Friday, December 6, 2013

Bantuan Banjir Selamat Disempurnakan...

Assalammualaikum...
Alhamdullilah dan ucapan yang teramat sangat kepada rakan2 FB Qies dan juga orang2 perseorangan yang telah menghulurkan bantuan wang ringgi... Qies sangat2 terharu dikelilingi oleh rakan2 yang pemurah dan berhati mulia... 

Walaupun pada mulanya status dipostkan di wall FB hanya sekadar untuk meringankan beban mangsa2 banjir dan tidak mengharap akan mengumpul dana yang besar, tapi siapa sangka usaha yang baik ini Allah mudahkan dan Alhamdulliah dana yang terkumpul menghampiri angka yang sangat2 memeranjatkan Qies.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas atas jasa baik yang telah rakan2 dan juga orang2 perseorangan yang membantu...
1st batch yang telah sempat dibeli petang tadi
Petang tadi pembelian barangan telah pun selamat disempurnakan dengan bantuan rakan2 dari kolej husband, thanks to all of you yang sanggup membantu tanpa mengeluh..Hasil dana yang terkumpul setakat tengahari tadi telahpun diambil oleh sukarelawan dan dibawa ke Pusat Pengumpulan di bangunan UMNO (maybank lama) Kuantan bagi pengagihan seterusnya ke pusat2 penempatan yang memerlukan...
rakan2 yang turut membantu menyusun barangan keperluan
pick up dari sukarelawan yang dihantar oleh pusat pengumpulan
kerja2 memuat naik barangan keperluan
selamat untuk dibawa ke pusat pengumpulan
Alhamdulliah syukur kerana 1st batch barangan keperluan telah pun selamat dihantar ke pusat, insyallah penghantaran 2nd batch akan disambung semula pada hari Ahad ini bagi menghabiskan dana yang masih berbaki ditangan.. diharapkan urusan sumbangan ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin...

Bagi orang2 perseorangan yang mahu membantu anda bole terus menghantar sumbangan barangan ke pusat pengumpulan di bangunan UMNO (Maybank lama).  Sumbanglah sekadar kemampuan walaupun Rm1, nilai tidak penting yang penting keikhlasan dihati..  

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink