Wednesday, March 6, 2013

Sup Ketam Slurrrpppp

Assalammualaikum...
Rentetan dari kes pesakit Mental tu, ari ni kereta ku masuk buat plastic surgery, insyallah esok kuarlah kereta ku itew, terbang ratus2 hurm nak wat camne dah bukan rezeki kami, kepada si mental itew, berbahagialah dikau, moga Tuhan saja yang dapat membalas budi baik yang telah ko berikan kepada kami...

Tengahari ni kalo dapat makan sup ketam kan best, kat opis pun duk citer pasal sup ketam, bila belek2 gambar baru perasaan ada masak sup ketam ni aritu masa mak datang, so apa lagi jom layan resepi simple sup ketam cara Qies...
Sup Ketam aka Kepiting
Bahan2 tumbuk halus
1' Halia
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan2 lain
1 ekor ketam (dipotong 2 & diketuk - jgn ketuk sampai hancur lak )
1 biji lobak merah
1 batang celary
1 batang sawi
bebola ikan
fish cake
bunga kobis
2 sudu besar jus limau nipis
rempah sup
sedikit daun sup & daun bawang
sedikit minyak
air secukupnye

Cara2nya :-
1.  Tumis bahan tumbuk hingga naik bau (jangan guna minyak byk2 just cukup ngam2 tuk menumis 2-3 sd bsr minyak).
2.  Masukkan ketam bersama2 air secukupnya + lobak merah dan tutup tunggu sehingga mendidih, kemudian masukkan rempah sup dan bahan2 lain dan tutup biarkan sehingga semuanye telah empuk.

Tuesday, March 5, 2013

KESIAN Lah Kat Kau Wahai Si Mental

Assalammualaikum...
Zaman sekarang rasanya macam dah tak selamat aje, sebab? pernahkah kita terpikir yang sebenarnya kita ni hidup dikalangan orang-orang yang MENTAL secara tidak kita sedari, nampak normal tapi sebenarnya tidak... Bukan hendak menghina orang yang sakit mental ni, ada segolongan yang memang yang telah diduga olehNYA menghidap sakit mental, tapi diwaktu ini secara tidak langsung kekangan kehidupan dari segi ekonomi adalah salah satu faktor ramai yang secara diam menghidap tekanan perasaan.
garisan khatulistiwa dari belakang body hingga ke pintu co pilot
tengok lah betapa marahnye si mental nie...
Korang nilaikan lah sendiri apa yang telah dibuat oleh orang mental ni keatas kereta Qies yang tak sampai pun 2 bulan usianye bersama kami.  Alkisahnya kami menyewa dihomestay di Taman LTAT, Bukit Jalil..tuk event Brooks Half Maratahon 2013 nak kata kami ni bermusuh dengan orang dikawasan apartment tu dah tentu laa tak mungkin sebabnye kami ni cuma stay situ semalam je pun.. checked in pun dah agak petang then malam keluar esok tengaharinye dah pun checked out.  

Salah parking ke? TAK JUGAK sebab kami parking diparking yang memang untuk apartment yang kami duduk tu, terang dan jelas lagi ditulisnye lot parking tuk apartment tu. Kalau setakat calar balar tu ok laa kami tak sakit hati sangat2 ni dicalarkan memang dengan niat merosakkan, Qies suspect orang mental ni guna benda tajam cam paku sebab abih cat tanggal hingga ke body pun tergores sekali. Apa salah kami sampai kamu naya kat kereta kami hah!!!.. 
memang ko berniat nak rosak dan penaya orang kan!!
Kereta tu Asben parking tak sampai pun setengah jam lepas hantar member ke STAR terdekat, balik aje dari STAR tu asben naik atas suruh kami loading barang, turun2 tengok lepas amik kereta dari parking lot (homestay) dah jadi cam ni padahal bukan kami block or parking merata2 pun, kami parking ditempat yang dikhaskan tuk lot homestay tu hokey.  Pergi ke Pak Guard bole lah pulak Guard House kosong ngan notice LUNCH & SOLAT.. telefon owner homestay bagitau (tak de nada terkejut pun, dia cakap memang ada kes) Qies hanya mampu mengucap panjang, Allahuakhbar je yg termampu diluahkan. Kami suspect si mental ni ada issue dengan owner homestay seolah2 macam nak menutup periuk nasi si owner agar tak de orang sewa homestay owner tu...

Kepada MENTAL itew, ye kami mmg sakit hati tapi kami lebih mengasihani ENGKAU, akal yang tuhan berikan digunakan untuk kerja2 begini, ruginya lah engkau hidup sebagai manusia, sangatlah kesian tengok kau jadi begini.  Walaupun engkau terlepas didunia ni tak pe laa, yang penting Allah maha mengetahui apa yang telah ko nayakan kami/orang2 lain dan juga owner tersebut.  Terima kasih atas sumbangan engkau si mental, berbahagia lah dengan tindakan tidak berakal kau tu kalo ko rasa ko bole tidur lena dengan penganiayaan yang telah kau buat keatas kami2 yang teraniaya nie. Semoga tuhan memberikan hidayah kepada kau wahai si mental..

Monday, March 4, 2013

Yang Terbaik Adalah DOA

Assalammualaikum...
Sekiranya masih ada rasa kemanusiaan, sila laa ketepikan fikiran2 yang tidak membantu dan mendatangkan kebaikan, serta hentikan juga status2 yang dishare apa2 pun berkenaan ngan situasi di Lahat Datu, macam2 status yang disebarkan yang mana ada pihak2 yang menangguk di air yang keruh. Ketepikanlah fahaman politik dan apa2 fahaman sekalipun yang korang rasakan korang betul dan yang korang perjuangan KERANA yang sedang menjaga keselamatan dan keamanan negara adalah barisan2 hamba Allah yang juga benteng pertahanan kita yang mana punyai keluarga, ibu bapa, suami dan ayah kepada anak2 yang masih mentah mengenal kekejaman manusia yang tamak haloba.
credit to Google image
Tolong panjatkan doa semoga WIRA2 Negara kita terselamat dari bencana pencerobohan oleh Sultan Sulu, DOA adalah yang terbaik/diperlukan pada masa sekarang dari status sharing di Facebook yang rata2 menyalahkan dan menunding jari kepada kerajaan dengan agenda politik yang diselitkan didalam segala fakta dan kronologi yang diletakkan di FB. 

Tolong hormat WIRA2 yang sedang bertugas, juga berikanlah sokongan kepada anggota keluarga mereka yang ditinggalkan demi menjaga keamanan negara.  Disaat ini DOA kalian lebih penting, walaupun berlainan agama, berdoa laa untuk WIRA2 kita itu lebih baik dan lebih bermakna. Jangan jadi orang yang sombong di dunia yang sementara ini, sudahlah tidak menyumbang tenaga ditambah pula dengan segala fahaman dan pelbagai andaian yang negatif, tolong jadi insan yang berperikamanusian, disaat inilah sumbangan kita kepada WIRA2 Negara iaitu DOA kalian.

Saturday, March 2, 2013

Brooks Half Marathon 2013

Assalammualaikum..
Hujung minggu ni naik ke Key El sebagai memberi sokongan kepada encik suami and d geng yang joint Brooks Half Marathon yang dianjurkan oleh Taman Bukit Jalil Running Club dan akan berlangsung dari Bukit Jalil.  

Brooks Marathon ni kira annual event laaa, Qies x laa joint sebab takde stamina nak berlari sampai 10km huhu tp kalo merempit jalan2 cari pasal insyallah ai rela u.... Marathon ni ada 3 kategori cam 5km (flag off 7.30 pg), 10km (flag off 5.30 pg) & 21km (flag off 4.30 pg) so Good Luck pada encik suami n d geng laa, moga selamat dan berjaya sampai dalam masa yang ditetapkan... go go..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink