Friday, December 6, 2013

Update Banjir

Assalammualaikum...
Alhamdulliah hari ni tiada hujan yang turun hanya sekadar renyai di sebelah petang dan malam... nampaknya air semakin surut walaupun masih ada lagi sesetengah kawasan yang masih ditakungi air dan yang masih terputus jalan... 

Tengahari tadi Qies sempat menjenguk Terminal Sentral Kuantan sebab nak tengok sekali kereta member yang terperangkap ditempat letak kereta Terminal.. aduhai sedihnya laa tengok kereta2 yang terlibat..
Terminal Sentral Kuantan
tempat letak kereta Terminal
Setakat tinjauan petang tadi jam 4.30 petang sekitar Bukit Rangin, Sungai Isap (luaran sbb tak leh nak masuk lebih dalam) dan Pandan Alhamdulliah air beransur surut... 
paras air Sungai Lembing sehingga jam 4.30 petang tadi..
kereta penduduk sekitar bukit rangin yang diletakkan
disepanjang by pass Kuantan untuk mengelakkan dari air banjir
sekitar Sungai Isap
Sungai Isap
Sungai Isap
Doakan supaya cuaca semakin cerah dan tidak hujan... Bagi mangsa2 banjir dan rakan2 yang terlibat (harta benda/rumah) banyakkan bersabar dengan ujian ini... moga tabah menghadapinya... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink