangat time2 cuti sekolah ni...
Hydro Hotel at nite
Lobby area
Bagi Qies hotel ni not bad laa bersih dan bilik yang sangat spacious (31sq metre) memang sangat luas.. bole masuk lagi 1 king size bed pun masih ada banyak ruang lagi, oh yaa katil dia giler sangat selesa tido lena sangat no malam tu (penat dalam keta pun yaa jugak haha)... Harga bilik pun ok, Rm163.79 (excluding 10% (service charge + 6% tax) end up dalam Rm195 lebih kurang..
Deluxe Room (31sq metre)
Bilik air pun bersih dan ada bath tub, so bole le berendam jadi mermaid jap kekeke... scenery dari balcony pun not bad, kiranya every room ada balcony... selain tu macam2 ada kat hotel ni dari relaxing room, massage, mini gym, kinect xbox room pastu kat situ ada counter tuk uols booking water activities bagi yang kaki adventure laa... kira all under one roof...mcm2 ada...
Bathroom siap bath tub sekali k
Scenery dari balcony
Cafe at pool side
Pool ada 3 section (small kids/toddler/adults)
relaxing area
mini gym
Kinect Xbox room (Rm15 per hour)
water activities
Member gitau salah satu scence citer I love Mr Arrogant kat hotel ni, ye laa kot sebab Qies tak tengok pun drama tu... oh yaa Qies amik room saja tak termasuk breakfast, kalo nak breakfast bayar Rm23-25 per adults kot tak silap, tapi sebab dah set dalam pala nak makan nasi kandaq so just booking bilik je aritu, lagipun cik abe abih marathon pun ari tu dalam kul 9 pagi sampai otel then bawak anak2 layan pool dulu sebelum checked out.. terus langsung cari nasi kandaq, makan kenyang sampai petang kekeke...

Sesuai bagi uols yang ada family besar kalo nak extra bed pun leh masuk 2 biji single lagi.. tak mo extra bed uols bawak je laa toto.. terlentang beramai2...sekian melaporkan...

Wednesday, November 20, 2013

OMG Jeragat!!!

Assalammualaikum....
Bersiaran buat sekian kalinye mood nan hado, blog sendu, nowdays banyak masa dihabiskan ngan hal2 peribodi..  saja2 buat busy... busy body sendiri.. bukan kain orang lain pun... 
kredit - google images
Entry ari ni pasal jeragat... nak2 kalo orang yang berkulit cerah ni senang sangat laa nak kena jeragat.. tak terkecuali kulit tuan tanah..ada laa 2 tompok kecik ni, walaupun kecik sangat annoying tau.. so kalo dah ada tu tak leh nak buat apa kalo ada duit lebih korang g le cucuk2 segala jenis vitamin kat muka tu... bagi yang takut cucuk2 dan yang kurang modal tu bole je try cara nie..

Masker Epal
Bahan2nya
1 biji epal hijau (diparut/sagat)
5 sudu besar madu

Caranya
1.  Parutan epal hijau dicampurkan bersama2 madu dan gaul sebati.
2.  Pastikan wajah dibersihkan terlebih dahulu kemudian sapukan sebatian parutan epal tadi pada kulit muka dan biarkan selama 15-20 minit.  Kemudian dibilas bersih.

Insyallah jika diamalkan selalu tompokan jeragat akan semakin menipis/pudar malah sangat bagus bagi yang mempunyai kulit berminyak akan kurang berminyak...sekaligus menggelakkan dari muka ditumbuhi jerawat..

Tapi yang penting kena consistent laa.. ni kalo baru try buat sekali dah nak result cam 10 kali pakai tak dapat laa nak ditolong dek non weh... sendiri jawab key... Selamat mencuba.. 

Wednesday, November 6, 2013

Talapia Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Assalammualaikum...
Banyak citer yang nak diceritakan tapi cam rasa tak best nak citer2 kat sini, bukan apa ada yang mengambil kesempatan atas entry2 kat sini.. try mencopy cat peribody ahkak yang tak glamer ni untuk kepentingan nafsu sendiri... u know who you are... so get a life laaa... i mean your own life not other people life hokey!!!!

Entry selamat adalah entry resepi sehingga laa sampai seru dan terbukak hati tuk berkongsi cerita ceriti ahkak nie ... walaupun tak glamer lagipn blog ni tuk suka2 kot2 dah tua2 nanti ada gak bahan bacaan mengenang zaman2 remaja tua bersama anak2..
Talapia Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh
Bahan2 kisar (tumbuk)
15-20 tangkai cili api
1 1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 ini lengkuas

Bahan2 lain
1 ekor ikan talapia size sederhana ( dipotong 3)
5-6 biji buah belimbing buluh (dibelah 2)
1 kotak kecil santan
1 batang serai diketuk
1 cawan susu segar (option)
sedikit air
1 biji lada hidup merah (di potong memanjang)
1 helai daun kunyit (dihiris halus2)
1 keping asam keping
option
1 biji kentang (dibelah 4)
1 biji tomato (dibelah 4)

Cara2nya
1.  Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama santan, susu & air (ikut kepekatan kuah yang diingini), sentiasa kacau kuah untuk mengelakkan dari kuah pecah minyak yang akan mengakibatkan kuah jadi tak licin (berketul2).
2. Apabila kuah hampir mendidih masukkan ikan dan perlahankan api, pastikan dikacau kuahnye (jangan sampai ikan pecah2 lak k) apabila ikan sudah masak sepenuhnya masukkan daun kunyit + hirisan lada hidup dan asam keping serta perasakan garam secukupnye.

Saturday, October 26, 2013

Ikan Bilis Goreng Sempoi

Assalammualaikum...
Masih tercari2 mood RAJIN tuk update blog yang tak seberapa nie... sebelum bersawang bagai Qies tepek entry resepi jah laa cam biasa k... menu sesuai tuk orang berpantang dan orang pemalas cam ahkak ni hahaha... 5 minit siap dimasak cam masak maggi gak...
Ikan Bilis Goreng Sempoi
Bahan2nya
2 cawan ikan bilis (digoreng garing)
1 biji kentang ( dipotong2 dan digoreng, ikut suka nak lebar mana k)
2 ulas bawang putih (dipotong 4 tak perlu hiris halus2)
1 labu bawang besar (dipotong2)
1 inci halia (dihiris panjang)
1 biji lada hidup (merah/hijau di hiris2)

Cara2nye
1.  1 sudu minyak masak dipanaskan kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, halia tumis sebentar ( x perlu sampai bawang2 tu lembik just nice je k ala2 half cooked gitu)
2. Kemudian masukkan ikan bilis, kentang dan lada hidup gaul rata dan sedia tuk dihidangkan. Tak perlu letak garam sebab ikan bilis memang dah sedia ada rasa masin sikit, tapi kalo nak letak gak no problem ikut atas tuan tanah laa ye..

Tuesday, October 22, 2013

Tarak Mood

Assalammualaikum...
* pic googles..
Operasi membersihkan abuk sekejap... dah bermacam sarang kot kat sini, lantak laaa sebabnye sekarang ni tuan empunya diri sangat2 tarak mood untuk menghapdet entry... walhal banyak benda gak yang bole dientrykan.... tapi vitamin M sangat berleluasa sekarang ni.. Insyallah bila vitamin R dah datang Qies buat entry balik yaa... 

Tata.. take care...

Monday, August 26, 2013

Rezeki Kecil-kecilan..

Assalammualaikum...
Entry menyapu habuk selepas berhari raya... raya taun ni sangat puas berziarah dan makan2 sampai sedawa pun dah rasa dah nak terkeluar semua yang dimakan huhu... 

Rezeki dari contest Lipton dan Carnetto kempunan nak menang S4 belum rezeki nampak gayanye.. tapi Alhamdulliah sangkut gak laa 4 nama dalam Lipton Drinks & Drive Away Contest.. dan juga Carnetto sangkut 3 nama tuk hadiah saguhati...
senarai pemenang.. credit to Lipton FB
sangkut 3 nama 
gelang usb dari Carnetto contest
Selamat duit tak yah nak beli cable tuk hp mak yang udah nyawa2 ikan, gelang usb ni dapat sepasang 1 untuk iphone 1 untuk hp samsung dan nokia, tuk Carnetto contest pun sangkut 3 nama tapi baru collect tuk 2 nama kes tak perasaan ada lagi satu nama sangkut daaa...

Many thanks to Lipton and Carnetto, setaun tak abih stok Lipton mak, tak pe laa buat sedekah kat adik beradik aje laaa... hadiah ni buat pembakar semangat tuk joint contest yang lelain lak ... Insyallah ada rezeki.. Amin

Wednesday, August 7, 2013

Wordless Wednesday

Assalammualaikum.. 
credit to HalalMates Twitter
Renung2kan dan selamat beramal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink