Tuesday, June 19, 2012

Jom Makan Buah...

picture credit to Google
Assalammualaikum
Hari ni entry pasal kesihatan lok, ye le asik makan aje kan, sumbat macam2 dalam perut tu dah macam perbandaran dah gayanye hehe, tapi ni pun entry makan gak (makan & Qies memang sinonim hahaha)

Ok sapa suka makan buah, sila angkat kebod, tak pun angkat mouse tu hehe.. Me me me, memang suka makan buah, segala jenis buah kecuali buah dadu, buah hati, buah dan buah rantai, yang ni kalo makan karang tercokek karang hehe..

Ok bila masanye yang sesuai tuk makan buah, sebelum atau selepas atau bila2 masa sesuka hati.  Kalo mengikut barat kena makan selepas makan, tapi wat pe nak ikut barat yang sentiasa bertentangan ngan sunah dan amalan Nabi Muhammad saw, hendaklah dimulakan dengan memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah sebarang hidangan berat. Ini adalah kerana ianya akan membantu dalam proses penyerapan tenaga dan zat dari buah tuk bertindak secara optimun disamping mengalakkan  proses penghadaman sebelum menerima hidangan berat untuk diproses oleh usus. 

Meh kita skodeng diantara buah2an mana yang elok diamalkan, buah yang tak tersenarai tu bukan laa tak elok, apa2 buah pun elok cumanya kalo diletakkan semua kat sini, karang ada gak yang muntah membacanye hehe, jom layan..

Buah oren (paling senang nak jumpa dan tak mahal)
Membantu dalam mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser, mengandungi beta carotene iaitu anti oksida tuk memelihara sel2 didalam badan. Kaya dengan Vitamin C serta dapat menjaga kesihatan jantung dan tekanan darah anda.

Buah Kiwi (my feberet nie)
Mengandungi 2 kali ganda Vitamin C berbanding buah oren, turut mengandungi asid folik, potasium,  zink dan vitamin E yang sangat bagus tuk kesihatan jantung. 2 biji sehari sudah dapat menampung keperluan serat dan zat seharian, agen anti oksidannya (polifenol & karoteniod) bagi melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan tekanan oksdatif akibat dari pengambilan makanan berperoses dan persekitaran. Membantu mengatasi masalah insomia serta menjaga kesihatan kolon. 

Buah Epal
Membantu mengurangkan berat badan, mencegah deminsia, anti aksida dan menurunkan kolestrol. Membersihkan usus dan membantu membuang racun dan toksin dari badan. Mengandungi flavonoid, beta karotena, fitokimia, vitamin C, A dan B kompleks.

Buah Anggur
Mengandungi vitamin A, B1, B2, rendah kalori.  Pengambilan buah anggur dapat mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan menentang penyakit gusi.  Buah anggur juga dapat mengurangkan kandungan uric asid didalam badan dan membantu menyingkirkan asid2 dalam badan yang mana akan mengurangkan tekanan kerja kepada buah pinggang.  Juga membantu dalam kesihatan sel2 otak manusia dan dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dengan menurunkan beta amyliod didalam badan pesakit alzheimer.

Buah Pisang
Membekalkan hampir 35% keperluan vitamin B6 kepada badan kita yang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah. Kandungan zat besi yang tinggi membantu pertambahan hemoglobin dalam darah yang mana baik bagi pesakit2 anemia. Juga membantu dalam mengurangkan stress dengan menstabilkan degupan jantung, penghantaran oksigen ke otak lebih baik serta mengimbangi kandungan air dalam badan.

Buah Nenas
Mengandungi vitamin A, B1, B3 disamping terdapat enzim bromelian yang digunakan semasa pembedah tuk mengawal pembengkakan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah. Membantu dalam penyerapan zat besi kedalam badan dan kandungan asid sitriknya amat berkesan dalam menghilangkan lemak dan membantu menguruskan badan

Ok stop kat sini, kalo nak ikutkan banyak lagi buah2an yang elok diamalkan, jadinye apa tunggu lagi, bertindak lah mencegah dan menjaga kesihatan dari awal sebelum terlewat. Bagi yang nak menjaga berat badan tu, jadikan rutin memakan buah2an sebelum mengambil sebarang hidangan berat, Insyallah dalam masa 1 bulan korang akan dapat rasa perbezaan dari segi berat dan juga kesihatan badan..

2 comments:

tiefazatie said...

best tue mkn buah sokmo!hee

Naqies said...

yum2 sedap makan buah ni, sehari tak makan rasa tak complete je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink