Tuesday, May 29, 2012

Ketam Berlado aka Chilli Crab

Assalammualaikum...

Chilli Crab menu kami sekeluarga malam semalam, balik aje kerja terus terjah ke pasar mencari ketam, tetiba aje teringin nak makan Chilli Crab walaupun sebenarnye memang tak minat makan ketam, rasanye last makan ketam 3-4 taun lepas hehe.. since mak & abah pun ada kat rumah ni laa masanya tuk masak ketam atleast ada gak yang nak tolong menghabiskan, Qies n cik abe tak berapa minat nak mengerjakan ketam, leceh giler walaupun dah diketuk siap2 sepit2 tu semua..
Ketam Berlado @ Chilli Crab
Bahan2 Kisar
20 Tangkai cili kering
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Belacan (size 50 sen)
1' halia
1 batang serai

Bahan2 lain
4 ekor ketam (dipotong 2)
2 biji telur
2 sudu besar sos cili
1 sude besar sos plum
1 keping asam keping
Daun limau purut
sedikit air
garam
gula

Cara2nya
1.  Tumis bahan kisar hingga naik bau/pecah minyak, pecahkan telur dan dikacau agar telur pecah sekata.
2. Masukkan sos cili + sos plum + daun limau purut + ketam + sedikit air ( tuk memasakkan ketam) kecilkan api dan tutup kuali (sekali sekala balikkan ketam supaya masak serata)
3.  Perasakan garam + gula dan masak hingga kuah ketam hampir kering

Selamat mencuba, sekian dari dapur Naqies

4 comments:

shamsiah abdul rahman said...

Wahhhh.. kompom kolestrol mendadak naik mcm ni. Dah la ketam, telur lagi.. tp dh nak mkn sodap, cmana la kan kan kan..

Naqies said...

akak kita makan dulu, kendian baru pikir masalah hehehe...

|shuhadaothman|TM said...

yumm3! feveret. tapileceh nk makan. hee :)

Naqies said...

yg leceh tu laa yang sodap, kena betul2 concentrate makan ketam ni silap gaya robek mulut tu nanti hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink