Friday, May 16, 2014

Puding Triffle Untuk Cikgu...

Assalammualaikum...
Selamat Hari Guru buat seluruh guru2 di Tanah Malaya ini... terutama guru2 yang pernah mencurahkan ilmu dunia dan akhirat buat Qies, terutama buat mak dan abah yang selama ini membesarkan dan memberikan ilmu kehidupan yang tidak berbelah bagi... Moga kalian dirahmati dan diberkati hingga ke Jannah...

Sempena sambutan hari guru kat sekolah anak2 ari, Aqies request nak beli hadiah pakai duit tabung dia sendiri, being a mother tak sampai ati lak nak biar dia korek tabung tuk beli hadiah tuk cikgu2, jadinya Qies deal ngan Aqies tuk buatkan dia pudding triffle tuk bagi kat cikgu2 dia, atleast dapat benda makan cikgu bole makan, setakat nak bagi mug, pen dan buku rasanya berlambak dah anak2 murid yang lain bagikan..so kita bagi benda makan je...
Puding Triffle in Jar
Bahan2 A
Swiss roll secukupnya (perisa terpulang pada selera uols)
Jus koktel (amik jus yg dalam buah koktel tu yaa)

Bahan2 B
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair tadi)
1 tin buah-buahan koktel

Bahan2 C
10g serbuk agar-agar
1.2 liter air
3/4 cawan gula
Pewarna merah
strawberry emulco (Optional nak letak perisa lain pun bole, no hal)

Cara2nya..
1. Potong swiss roll (1cm) dan susun rapat2 sehingga memenuhi dasar bekas, kemudian basahkan swiss roll tadi ngan jus koktel supaya lapisan swiss roll menjadi lembap.
2. Untuk kastard pula, campurkan kesemua bahan2 B dan ditapis, kemudian masak diatas api kecil hingga pekat.
3. Kemudian curahkan adunan kastard tadi keatas lapisan swiss roll, kemudian taburkan buah-buahan koktel (toskan dari jus) keatas lapisan kastard dan ditekan2 sedikit agar tidak terapung bila dituangkan agar2 nanti.
4. Agar : Campurkan kesemua bahan2 C dan masak diatas dapur sehingga agar dan gula hancur dan sebati, tambahkan pewarna dan perisa strawberry kacau sebati dan kemudian tuang secara perlahan2 keatas lapisan buah-buahan tadi dan biarkan sehingga sesuai tuk dimasukkan kedalam peti ais...

Selamat mencuba... sonang banget...

2 comments:

rostina76 said...

bagus gak idea triffle dlm jar ni. heheh blh tiru

Naqies said...

sila laa tiru no problem bole je..kita sharing is caring method kekeke.. sesuai tuk buat door gift pun yaa gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink